Wednesday, December 14, 2005

Keajaiban Hati Manusia

KEAJAIBAN HATI MANUSIA
12/12/2005

Sungguh ajaib hakikat penciptaan hati ini. Kelajuan perjalanannya tidak terhitung lajunya dan ruang gerakannya tiada batas sempadan tempat. Bahkan bila jasad mati, hati terus hidup di alam Barzakh sehingga ke alam Akhirat.”

Pernahkah kita terfikir ada suatu keajaiban di dalam diri kita yang kita sendiri tidak mampu mengawalnya? Ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia juga sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasa. Dari sanalah ia menentukan sikap kita sama ada positif atau negatif. Yang peliknya, ia boleh bertukar-tukar rasa. Adakalanya dia rasa senang bila dipuji, rasa menderita apabila dikeji. Rasa riak dan megah pula timbul bila mendapat kelebihan dan kejayaan. Hairan dengan diri bila mampu buat sesuatu yang orang lain tidak mampu. Tapi tiba-tiba rasa rendah diri dan hina diri bila ada kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa dan memiliki ilmu lebih dari orang lain. Rasa marah bila dihina orang. Rasa tidak senang bila tengok orang lain dapat lebih. Berdendam pula bila ada orang menganiaya diri. Simpati dan belas kasihan bila melihat orang kesusahan. Rasa keluh kesah bila mendapat kesusahan dan ditimpa penyakit. Rasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Rasa gerun bila berdepan dengan sesuatu yang menakutkan. Rasa jijik pula bila berdepan dengan benda-benda kotor. Itulah dia hati atau roh.

Memang sungguh ajaib hakikat penciptaan hati ini. Kelajuan perjalanannya tidak terhitung lajunya dan ruang gerakannya tiada batas sempadan tempat. Bahkan bila jasad mati, hati terus hidup di alam Barzakh sehingga ke alam Akhirat. Hati atau rohlah yang akan menanggung azab dan nikmat yang dilakukan oleh jasad lahir semasa hidup di dunia.

Tempat letaknya roh ini ialah di dalam hati jasmani. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Hati manusia boleh menerima perintah dan larangan dan dipanggil rohul amri. Manakala roh haiwan tidak boleh menerima perintah dan larangan dipanggil rohul hayah.

Yang ajaibnya, hati yang boleh beralih-alih rasa itu, ia sebenarnya boleh dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan ini pula akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa baik, baiklah tindakannya dan kalau rasa jahat, maka jahatlah tindakannya. Dengan kebolehan inilah hati seolah-olah raja yang bertakhta di dalam diri manusia. Dialah bakal menentukan baik buruknya manusia. Namun ia ada penasihat iaitu akal. Sementara anggota-anggota lahir sebagai rakyat jelata yang sentiasa menurut perintahnya.

Sepertimana yang berlaku di dalam sesebuah kerajaan, pasti ada sahaja musuh yang suka melihat sesuatu kerajaan itu kucar-kacir. Begitu juga di dalam diri manusia, nafsu dan syaitan merupakan musuh utama roh manusia. Begitulah rupanya struktur kerja yang berlaku di dalam diri manusia yang perlu difahami dan diberi perhatian.

Kerana baik jahatnya seseorang manusia sangat bergantung kepada pengurusan yang ada di dalam diri manusia itu. Siapa yang mengabaikan hati, ertinya dia membiarkan dirinya berjalan di dalam keadaan yang gelap dan meraba-raba hingga menyebabkan banyak benda yang dilanggarnya. Kalau di dunia pun nasibnya belum tentu selamat apalagi kalau di Akhirat nanti.

Sebab itu Allah memerintahkan supaya kita mendidik hati kita supaya sentiasa berlaku taat kepada-Nya sepertimana
maksud firman-Nya:

"Beruntunglah siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (As Syams :9)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah dengan membawa hati yang selamat." (Asy Syuara: 88-89)

Bagaimana sepatutnya hati seorang mukmin itu?

1. Sensitif dengan Tuhan.
Merasa takut dan gerun dengan kekuasaan Allah. Allah boleh berbuat apa sahaja tanpa perlu berunding dengan manusia. Manusia terlalu lemah untuk menolak sebarang takdir Allah. Katalah berlaku banjir di suatu kawasan perumahan, kalaupun mereka yang tinggal di situ adalah golongan yang berharta dan mempunyai kuasa, tapi mampukah mereka mengalihkan banjir ke kawasan lain? Sudah tentu tidak mampu. Mereka mampu sekadar menyelamatkan diri, kalaupun belum terlewat. Begitulah bukti lemahnya manusia.

