Entah kenapa tiba-tiba saya berasa sedih bila teringat tarikh hari ini. 19 November...!! Rindu pada seorang sahabat lama...!!!
Firdaus A Hussain!!! Apa agaknya khabar dia?
Hmmm...last jumpa dia kalau tak silap saya hampir 5/6 tahun lepas. Firdaus datang ke rumah yong. Tidur dan kami bercerita. Ketika itu, Firdaus ambik Kursus Undang-undang di UiTM. Sempat juga kami bertukar-tukar khabar dan surat selepas itu. Tapi, kini sekali lagi Firdaus hilang.
"Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan, Kerana Dia Juga, Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT, Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa, Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.KiTa SeLalu MelihaT, Dia KeTawa, TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka"
Apapun, saya mendoakan semoga sahabat saya itu sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat selalu walau di mana jua dia berada. Andai ada izin dariNya nanti pasti kami akan berjumpa juga...ameen ya rabb!!!
Nota : teringat masa asrama, Firdaus salah seorang sahabat yang akan bersama di kala susah dan senang....thanks Fid!!!
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
4 days ago
0 comments:
Post a Comment