Wednesday, November 18, 2009

Kisah Asyraf : Wad

sambungan lagi...

Salam ya salam...
Alhamdulillah segala syukur kepada Allah di atas segalanya..

Alhamdulillah berat doa semua, dan dengan izinNya Asyraf di pindahkan ke wad biasa..5B katil 11 pada maghrib 11 Ogos 2009. Bila dah masuk wad automatiknya salah seorang je dibenarkan menjaga anak. Ibu atau ayah. Dan pastinya, saya kena jaga Asyraf...sebab...Asyraf bf. Bayangkan tidur didalam baby cot dengan Asyaf. Muat lak tu hehehe

Masuk wad magrib tu, jadi tumpuan gak sebab special case. Masa tu kat badan Asyraf dah tak banyak wayar-wayar dah. Air tak perlu masuk dah sebab dia dah bf. So dah senang la nak angkat kalau dia meragam dan nak bf dia. Malam tu dia memerap dengan saya sepanjang malam...punyalah rindu agaknya..almaklumlah dah banyak hari dia berpuasa. Tak henti-henti dia menyusu..sehinggakan diapers dia  penuh dan bocor kena cadar hospital hehehehe Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.

Esoknya,doc datang dan beritahu saya perlu berbuat sesuatu untuk anak. Meminta cuti untuk satu tempoh masa yang lama kepada majikan. Siapa yang sanggup menjaga bayi yang tidak sihat? Di sini ibu dan bapa memainkan peranan paling penting....berkorban. Korbankan kerjaya untuk menjaga anak tersayang.

Sepanjang di wad Asyraf sihat dan tidak demam. Selera makannya juga amat memberangsangkan. Mampu menelan bubur dengan baik. Kencing dan berak juga tiada masalah. Cuma, Asyraf selalu merengek-rengek di waktu malam. Sewaktu di wad, baru saya perasan ada dua kesan/parut di belakang kepala Asyraf. (gambarnya nanti akan di upload kemudian) Jadi memang pasti Asyraf terjatuh dan terhantuk sesuatu. Kesan hentakannya juga pasti kuat...jika tidak, tidak mungkin akan terdapat kesan yang seperti itu. Memang saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jatuh. Jatuh setinggi mana. Sekuat mana. Dan bagaimana. Bila mengenangkannya hati saya jadi sedih dan ngeri...tak dapat saya bayangkan!!

Terpandangkan Asyraf saya amat sedih...memikirkan bagaimana nasib dan keadaannya pada hari esok. Alhamdulillah ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai yang tak putus-putus memberikan semangat. Ujian ini juga menjadikan saya semakin dekat denganNya. Ya, padaNya sahaja tempat saya berkongsi segala rahsia hati saya.

Pagi Jumaat...hari ketiga Asyraf di wad. Doc dah beritahu di awal pagi..jika tiada apa-apa insyaAllah Asyraf sudah dibernarkan keluar pada hari ini. Keadaannya yang baik juga menjadi faktor utama untuk dibernarkan keluar disamping keadaan di hospital yang terdedah dengan penyakit dan virus lebih membimbangkan jika Asyraf ditahan lebih lama.

Sedang menunggu pihak hospital sediakan dokumen yang sepatutnya, saya menyanyikan lagu 'cak cekur dang gamit...mintak cekur bagi kunyit' kepada Asyraf. Tiba-tiba....Asyraf tersenyum. Ya Allah gembiranya hati....seakan Allah memberikan satu tanda...ada sinar harapan kepada saya. Dia tersenyum....itulah senyuman pertama yang saya rindukan setelah hampir 2  minggu dia di hospital. Semasa di ICU, saya merindukan suara tangisan Asyraf...lantaran doc yang memberikan Asyraf ubat tidur untuk berehat selama 48 jam. Kini,senyuman pula hadir di bibirnya. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah petang itu, Asyraf sudah dibenarkan keluar.

Asyraf 11 bulan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...apa khabar semua?  Alhamdulillah  kami sekeluarga sihat sejahtera...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang prihatin, memberi komen, bertanya khabar dan sebagainya.