2. Orang mukmin bila mendapat kejayaan, nikmat, kemudahan hidup, kelapangan hidup, hatinya terasa syukur kepada Allah.
Dia merasakan semua itu pemberian Allah, bukan hasil usahanya. Kalaupun dia berusaha tapi bila Allah tidak izinkan, pasti dia tidak mampu melakukannya. Sebagai contoh, berapa ramai di kalangan tokoh-tokoh korporat yang dulunya menguasai perniagaan tapi terpaksa menanggung hutang yang banyak bila menghadapi kemelesetan ekonomi. Sebab itu bagi orang mukmin, kalau keuntungan dan nikmat diperolehi, dia merasa terhutang budi dan malu dengan Allah. Walaupun dirinya masih banyak melakukan dosa dan tidak membuat apa-apa bakti kepada Allah, namun Allah sudi lagi mengurniakan berbagai-bagai nikmat kepadanya.

3. Jika terbuat dosa, sekalipun dosa kecil, apalagi kalau dosa besar, hatinya akan merasa resah gelisah, takut dan hilang ketenangan.
Rasa menyesalnya bukan kepalang. Dia merasa bersalah dengan Tuhan. Bersungguh-sungguh dia meminta ampun kepada Tuhan. Bukan sahaja matanya menangis, hatinya pun turut menangis sama mengenangkan kejahatan yang dilakukan. Yang paling ditakutinya bila dosa tidak terampun, bermaksud tentulah Allah tidak redha kepadanya. Tanpa keredhaan Allah hilanglah bahagia di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

4. Hati orang mukmin sentiasa rasa di awasi Tuhan.

Allah mendengar, melihat, mengetahui apa sahaja yang dilakukan setiap detik, setiap masa dan ketika. Semua manusia tidak terlepas dari pengawasan-Nya. Kerana itu, orang mukmin sangat menjaga hukum dan perintah Allah walaupun berhadapan dengan keinginan nafsu yang sedang memuncak.

5. Kalau diuji oleh Tuhan, hati orang mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian dan kesusahan hidup. Dia bersangka baik dengan Allah bahawa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau peningkatan darjat di sisi Tuhan. Kalau diuji dia tidak pun melatah, marah-marah, keluh kesah, apalagi merungut-rungut dan mengungkit-ungkit. Sekalipun difitnah, ditohmah, dihina, disakiti, atau ditimpa bencana alam, dia sedar kesemuanya merupakan ujian dari Allah dan Allah tidak bermaksud untukmenyusahkan hamba-Nya melainkan ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

6. Hati orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan.
Dari setitis air mani yang hina, manusia terlalu lemah dan tiada kuasa apa-apa yang boleh dilakukannya kalau bukan dengan kehendak Allah. Setiap detik manusia memerlukan Tuhan di dalam hidupnya.

7. Sentiasa terkenang nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak yang belum pun sempat di hitung, Allah tambah lagi nikmat-Nya. Nikmat ilmu, nafas, akal, air, makanan, harta, anak isteri, bumi, langit, haiwan, tumbuhan dan seluruh alam semesta yang tidak pernah kita minta. Allah jadikan kesemuanya itu untuk keperluan manusia. Berapa banyak nikmat yang tidak kita minta dan belum pun kita syukuri telah Allah berikan.

Justeru itu sepatutnya kita malu bila mendesak-desak Tuhan supaya kabulkan permintaan kita yang belum Dia tunaikan. Begitulah Maha Baiknya Tuhan yang setiap detik memberi nikmat tanpa meminta kita membalasnya.

Begitulah beberapa ciri hati orang mukmin yang sepatutnya kita rasakan. Hati yang dapat merasakan perkara-perkara di ataslah hati yang membawa keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan harmoni di dalam masyarakat. Akhirnya dari hati inilah yang akan membuahkan keamanan, kedamaian dan kebahagiaan yang diidam-idamkan. Tetapi kalau di dalam hati penuh dengan sifat hasad dengki, pemarah, tidak boleh berlapang dada, sombong, iri hati, salah menyalahkan orang lain dan berbagai-bagai lagi sifat yang negatif, mustahil akan melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru itu mari kita sama-sama membina hati yang baik agar asegala masalah yang kronik dapat diselesaikan dengan segera.

Tuesday, December 13, 2005

terimala diri ini seadanya

terimala diri ini seadanya...
serba kekurangan dan banyak kesilapan...

terimalah diri ini seadanya...
walau mungkin tak dapat seperti yang engkau harapkan..

terimalah diri ini seadanya...
seperti mana aku menerima dirimu seadanya...

Tuesday, November 29, 2005

Di mana Allah di dalam hati kita?

Di Mana Allah Dalam Hati KIta?

Sekali lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya? Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: “aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: “Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya”

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan. Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting.. DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???

*nasihat untuk diriku yang selalu terlupa ....

Friday, November 18, 2005

Pressure Test

Subject: Pressure Test

PLEASE CHECK YOUR PRESSURE IF YOU SEE THE SLIGHTEST MOVEMENT OF THE> PICTURES

Hey everyone........!

