Tuesday, March 18, 2008

58 Etika Kasih Sayang!


Assalamualaikum,

Sahabat-sahabatku yang dikasihi, saya teringat satu riwayat hadith, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Bandingan orang-orang mukmin yang saling menyayangi dan berlembah lembut sesama mereka seperti tubuh badan yang apabila satu anggota merasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga malam dan merasa sakit."
(Riwayat Ahmad)

Demikianlah kita dalam hidup seharian perlu ada etika dan kasih sayang agar dapat mengeratkan ukhuwah dan tawadhuk sesama Muslim. Sekiranya etika ini dipraktikkan, Islam akan menjadi satu agama yang dihormati dan disanjungi oleh semua golongan masyarakat dan agama. Disenaraikan 58 Etika kasih sayang yang disusun oleh Ustaz Safwan Fathy untuk kita sama-sama menghayatinya:


29 NILAI BAIK YANG PERLU DIHAYATI

1. Agungkan Allah dan ingat selalu kelemahan diri kita
2. Amalkan budaya ziarah menziarahi
3. Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah
4. Amalkan syura' untuk kepentingan bersama
5. Bertoleransi asal tidak melibatkan dosa
6. Berjabat tangan ketika berjumpa dan ketika hendak berpisah
7. Beri nasihat saudaramu yang meminta nasihat
8. Beri tempat duduk untuk saudaramu disesuatu majlis
9. Bersikap adil dan tidak berat sebelah
10. Baik sangka sesama muslim
11. Bila berhutang hendaklah dibayar
12. Bila bersalah segera minta maaf
13. Hayati budaya suka bertegur sapa
14. Hormat menghormati antara satu sama lain
15. Iringi ke tanah perkuburan jenazah saudaramu
16. Lazimkan solat berjemaah
17. Lakukanlah kebaikan kepada orang yang berbuat jahat kepadamu
18. Lupakan kebaikanmu kepada orang
19. Muliakan tetamu dan layan dgn wajar
20. Muliakan yang tua kasihani dan pimpin yang muda
21. Sentiasa senyum dan manis muka ketika bertemu saudaramu
22. Sertailah suka dan duka saudaramu
23. Tawadhuk sesama muslim
24. Tepati janji bila berjanji
25. Tolong saudaramu yang memerlukan pertolongan
26. Tunaikan jemputan saudaramu
27. Tunaikan zakat dan banyakkan sodaqah
28. Ucapkan salam ketika berjumpa/berpisah
29. Ziarahilah saudaramu yang sakit

29 NILAI BURUK YANG PERLU DIJAUHI

1. Jangan berbisik-bisik sedang saudaramu dimajlis yang sama
2. Jangan berdusta terhadap saudaramu
3. Jangan berpaling muka bila bertemu saudaramu
4. Jangan dedahkan aib saudaramu didepan orang lain
5. Jgn diungkit-ungkit kebaikanmu kepada orang
6. Jangan berdendam
7. Jangan berlaku khianat terhadap orang
8. Jangan ganggu keselamatan jiran
9. Jangan hasad dengki
10. Jangan jadi batu api
11. Jangan jadi gunting dalam lipatan
12. Jangan kedekut
13. Jangan keras kepala
14. Jangan lakukan perkara yang dibenci oleh saudaramu
15. Jangan lupa kejahatan yang anda lakukan kepada orang
16. Jangan mementingkan diri sendiri
17. Jangan memotong cakap orang
18. Jangan mengumpat
19. Jangan memfitnah
20. Jangan menganiaya saudaramu
21. Jangan merampas hak orang
22. Jgn menganiaya kawan kerana ingin naik keatas
23. Jgn sakiti jiran/saudaramu
24. Jgn sombong atau bongkak
25. Jgn suka menenung pintu/tingkap rumah jiran
26. Jgn suka marah ikut nafsu atau perasaan
27. Jgn mencari kesalahan orang
28. Jgn suka menyumpah seranah
29. Jgn terlalu suka berhutang

0 comments: