Tuesday, November 06, 2007

Rumah Terbuka...?



Alhamdulillah pada 4 November lepas, telah berlangsungnya satu jamuan makan-makan di rumah sewa saya. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang sudi hadirkan diri.
Terima kasih bebanyak kepada Murni dan Liza kerana turut sama menghulurkan tenaga untuk menjayakan majlis yang tidak seberapa itu.

Bermula Sabtu pagi tu, kami ahli rumah dan Cik M pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah. Banyak juga barang-barang yang dibeli. Alhamdulillah. Lepas beli barang, kemas-kemas rumah sikit.

Malam tu, lepas makan malam...(masa ni Liza baru je sampai) kami mulakan operasi memasak apa yang patut. Seperti, masak nasi impit, buat kuah kacang untuk nasi impit dan kuah kacang untuk mi rojak, agar-agar santan, dan potong memotong sayur-sayur untuk masak esok pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai hampir pukul 2 pagi. Almaklumlah rumah bujang, kelengkapan pun tak cukup. serba kekurangan. :)

Esoknya, lepas dah siap masak-masak saya dan Liza g ambik nyahli kat Gombak. Sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Tetamu pertama yang datang ialah Cik A dan adiknya. Tetamu makan tuan rumah pun makan jugak. Almaklumlah acara makan memakan memang acara utama. hehehe

Sekali lagi terima kasih kepada semua. InsyaAllah ada rezeki lagi, mungkin boleh jemput lebih ramai lagi.



Note : Alhamdulillah...untuk lihat lebih banyak gambar sila lawati MyFotopages

2 comments:

Ainul Azlinda A.B said...

Nampak besttt je. Sorry tak dpt dtg aritu. Thn dpn awk buat lg ye (kat rmh sendiri plak -- bukan 'rmh bujang' lagi dah..hehe)

wardah said...

tgkla...tu kena ikut kata big boss la plak...!!! :D