Attached are non-animated pictures. They are used to relate to your pressure level . If you see them moving , then that means you have pressure. The speed of the movement is the level of your pressure. The higher that moving speed, the higher pressure you have. Most children and old men only see static pictures and not moving. If you see the pattern moving in a slow motion, that means you have a bit pressure at this moment . Test yourself regularly with these pictures to know yourself better. :

Sometimes, it is good to have an appropriate pressure to push us to do better, but too much pressure can push us to the end of the edge resulting in sickness. Please calm yourself if you see those patterns moving fast....

Best Regards......


Thursday, November 17, 2005

berkorban demi cinta

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sempat jugak nak taip kat blog ni..dah lama jugak tak coret kat sini...bz sebenarnya.sekarang tengah sibuk nak buat documentation...tak lama lagi bakal sibukla gamaknya. Terpaksa rela kan...

Hati tengah sedih sebenarnya...apa nak buat?

cinta itu perlukan perngorbanan kan?
cinta itu lambang kesetiaan kan?
cinta membawa kegembiraan..
cinta juga membawa kesedihan..

noktah!

Tuesday, November 15, 2005

Pesanan buat wanita

Assalamua'laikum...
p/s: amik dr blog sorang adek tu...sufii khadijah...

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, ana rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turunlagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuktidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Wassalam.

Tuesday, November 08, 2005

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Apa khabar? Hari ni dah 6 Syawal..rasanya masih tak terlewat nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua..seperti raya-raya sebelum ni...beraya bersama keluarga ayah di Perak dan keluarga emak di Negeri Sembilan memang sudah menjadi rutin. Cuma bezanya tahun ini..tengah hari raya pertama dah balik n9....

Alhamdulillah raya tahun ni best..tapi agak memenatkan...cuma meriahnya dapat berkumpul bersama dengan sanak saudara...walaupun 3 orang kakak ana tak dapat bersama..kerana beraya di rumah mertua masing-masing. Tapi, Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan mereka bertiga..

Apapun, Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk menyambut raya pada tahun ini...ye...semoga Allah masih memberi kesempatan untuk raya akan datang..ameen

Wednesday, October 26, 2005

Maaf dan lupakan...


Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."

Dalam hidup ini sering timbul beda pendapat dan konflik dengan suami / isteri, kekasih, adik / kakak, kolega, dll,karena sudut pandang yang berbeda. Oleh karenanya cobalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Manfaat positif dari continuous relationship mungkin sekali jauh lebh besar ketimbang kekecewaan masa lalu. Nobody's perfect. Belajarlah menulis di atas pasir.

Monday, October 17, 2005

insomnia???

Assalamualaikum...

Apa khabar? Dah lama rupanya tak mencoret kat sini..bukan apa..sejak minggu lepas sibuk sikit test system ni...nak surfing macam biasa pun tak leh sebab mata kena alert dengan timer untuk timing system ni...takpela redha je la dah keje!!

insomnia???dah dua malam berturut..tak leh tido...malam ahad lepas banyak kali terjaga dan terjaga hampir setiap jam..terkebil2 mata ni...tak leh tido..selawat doa semua dah..tapi tak jalan jugak...alhamdulillah terjaga jugak waktu pkl 5 lebih nak sahur..tak bermaya nak ngaji quran..tertido...lepas subuh tu tertido jugak..tapi sat je sebab lepas tu nak sambung menaip buku yg tak siap2 lagi..tinggal sikit lagi..dan yg sikit tu la tak siapnya...pastu pkl 10 lebih keluar dgn nyahli..beli tv..ulang alik ke rumah ke carrefour pastu ke makro pastu ke giant...sampai rumah dah nak asar...lepas tu keluar gi pasar ramadhan. sampai rumah memang on time..tak lama tu berbuka...lepas solat isyak malam tu..solat tarawikh 4 rakaat je..sebab tak larat nak bawa mata..ngantuk snagat..pastu ngaji beberapa ayat. Tido tak sampai setengah jam..sebab terjaga...malam tu tido balik...dan seperti biasa tak dapat tido...baring pkl 11 mlm..sejam lebih tak dapat tido gak..Lastly, bangun makan uphamol...after 15 min baru dapat tido...dan terjaga untuk bangun sahur.

Ya Allah kenapa aku diuji sebegini..tak dapat rehat yg cukup...ni kat ofis..terganggu jugak..sebab ngantuk snagat..tak tau nak buat apa..takkan nak tido kot? sesambil test system ni leh la tulis blog..tak cukup rehat memang mengganggu kosentrasi seharian...macam mana nak cari solution ek?

Semoga masalah ni dapat selesai secepat mungkin...ameen.

p/s: muhasabah diri.

Tuesday, October 11, 2005

Tiket raya.


Assalamualaikum...

