Thursday, July 30, 2009

pengasuh....nursery...

salam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...

hari selasa seperti biasa menghantar asyraf ke rumah pengasuh. Pagi tu dia menangis pula, mungkin sebab sudah 4 hari asyik berkepit dengan saya. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita yang memang tak disangka..Pengasuh Asyraf nak minta berhenti! Alasannya memang munasabah...cuma, saya masih terkejut. Sepanjang perjalanan ke pejabat...otak saya ligat berfikir...siapa nak jaga asyraf??? Ingin dicari pengasuh bukannya mudah. Tambahan bagi saya yang tidak mengenali sesiapa di kawasan  berhampiran rumah.

Selepas penat berfikir...dan berbincang...saya membuat keputusan menghantar Asyraf ke taska berhampiran rumah kami. InsyaAllah esok merupakan hari terakhir asyraf di rumah pengasuh...maka bermulalah perjalanan asyraf di taska pada isnin depan. Asyraf pun sudah semakin besar...sudah 7 bulan lebih. InsyaAllah dia mampu sesuaikan diri.

Terima kasih kepada kak haza atas maklumat yang diberi. Maka, saya tidak perlu lagi keluar awal untuk pergi kerja. Dan tidak perlu risau jika anak menangis di dalam kereta kerana perjalanan yang jauh. Kerana taska itu berhampiran dengan rumah kami.

Alhamdulillah...Allah telah memudahkan perjalanan hidup saya....alhamdulillah...



Note : semua ibu bapa iinginkan yang terbaik untuk anaknya...insyaAllah itu yang terbaik untuk masa ini..

Monday, July 20, 2009

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Salam ya salam...

Untuk renungan bersama.

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Berdua lebih baik??

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala syukur bagi Allah di atas segalanya...malam tadi sebelum tidur..batuk teruk sangat...hampir setiap minit jugak la batuk dan batuk. Puas jugak nak cuba batuk perlahan-perlahan..tp, yela..macam mana nak batuk perlahan ek? ;) Ingat nak gak makan madu sebelum tidur, tp sebab dah ada kat bilik atas..malas pulak nak turun.

Alhamdulillah...bangun pagi tadi semua batuk hilang. Masa tidur tak taula batuk ke tak. Tak perasan. Cuma, banyak kali juga la asyraf bangun menyusu. Dari pemerhatian...sejak mula makan sekarang, asyraf memang agak kurang menyusu waktu siang...tp malam??? Masih macam dulu..selalu bangun untuk menyusu.

Hmmm..berdua lebih baik??  Berdua dengan asyraf lebih baik dari bertiga dengan ayahnya?? Semalam tidur berdua dengan asyraf, begitu juga dengan malam sebelum tu...
Seperti biasa jika hanya berdua dengan asyraf..asyraf akan menggunakan sepenuhnya katil kami untuk tidur...dia akan berpusing 360 darjah. Kepala kejap di situ..kejap di sinun.. :D

Secara jujurnya, bertiga memang lebih baik...ada ayah, ayah boleh tolong tengokkan asyraf...boleh la ibu masak, bahagikan susu, lipat kain, basuh dan sidai baju...duk tengok tv dengan tenang dan sebagainya. Ada ayah juga, tidakla kami jadi berdua sahaja.

Jika berdua dengan asyraf...kemana-mana ibu akan bawa asyraf...masak..(tak boleh tinggalkn sorang2 tanpa pengawasan yang rapi) solat....lipat kain...dan sebagainya.


Note : ngantuknya hari ni....berperang dengan asyraf semalam...

Tuesday, July 14, 2009

Maksud Allah Siapa Yang Tahu..


Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezaliman nya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja
yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman ,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!" Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukuman nya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan i man kita
apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya
kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah
keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam
sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar
hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

Monday, July 13, 2009

Roda Kereta Firaun ditemukan dilaut merah

Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya?

Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmus eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah.

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.





Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.
Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.
Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.







Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan,yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. 

 
Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.

Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,

Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.


Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.


Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).
Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!!sungguh luar biasa,

Thursday, July 09, 2009

Kepentingan Menjaga Solat


Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” [Riwayat at-Tirmidzi]

Huraian:

i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Monday, July 06, 2009

Kita Berbeza...

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita;

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga;

Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus;

Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya;

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang  wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak;

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan;

Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wan ita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda;

Wan ita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit , surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi..

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

Dalam banyak hal, wan ita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wan ita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Note : Betul..betul...betul...

Friday, July 03, 2009

update dan update.....