Alhamdulillah..semalam Asyraf genap 11 bulan. Alhamdulillah...syukur Asyraf dah sihat seperti biasa. Development pun alhamdulillah tak delay...dan yang pasti..dia semakin nakal!!!


InsyaAllah ada kesempatan saya akan bercerita lagi sambungan cerita...yang sememangnya panjang. Yela, nak menaip kena ada feel gak hehehe 






Note : terima kasih Allah di atas segalanya...

Saturday, November 07, 2009

Kisah Asyraf : ICU III

sambungan lagi..

Salam ya salam...

Apa khabar semua? Rasa seronok pula nak bercerita....lagipun, sementara Asyraf tidur lagi tu. Boleh la saya mencuri masa sedikit. Malam semalam bukan main liat dia nak tidur, sibuk bermain ke sana sini..ke hulu ke hilir semua tempat dia nak pergi. Akhirnya saya tunggu dia penat betul. 12.30 malam baru dia tidur :D

Sepanjang Asyraf di ICU, setiap saat itu amat mendebarkan. Kecemasan di mana-mana. Semua pesakit keadaannya kritikal. Saat yang paling mendebarkan sewaktu jiran katil Asyraf, katil 12...seorang kanak-kanak berumur 2 tahun meninggal dunia, kerana demam panas. Adik Zikri itu dimasukkan ke ICU pada hari sabtu 8/8/09 (sehari selepas Asyraf masuk ICU), dan berada di dalam keadaan tidak sedar/ koma sejak itu. Sehingga pada petang Isnin....adik Zikri dijemput mengadap Kekasih yang sejati. Allah lebih menyayangi dirinya. Suasana memang cemas...macam-macam boleh terjadi di ICU.

Ahad 9/8/09..selepas 48 jam ubat sedatif mula dicabut dari Asyraf. Asyraf mula menggerakkan tangan, menguap...bergerak-gerak apabila diganggu. Alhamdulillah...walaupun masih ada kesan ubat tidur itu padanya tetapi melihat dia  bergerak membuat saya berlapang dada. Dan doc mula membenarkan saya membekalkan susu kepada Asyraf, kerana dia sudah mula boleh minum.

Hari Isnin, saya dibenarkan tidur di dalam wad ICU..walau hakikatnya tak tidur sangat pun...sebabnya asyraf sudah pandai menangis...dan meragam. Kesan ubat sudah semakin hilang, dan alhamdulillah asyraf sudah bernafas sendiri, tanpa bantuan mesin. Saya menemankan dia di katil, cuba menenangkan asyraf jika dia menangis...mungkin kerana sakit dan kelaparan. Apa tidaknya doc hanya membenarkan 10ml diberikan kepada dia setiap 3 jam. Fuhhh...manalah cukup.

Selasa, doc beritahu...asyraf sudah melepasi tahap kritikal. Dan mungkin akan dibenarkan ke wad. Saya memohon kepada doc untuk direct feeding kepada Asyraf. Tak tahan melihat dia selalu menangis. Lapar. Setelah puas juga berbalah, saya dibenarkan direct feeding tapi kena demo dulu depan doc. Doc risau, sebab ada kes baby lupa cara nak breastfeed sebab puasa yang lama. Alhamdulillah...doc  berpuas hati. Dan saya dibenarkan direct feeding kat Asyraf. Barulah dia diam...lapar rupanya anak ibu!!

 Menjelang maghrib, Asyraf dipindahkan ke wad  biasa...alhamdulillah.

Kisah Asyraf : Bantuan Allah I

sambungan

Secara jujurnya, saya tidak mahu berkongsi kesedihan saya dengan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekiranya ia berita gembira, sebagai contoh berita kelahiran, kejayaan, kesyukuran ...alangkah indah sekali jika dikongsi bersama semua orang lain. Tetapi, ini berita sedih...anak saya sekarang berada di icu. Berada di dalam keadaan kritikal.


Kedatangan ibu, ayah, kakak-kakak, adik, ipar duai, kawan-kawan ayah mak, sepupu sepapat, saudara mara secara tidak langsung memberi semangat dan kekuatan kepada saya. Disamping ada Dia sebagai tempat mengadu yang utama. Alhamdulillah ujian ini saya dan dear terima dengan sabar...dan tabah...walaupun memang berat dan tak tertanggung perasaan.