Salam sejahtera kepada semua.. :)

Hmm...hari ni ramadhan ke-7..tak sangka dah 6 hari umat Islam berpuasa...cek balik diri kita..dah banyak ke amalan?almaklumlah entah sempat atau tidak untuk kita menyemai amal di bulan ramadhan akan datang..betul tak?kalau sempat Alhamdulillah..kalau tak sempat bukankah ini mungkin ramadhan kita yg terakhir..??

Hmm..cerita pasal puasa..teringat pula syawal..puasa dan raya memang tak dapat dipisahkan...malah sebelum puasa pun dah ramai orang memikirkan pasal raya...antaranya ialah macam mana nak balik raya, raya kat mana, baju raya, kuih raya dan sebagainya.

Semalam kakak ana dah belikan tiket raya ke Ipoh...itupun nak ke Keroh dah habis...ni semua Cik Nur punya pasal la hehehe lambat sangat inform bila cuti..terpaksala bersusah sikit nak balik nanti..apataknya, turun Ipoh pastu terpaksa gamble ke Gerik/Keroh...nak beraya kat SG Besi mak pulak tak kasi..mak kata, 'kamu tak nak berbuka puasa kat rumah ke?'..alamak ana ni kalau dengar rayuan mak or ayah or adik beradik cepat sangat cairnya...alamak rindunya kat diorang....


Hmm..tiket balik raya 29/10 bersamaan pukul 12.45 tengahhari...

p/s: hmmm rindu kat mak ayah..

Monday, October 10, 2005

pertanyaan anak kecil

Assalamualaikum..

Apa khabar ari ni?
alhamdulillah macam biasa..masih sihat untuk mengharungi hari2 yang mendatang..semalam Yong datang rumah..mengambil kasut..alhamdulillah dapat jugak lepaskan rindu pada zafran dan zikril..kebecokan zikril memang menghiburkan..kepetahan dia dalam berkata pun memang tak dapat nak disangkal...ada je idea dia nak bercakap..itu kali pertama yong sekeluarga datang kat rumah sewa, tujuan utama nak ambik kasut..alhamdulillah Yong bawa lauk...memang best la...dan buah lai dua biji..jadi la kan? hehehe

masa ana tengah tunjukkan gambar pada Lope dan Yong gambar2 anak dia...si zikril ternampak souvenir yang Andy bagi dari Thailand..pensil...

Zikril : Ende, jiji takde la pensil macam ni..yela jiji nak tulis a ke b c ke...senang sikit.
ana : (nak tergelak pun ada jugak masa tu..yela punyala bekias budak sorang ni, pastu ana tanya). Habis tu jiji nak ke?
Zikril : Yela ende...(sambil tersengih2)

Kelakar kelakar...hebat jugak anak sedara ana sorang ni...berkias dalam meminta..ALhamdulillah la tak nakal..kalau nakal siapla...hehe yang paling kelakar dua beradik ni..sorang tu memang mulut becok dan nakal..yang sorang lagi zafran, baru 5 bulan tapi nampak macam pendiam je..pastu serius semacam hehehe macam2

p/s:tak sabar nak tunggu bebudak ni besar

Thursday, October 06, 2005

2nd day of ramadhan 1426H

Assalamualaikum..

Yesterday..1st ramadhan
Dont have many work at office..I only update the database web, surfing net, chatting with old friends...and counting the time to go back...and sharp 5.30 pm..I and Azira go to Komuter Station..
and the day still raining.......and start to become heavy...while we arrive at Bandar Tasik Selatan..
still raining and raining

Too many people at pasar ramdhan...and I dont know what is my dish for berbuka puasa..I just buy bihun sup at fullamak sup...

Pray tarawikh alone....alone....always...also sahur alone...and alone....

Wednesday, October 05, 2005

pose hari pertama

Assalamualaikum..

Pada hari Isnin lepas pengumuman dibuat bahawa 1 Ramadhan jatuh pada 5 oktober 2005 bersamaan dengan hari Rabu..maka semua umat Islam yang prihatin dengan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan ini...tunaikan solat sunat tarawikh, di samping solat-solat sunat lain, membaca alQuran, bersedekah, dan sebagainya..

Semalam, solat tarawikh sensorg je...selalu seorang..tapi takpe ada DIA..alhamdulillah ada DIA, memang sedih tinggal seorang...selalu makan seorang....beribadah sensorang...tapi takpe alhamdulillah ada DIA meneman diri ini tanpa jemu dan tak pernah jemu...syukur alhamdulillah...

Pagi tadi sahur, bangun pukul 4.45..dah terjaga 4.30..tapi tak larat nak bangun..tetiba dapat sms..ops kena la bangun....malas nak masak..so masak air je la...minum milo dan cicah dgn biskut..hehehe alhamdulillah rezeki ku ari ni..

lepas solat subuh dan ngaji..tido sampai 6.45..ngantuk sangat..pastu mandi dan pergi keje..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..insyaAllah semoga esok lebih baik dari hari ini..

ameen.

Monday, October 03, 2005

Ramadhan Tahun Lalu..

