Salam Aidiladha buat semua....!!!!
Semalam, semua umat Islam menyambut hari raya Qurban..dan paling membahagiakan sekiranya raya itu disambut dengan keluarga tercinta. Pulang ke kampung membuat lemang, ketupat, rendang...malah ada yang memasak dodol...tak kurang juga wajik (nasi manis). Indahnya beraya bersama keluarga.
Cerita raya saya, pagi-pagi raya saya berseorangan...memasak nasi impit...ops merebus nasi impit nona 10 bungkus, sambil memasak kuah kacang segera yang diberi oleh yong. Hanya bubuh air, ayam...dan garam gula secukup rasa.
Pukul 11 lebih...dear pulang, sambil memakai baju melayu...solat raya di masjid berhampiran tempat kerjanya. Kami sarapan nasi impit dan tea-o. Petang dalam 5.30pm saya dan dear pergi ke rumah makcik (adik mak) yang berhampiran untuk beraya. Barulah merasa suasana raya kerana di rumah makcik dipenuhi dgn anak-anak dan cucu-cucunya. Disamping merasa nasi impit yang sebenar...kuah lontong, rendang daging, lemang dan sebagainya.
Hmm...itulah cerita raya saya kali ini. Agak sedih dan memboringkan...tp syukur kerana terasa dekat dgn keluarga...(telefon mak berulang-ulang kali untuk tahu perkembangan terkini).
Kat pejabat ni pun, ramai yang takde...masih beraya di kampung masing-masing... :(
Note : dendang perantauuu.........
2 comments:
salam aidiladha along
ok la tu, ada gak dear to celebrate the eid with
ahahaha
next year ada lg sorg dear eh, inshaallah
selamat hari raya :)
Post a Comment