Salam ya salam...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya...pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Julai...bulan depan dah puasa...tahun lepas berdua, tahun ni bertiga. Asyraf pun dah masuk..enam bulan setengah. Alhamdulillah ketika bulan puasa nanti, asyraf dah 8 bulan...menyusu pun sudah tidak sebanyak 6 bulan pertama. Alhamdulillah stok di dalam fridge pun amat menggalakkan.

Saya memperkenalkan solid food kepada asyraf seawal usianya 5 bulan setengah..setelah melihat keupayaannya yang menggalakkan terhadap makanan. Sudah pandai menelan. Amat berselera melihat orang lain makan. Malah, sudah pandai makan sendiri. hehehe pegang biskut suap ke dalam mulut sendiri.


Mengikut kata kak nah, pengasuh asyraf...asyraf memang kuat makan. Dan amat berselera ketika makan. Wah, agaknya ikut siapakah itu? :D Alhamdulillah...kebiasaannya saya memasak bubur asyraf 2/3 hari sekali. Setakat hari ini, saya telah memberi asyraf makan...puri/puree kentang, puri labu, puri pear, bubur nasi + carrot, bubur nasi + carrot + kentang, bubur nasi + carrot + ikan bilis , dan  bubur nasi + carrot + sawi.




Kepandaian asyraf? 
- amat pandai menangis apabila ditinggalkan sorang2. Memadai duduk berhampiran dengan dia, tanpa perlu dukung atau meribanya.
- amat suka hati apabila bermain dengannya.
- sudah pandai menyembur2. (air liur)
- meniarap keliling rumah.
- pandai melangkah jika kita pegang tangannya.
- jika berdukung, sudah pandai mengadap ke depan.
- mulut yang amat bising, tidak boleh duduk diam walaupun sekejap.
- duduk degan bantuan.
- tengok tv...semestinya. Terutama cartoon dan discovery cha.
- gigi dah tumbuh seawal 4 bulan...dan kini dah mempunyai 2 btg gigi. (bawah)
- etc

Hmm...tak sabar pula nak tunggu asyraf berjalan..Habislah nanti barang-barang ibu dan ayah kat rumah. :)


Note : untuk melihat perkembangan asyraf dengan lebih detail..sila lihat blog asyraf yang dibuat khusus oleh ayahnya. Ibunya jarang nak cerita dalam blog ni. :)

Dilema...

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Alhamdulillah saya juga telah sihat dari batuk dan selesema. Batuk tu...saya minum madu satu sudu sebelum tidur...selesema pulak...saya masukkan air ke lubang hidung setiap kali nak ambik wudhuk...memang pedih...dan amat sakit. Yela, masukkan air sehingga terasa pedih di kepala...huhuhu tak tau nak gambarkan mcm mana. Apapun, alhamdulillah...sembuh tanpa perlu makan ubat dari klinik.

Dilema saya setiap hari ialah...HARI NI NAK MASAK APA? Betul...soalan itu memang menjadi soalan rutin bg diri saya. Saya yakin ramai juga surirumah sepenuh masa atau surirumah separuh masa (bekerja + buat kerja rumah) seperti saya mengalami dilema yang sama. Alhamdulillah beruntung sangat bagi mereka yang mempunyai maid di rumah. Tetapi, bagi saya...tetap bersyukur kerana mampu memasak...menjaga anak...bekerja di pejabat setiap hari. Penat??? Memang penat...tetapi, penat itu hilang apabila melihat wajah anak dan wajah suami yang berpuas hati dengan masakan kita. :)

Secara jujurnya, saya memulakan kerjaya memasak ni setelah berkahwin...kerana sebelum berkahwin saya lebih pandai memasak secara teori berbanding praktikal..hehehe kenapa? tak percaya ke?? Kini, saya telah mempraktikalkan semua ilmu teori saya dan turut belajar memasak dari yang lebih pakar...seperti mak, yong, kawan-kawan dan tak lupa internet :D

Alhamdulillah bersyukur juga mendapat suami yang suka makan...dan pandai meminta apa nak makan. ;) Dengan itu, saya telah cuba menyiapkan diri untuk memenuhi permintaan suami dengan menu2 yang diminta. Mencari resepi kat internet, tanya mak dan yong...tanya kawan-kawan...semuanya untuk membuat yang terbaik...huhuhu

Paling lemah, bila tak tau nak masak apa....kan best kalau ada menu. Hari ni masak lauk A dengan sayur A. Hari esok lauk B dengan sayur B. Lusa...dan seterusnya...dilema betul la...huhuhu


Note : tips memasak...masak je dgn suka hati dan ikhlas....barulah terserap kasih sayang tu dalam masakan..hehehe ye ke??