Dipetik dari www.eramuslim.com

Ramadhan tahun lalu, teramat banyak menu tersaji di meja makan, baik saat sahur, terlebih saat berbuka. Tidak sedikit sisa makanan sahur yang terbuang ke tempat sampah di pagi hari. Begitu juga setumpuk makanan yang tak mampu lagi tertampung di perut usai berbuka. Padahal, di luar sana jutaan anak yatim menangis menahan lapar mereka. Antrian pengemis dan kaum fakir menadahkan tangan meski kadang hanya lelah yang didapat. Sama dengan kita, mereka pun berpuasa. Bedanya, tak ada makanan untuk sahur maupun berbuka. Karena puasa bagi mereka, tak hanya di bulan ramadhan. Sepanjang tahun mereka lakukan hal yang mungkin hanya sebulan kita menjalaninya.

Sepanjang Ramadhan tahun lalu, banyak ibadah yang kita kerjakan. Banyak sudah doa yang terajut, untaian pinta yang terukir, air mata yang tumpah di setiap sujud dan panjang rakaat sholat kita. Sama dengan kita, di luar sana, jutaan fakir miskin tak henti berdoa berharap derma dari yang peduli. Sepanjang tahun kita hanya khusyuk berdoa, namun tanpa tangan yang terhulur menjawab pinta kaum fakir.

Di hari-hari terakhir Ramadhan tahun lalu, langkah-langkah kaki kita memenuhi pusat perbelanjaan untuk menyambut hari raya penuh ceria. Butuh waktu berhari-hari untuk menyambangi beberapa pusat perbelanjaan, teramat banyak peluh yang menetes untuk menjinjing hasil buruan berjam-jam di pusat perbelanjaan. Di hari-hari yang sama pula, kaki-kaki kaum dhuafa memenuhi pusat perbelanjaan. Bukan untuk berbelanja, mereka hanya singgah di emperan pertokoan sambil mengiba berharap kasih sayang. Berkaca mata mereka menyaksikan tawa riang orang-orang keluar masuk toko. Pilu hati mereka menatap jinjingan yang dibawa setiap orang yang keluar toko. Sesekali sepasang matanya singgah di baju lusuh yang kotor dan beraroma tak sedap yang mereka kenakan.

Usai sholat Id tahun lalu, aneka makanan berbagai bentuk dan warna. Beragam minuman aneka rasa menghiasi meja tamu dan meja makan kita. Ketupat, rendang daging, dan berbagai sajian khas lebaran siap terhidang. Untuk orang rumah, juga untuk tamu. Tapi tak ada makanan yang sengaja disiapkan untuk dikirim ke panti anak yatim. Apalah lagi membuka pintu untuk kaum fakir dan menyediakan meja untuk mereka bersantap.

Saat seluruh keluarga berkumpul, merasakan hangatnya silaturahmi yang terjalin indah, ada segepok uang yang kita bagi-bagikan kepada anak-anak, keponakan, cucu, atau pun anak-anak kerabat yang datang. Padahal di depan pagar rumah kita, berpuluh pasang mata menatap iri bermimpi mendapat santunan. Kata “maaf” atau sekadar uang kecil menjadi alat pengusir tamu-tamu tak diundang itu.

Di hari raya tahun lalu, ada tangan lembut yang kita kecup. Begitu juga tahun ini, ibu dan ayah manis duduk menanti antrian anak-anaknya bersimpuh meminta keridhaan. Satu persatu dari yang tertua hingga si bungsu menyalami dan mencium ibu dan ayah mereka. Tak jauh dari tempat kita, anak-anak yatim piatu di rumah panti menatap kosong pintu tempat tinggal mereka. Tak ada yang datang bersilaturahim, membawakan makanan kecil atau ketupat. Dan yang pasti, tak ada tangan-tangan lembut yang mereka kecup untuk dimintai keridhaannya. Sebagian mereka, bahkan tak pernah tahu sosok mulia yang melahirkannya.

Ramadhan tahun ini, mestinya kita lebih peduli. Agar ada secercah senyum terukir di wajah mereka. Semoga.

Friday, September 30, 2005

Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekorsyaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialahuntuk menanam keraguan di hati suami terhadapkesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteriterhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulahRasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Bagindamendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saatitu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabilaberbaring di tempattidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiapsembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindunganAllah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiapsembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuksyurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketikahendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumahdisekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiapsembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan diasetiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatanorang yang benar, pahala nabi - nabi serta Allahmelimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluarrumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikatkepadanya – mereka semua memohon keampunan danmendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhirsembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilanrohnya dan dia adalah seperti orang yang berperangbersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketikadalam kesempitannescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongankepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W.bersabda, "Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat..." Wassalam,"

