Tuesday, December 02, 2008

Doktor ooo doktor....

Siapa tak pernah jumpa doktor? Semenjak dua menjak ni saya memang selalu jumpa doktor...mula-mula sebulan sekali, baru-baru ni 2 minggu sekali..dan mula minggu depan seminggu sekali. Penat tul jumpa doktor.

Cerita pasal doktor ni memang tak habis...semalam doktor suh sy ambik ubat antibiotik sebabnya darah putih sy ditahap yang agak tinggi. Cuma masalahnya, ubat tu takde kat klinik dan sy perlu dapatkan di farmasi lain. Sebenarnya memang agak marah la kat doktor ni...sebab ikut pemeriksaan dia saya semuanya ok...dan normal. Tp, dia pun mcm tak pasti apa yg dia cakap dkt saya sebab...dia pun selalu merujuk pada doktor lain. :D Mungkin lah doktor tu doktor
baru..dan kurang pengalaman. Tp..tula bukan sekali dia membuat spekulasi yang adakalanya tak masuk akal.

Alhamdulillah sesangat saya ada kenalan rapat yang bertugas sebagai doktor, jadi kepada dialah saya selalu merujuk...merangkap doktor peribadi la hehehehe

Dan ikut saranan kawan saya itu sendiri, saya tak perlu ambik ubat yang doktor tu syorkan...atas alasan munasabah. Tambahan pula, tiada apa masalah ke atas pemeriksaan diri saya. doktor oo doktor....memang la doktor ni.

Biasala, doktor pun manusia kan? Cuma, hati-hati jugakla dengan nasihat doktor...mcm satu kes tu...jangkaan doktor silap, sebaliknya jangkaan dr pemerhatian org biasa lak betul. Mungkin atas dasar pengalaman dan....pemerhatian menjadikan ianya betul!!!!

Apapun, terima kasih kepada semua....selamat bertugas doktor2 sekalian!!!


Nota : dulu cita-cita nak jadi doktor...sekarang jadi doktor lain lak hehehehe

1 comments:

Ainul A.B said...

hehe, sabor je la... kan bahaya org pregnant mkn any antibiotic... wardah dah menghitung hari kan... InsyaAllah, doakan sumenye selamat!