Hari ke-3 di icu, saya mendapat kekuatan daripada emak untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai kisah asyraf. Minta mereka doakannya bersama.InsyaAllah apabila lebih ramai berdoa, lebih cerah harapan itu. Saya pun mula menghantar sms (tidak termasuk kawan sepejabat...sebab depa mmg dah tau), ramai yang respond...terima kasih. Salah seorang sahabat saya Syifak nama panggilannya, menelefon dan bertanya cerita sebenar.
Dia menawar bantuan, ye..salah satu usaha. Dia mengesyorkan Asyraf diberi makan lingzhi...dan yang paling mengharukan dia sanggup datang dari Subang bersama anaknya pukul 2330 malam tu semata-mata untuk menghantar ubat. Allah huakbar!!!! Hampir 4-5 tahun juga tak jumpa Syifak walaupun kami dah banyak kali bercadang untuk berjumpa. Dan akhirnya kerana Asyraf kami berjumpa.


Berbekalkan niat untuk menolong Asyraf, dia sanggup datang di luar waktu melawat. Membuat rayuan kepada security untuk berjumpa saya di ruang menunggu ICU.  Mungkin orang lain pernah dengar lingzhi, tapi bagi saya itu pertama kali. Syifak menegaskan ubat itu wajib diberi kepada Asyraf walau macam mana pun secepat mungkin. Time is running. Sebab tu dia sanggup datang dari Subang untuk menghantar ubat itu, walaupun sewaktu dia menelefon maghrib tu hanya bertanya khabar.

Saya memang dah berbincang dengan dear untuk berusaha apa cara sekalipun demi Asyraf. Tidak boleh semata-mata mengharapkan ubat-ubat hospital. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Bantuan tiba dnegan segera.

Selepas Syifak pulang, saya  membuka kapsul ubat itu dan membancuh dengan susu, kemudian meminta kepada nurse yang bertugas malam itu memberikan susu berkenaan kepada Asyraf. Oksigen yang bersih dan pengaliran darah yang mencukupinya perlu segera sampai ke otak Asyraf. Pahitnya ubat itu hanya Allah yang tahu. Tetapi waktu itu Asyraf feeding melalui tube. Jadi tidak memberi masalah terhadap rasa.

Alhamdulillah keesokan harinya Asyraf sudah berak, berak yang hitam..tanda-tanda lingzhi sudah mula bekerja di dalam badannya. Dan sisa toksid itu suda mula dibuang dari badan. Alhamdulillah.

Tuesday, November 03, 2009

Kisah Asyraf : ICU II

sambungan

Salam ya salam

Lama pulak terhenti cerita...mula ingat tak nak sambung..sebab dah penat bercerita pasal ni.. tapi memandangkan dah dibuka. Kena juga la tutup. Ye dak??

Ok...berbalik cerita kat icu, saya dan dear berkampung kat bilik menunggu. Waktu melawat je mesti masuk menjenguk, tak waktu melawat pun saya minta juga jasa baik mak guard tu tlg benarkan masuk. Sedih, sayu, pilu je tengok Asyraf kat katil 11 tu. Wayar berselirat sana sini, baik je dia baring atas katil. Memang la baik...doc tidurkan dia 48 jam. Nak rehatkan otak dia. Dan doc siap pesan, kalau boleh jangan sentuh dia..sebab tak nak ada rangsangan dari luar...huhuhu ibu mana yang sanggup tak usik anak kan? saya usik juga. Cium. Cakap2. Ngaji. dan sebagainya.

Selama beberapa hari tu saya mula terngiang-ngiang suara dia menangis, walhal dia ditidurkan. Sebak je rasa. Jadi popular lak kat situ, sebab ada 2 je kes bayi, sorang lagi baby tu suspect H1N1...tapi baby tu dalam bilik kaca.

Ini merupakan dugaan paling besar untuk saya dan dear, tidak sesekali menyangka akan diuji sebegini berat. Malah, saya sudah boleh menerima apa jua yang bakal berlaku. Redha dan pasrah. Saya mendoakan yang terbaik untuknya. Walaupun mungkin ianya berat untuk dihadapi.