Utamakan SELAMAT dan sihat untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasapenurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribumalaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitandan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w.dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulisserta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiapkali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi danpetang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendakmusafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya darigodaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yangakan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allahs. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"AsraarulMufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap harisebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya denganberbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkandarjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semuaorang akan menghormatinya serta terpelihara ia darisegala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yangmembacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada airhujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akanmencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat AyatAl-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya sertamembaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandi depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dansembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dandipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara NabiMuhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursiakan mendapat pertolongan serta perlindungan Allahdaripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayatKursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripadapencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yangkuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikankeselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursiyang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, bolehmenyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama andamenduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluargaterhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiapsembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindunganAllah hingga sembahyang yang lain. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidakmenegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allahmemelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &ahli rumah - rumah di sekitarnya. Barang siapa membacaayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yangbersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi -nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluarrumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikatkepadanya, mereka semua memohon keampunan danmendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursidi akhir sembahyang Allah azza wajalla akanmengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah sepertiorang yang berperang bersama nabi Allah sehingga matisyahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketikadalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberipertolongan kepadanya.

last day...

Alhamdulillah..ari ni last day of october...dan yang paling best..ari ni ari jumaat..esok cuti..so bolehla rehat..tapi sebenarnya tak rehat pun sebab lepas keje karang nak balik perak dgn nyahli...apa yang paling best selain daripada saat-saat bersama keluarga? memang best dan menyeronokkan...dapat bermanja dan mengadu..mungkin kadang-kadang disakat sampai menangis, tapi itu tandanya kita menjadi perhatian dalam family...dan betapa bermaknanya kehadiran kita dalam family....

Hmm...nak citer pasal citer semalam...tapi tetiba rasa tak larat nak citer...insyaAllah nanti sambung...tetiba rasa sedih....

Thursday, September 29, 2005

no title

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..after afew days...i never put any issue on my blog...'takde masa'....boleh terima ke?Apa-apa jela...actually today I'm not recover yet from my 'sakit'..still cough, flu..but everything is under control..after my observation....i already know that my body was so sensitive...too sensitive with environment...

1-Even vol 1 of fan, i'll start cough..cough..so I have to sleep in hot environment.
2-Even....cant remember..

Doctor at clinic said that i got athme...how? I still wondering how....

Apapun, semuanya ketentuanNya..ada hikmah InsyaAllah..ameen

p/s: sometimes we only realize something when we missed it...

Thursday, September 22, 2005

sayang selasih


assalamualaikum..

alhamdulillah atas segalanya...tak tau apa nak tulis sebenarnya..i have to finish a lots of work...do not done yet....the due was coming...i'm going to get headache thinking about it...

Thursday, September 01, 2005

Domam.

Assalamualaikum dan alhamdulillah, bersua lagi kita...lamanya tak coret kat dalam blog ni...takde idea sebenornya..
Hari ni tak sihat sangat...bunyi batuk sana dan sini (special effect)...kadan2 bunyi batuk tu boleh mengganggu orang lain..tapi nak buat macam mana..bukan sengaja..tul tak??

Apapun, seronok sangat semalam...keluar dengan kawan2 lama...iman dan za...lama dah tak gila2 macam dulu..tergelak2 dengan kawan2..dikenakan dan mengenakan...diketawakan dan mengetawakan...pendek kata segalanya bertiga..masa diorang berdua tido kat rumah sewa, terasa macam kami masih duk sebilik kat kuantan dulu..hehehe kenangan punyala banyak....

okla..nanti sambung lagi..nak solat asar.

Monday, August 15, 2005

cerita balik kampung

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sesangat..alhamdulillah kepada Allah di atas segalanya...
Semalam mak ayah, ende dan cik Ha hantar balik kat rumah...mak ayah naik la sampai tingkat 10 tu...alhamdulillah tak terasa penatnya sebab ada khidmat LIFT! Alhamdulillah...kalau takde lift...memang la cepat teman kurus..hehehe

Keranamu jerebu, ana cuti jumaat lepas...balik negeri sembilan awal pagi...sebetulnya atok dan wan tak sihat kat Kg Tengkek tu. Gi rumah Mak Mah dan Ayah Abas...kat Gemas..selepas urusan ayah selesai kat Tampin, Negeri Sembilan. Makan tengahhari kat rumah Mak Mah dan Ayah Abas...depa tu merangkap mak ayah angkat ana gak tu..ditambah merangkap bestfriend mak ayah! Lepas Asar bertolak balik ke Kg Tengkek..memakan masa hampir 1 jam jugak la...ana yg drive...ops, ana drive masa kat Tampin sampai Gemas tadi.

