Thursday, March 27, 2008

Edisi Terhad - Khas untuk seorang sahabat!!!

Assalamualaikum..

Doa dan harapan yang berpanjangan semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan nikmat serta keampunan dari Allah.

Lama tak mencoret kat blog, hanya sempat post artikel sahaja. Nak cerita pasal pengalaman menjadi pembantu SPR masa pilihanraya lepas pun tak sempat. Dah taip separuh, tapi tak jumpa jalan penghabisannya. AKhirnya cerita itu tersimpan di dalam arkib sahaja :)

Terima kasih sahabat kerana sudi bercerita dan berkongsi masalahmu dgn diri saya!!! Betapa berat bahumu memikul berat mungkin tidak seberat mataku yang memandang dan telingaku yang mendengar.

Namun, perlu diingatkan...tiadalah terjadi sesuatu itu melainkan dengan kehendakNya. Dan tidaklah ianya melainkan adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun mungkin, terlalu berat dan sukar untuk kita terima. Tetapi, perlu diingat Allah juga mengetahui yang terbaik untuk kita.

Setiap orang mempunyai kisah suka dan duka, setiap kisah itu adalah perencah di dalam kehidupan.

Adakalanya juga kita terpaksa membelakangkan kesukaan dan kegemaran kita demi memuaskan hati insan-insan sekeliling kita. Semuanya demi melihat kegembiraan mereka!!!! Sebagai anak, kita ada ibu dan bapa serta adik beradik yang menyayangi kita. Sebagai isteri kita ada seorang suami yang sentiasa di sisi. Sebagai suami, kita ada seorang isteri yang setia dan menyayangi kita. Malah, sebagai seorang sahabat...kita ada seorang sahabat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan sahabatnya. Siapapun kita, perlu diingatkan...kasih sayang itu anugerah Allah. Tiada nikmat itu dariNya, mana mungkin kita mempunyai perasaan sayang dan cinta.

Nasihat kepada diri dan kepada seorang sahabat....banyakkan berdoa dan mengadu padaNya untuk membina kekuatan diri. Kita hanya insan lemah yang tiada apa-apa!!!!



Nota : jadikan sabar dan solat sebagai penolong kita...!!!

1 comments:

norulaina said...

mungkin utk saya.. mungkin juga utk orang lain.. tetapi yang penting terima kasih atas segalanya! doakan yg terbaik utk saya dan semua sahabat di sekelilingmu!