Sampai kg, Yong sekeluarga dah ada...malam tu..tidur pakai tudung gak la kat hall dapur tu..sederet 5 orang...ayah, mak, ana, cik Ha dan ende...jadi anak manja la cuti kali ni..yela dapat berkepit dengan mak ayah...memang best!!!Pepagi Sabtu tu lepas basuh baju, sidai baju bawa mak+ende+cik Ha dan zikril gi Batu Kikir pergi pasar nak beli lauk...ayah tinggal kat rumah..tgk Astro..rumah wan dan ada astro...macam tak caya je..bebila teringat zaman dulu, zaman kecik2 dulu..kalau balik kampung memang perit la, dgn tv nya tak dapat siaran, dengan nak gi toilet kena angkut air, kalau malam memang agak 'takut' la sebab toilet kat luar, tapi sekarang alhamdulillah, toilet dah ada air sendiri walaupun masih kat luar lagi, lampu jalan pun ada...so, takde problemo la kalau peru meragam waktu malam..hehehe Sekarang alhamdulillah keadaan dah ok...getting better, tinggal coverage takde je kat rumah wan, kalau tak mesti banyak dapat sms hehehe

Cerita pasal sms teringat la plak, ana dapat banyak miskol dari nombor yang tak dikenali...apasal la plak glamour semenjak dua menjak ni...pelik gak kan?? takpela, ada la tu....

Petang sabtu dah mula ramai adik2 mak balik....induk sekeluarga, mak andak sekeluarga, atih sekeluarga, makcik sekeluarga...Ya Allah rupanya mereka dah pakat2 nak balik kg kalau mak balik..tu pasal la penuh rumah wan. Almaklum sajala sejak mak ayah duk perak ni memang julung2 kalinya mak ayah balik n9, tambahan mak aritu operation...lagi lama delaynya...

So far, seronok la balik kampung bebaru n i..memang best..alhamdulillah cuma sedih je nampak keuzuran terpancar pada fizikal wan dan atok...sedih sangat...


p/s:kekadang terfikir..macam manala keadaan bila dah tua nanti ek? wallahua'lam

9 jenis syaitan dan karektornya

9 jenis syaitan dan karektornya
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

ambillah waktu

Ambillah waktu untuk berfikir. Itu adalah sumber kekuatan

Ambilah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan

Ambilah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang di berikan oleh tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang mengetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah bilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah menuju ke syurga

Secret of Spider

A team led by biomechanics expert Andrew Martin from the Institute for Technical Zoology and Bionics in Bremen, Germany, examined the feet of a small jumping spider (Evarcha arcuata) under an electron microscope. The images they obtained revealed sequences of long hairs (setae) under its feet, as in other spiders. The underside of each of these hairs was covered by even finer hairs (setules) with tipstriangular.

In order to determine what kind of adhesion forces were involved, the scientists measured the adhesive force between the spider's foot and a small probe, using a method more frequently employed in materials science. The researchers' calculations showed that a spider hanging from the ceiling by contact through approximately 600,000 setules sets up an adhesive force capable of supporting 173 times its own body weight.

Interpreting these results, Martin concluded that the spider adhered to surfaces through van der Waals forces (the electrostatic attraction that emerges between molecules 1/1,000,000 of a millimeter apart). Van der Waals forces are concerned solely with the distance between two bodies and are unaffected by environmental factors. Therefore, the method by which the spider adheres to the wall can be replicated in the production of materials such as paper notes that can stick when wet and spacesuits that can adhere to surfaces in space. (These hairs are not only found on spiders. It emerged from one study performed in 2002 that geckoes also adhere to surfaces using van der Waals forces.)

For a spider to walk on the ceiling is as much a great ability as it is astonishing. Even more surprising is the way this ability depends on 600,000 fine hairs. There are an average of 100,000 hairs on the human head, yet there are six times this number on the sole of the spider's foot, so many times smaller than the human head. The fact that so many minute hairs have been located in such a small area reveals the existence of a marvel of micro-design. It is also striking the way that these hairs are not just anywhere on the spider's body, but on the soles of its feet. The genetic information for the structure of these hairs is in the spider's DNA and the cells in the sole produce the hairs in accordance with this design plan.

It is of course impossible for a spider to have come up with this design itself. No spider can think of applying the van der Waals forces by performing electrostatic measurements in order to walk on ceilings. Neither can it produce hairs on its feet itself. It is clear that all this has been specially designed in the light of a specific purpose. Indeed, the name of the journal in which the study in question was published is an excellent indication of this: Smart Materials and Structures, 19 April, 2004.

The concept of "smart materials" is one by which scientists aiming to resolve difficulties encountered in the industrial arena under inspiration from the design in nature describe the materials they use in the search to develop products with as few problems as possible.[*] The way that scientists setting out with that intent analyze and make use of the spider foot in their research is a clear sign that it contains an intelligent design. Therefore, the spider's ability to walk on ceilings also emerges as the product of a special creation. There is no doubt that it is God, the Lord of the worlds, Who created the spider and bestowed the ability to walk on ceilings on it. God reveals in one verse from the Qur'an:

God created every animal from water. Some of them go on their bellies, some of them on two legs, and some on four. God creates whatever He wills. God has power over all things. (Qur'an, 24:45)

Thursday, August 11, 2005

think positif.

assalamualaikum..

Have long time i didnt jot down something in my blog.....and very long long time i didnt wrote something in my beloved diary untill lasat night...yup last night...jot someting most important...something that i shouldnt forget..

I make big mistake before...i shouldnt think like that about him..i suppose to believe him...yup...he's PASS..!! plz pray for our future....amin ya rabb!!

Wednesday, July 27, 2005

sape yg bersalah?

Assalamualaikum.

tak tau la pasai apa rasa macam nak marah-marah je..pastu leh buat macam takde perasaan je..kesian kat kak Mun..tak pasal-pasal jadi mangsa..Tapi, alhamdulillah la bukan jenis marah2...cuma tak kan banyak cakap..pastu muke serius je..tapi, nak buat lagu mana dah memang cek jenis macam tu.

sian kak mun..maaf ye kak mun...adik tak tau kenapa macam ni..
apapun, insyaAllah nak balik kampung jumaat ni dengan nyahli..bestnya!
yela dukkat sini boring..tiap2 hari malas nak gi keje..tapi gi gak keje..tak gi keje macam mana..
so nak tak nak kena gi gak...ari tu demam pun gi..takkan tak demam tak gi..cuma malas je menebal dalam diri ni..boring2 kat bilik duk tgk NARUTO je kejenye...

web tak siap2 lagi ni..apataknya..susah betul...
okla...i'll try my best to do it..

wassalam

Tuesday, July 26, 2005

bicara rindu

assalamualaikum.

aku tahu aku rindu..
aku rindu, dan aku tahu..
tapi aku tak tahu pada siapa...
dan aku tak tahu rindu itu untuk siapa...

sakitkah rindu?
rindu itu sakit?

Ya...rindu aku..
rindu aku jadi seperti dahulu..
bangun malam membelah waktu..
menyembahNya sehingga lenguh kakiku..
menangis sehingga kering air mataku..
tidur tak lena kerana kenangkan dosa2ku..

ya aku rindu...
aku perlu leraikan rindu ini..

Thursday, July 21, 2005

ingat 5 sebelum 5


assalamualaikum...

alahamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...
semalam dengan hari ni demam...bersama diiringi selesema pulak tu..hehehe
memang ujian betul...rasa macam malas nak datang keje..yela...tak larat..tp pk pk semula..
datang je la...sebab keje banyak lagipun..

p/s: hehehe tak tau nak tulis apa sebenarnya..pic tu promote bunga orkid mak..

Monday, July 18, 2005

Madah ustaz Aqil


Assalamu'alaikum... Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat

TETAPI AWAS!!! Apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)

kursus kawin

Assalamualaikum wbt..

"mungkin anda semua pernah mengikuti kursus atau seminar sebelum ni..tapi, bagi saya kursus ini merupakan kursus yang paling best di dunia"

Macam tu la kata penceramah pada 16&17 Julai bebaru ni..sabtu dan ahad ni...dengan bangganya memberitahu...akhirnya pergi jugak ke kursus kahwin bebaru ni..sebenarnya teman sorg kakak ofis tu..kak nurul...nak tak nak...gi teman dia..mulanya memang niat just nak sijil je..dan yang paling teruk..dalam beg dah siap bawa buku nak study masa ceramah...almaklumlah 'dikuatiri' ceramah tu boring....teruk betul kan niat teman??Itupun alhamdulillah bawa buku ilmiah..hehehe

Akhirnya, niat dibetulkan..untuk dapat ilmu...Alhamdulillah setelah bertungkus lumus..berjaya juga mengharungi kedua-dua hari tersebut...yang tak syoknya...yong tipon tengahari tadi..tanya soalan cepu mas 'bila kamu nak kawin?'

p/s:INgat semua yg gi kursus kawin nak kawin dalm masa terdekat ke?? confuse gak ni...

Tak terfikir pula kita selama ini..... Subhanallah !!!!!!!

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu.

Azan: The Amazing Phenomenon

Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it is an established fact.
Have a look at a map of the world and you will find Indonesia on the eastern side of the earth.
The major cities of Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil. As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar Azaan begins.
Thousands of Muazzins in Indonesia begin reciting the Azaan. The process advances towards West Indonesia.

One and a half hours after the Azaan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta.
Sumatra then follows suit and before this auspicious process of calling Azaan ends in Indonesia, it has already begun in Malaysia. Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches Dacca, the capital ! city of Bangladesh. After Bangladesh, it has already prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with this proclamation.
Srinagar and Sialkot (a city in north Pakistan)have the same timing for Azaan.
The timedifference between Sialkot, Quetta,and Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar Azaan is heard throughout Pakistan. Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat.

The time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas (Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen, United ArabEmirates, Kuwait and Iraq. The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in Syria, Egypt, Somalia and Sudan during this hour.
The time difference between eastern and western Turkey is one and a half hours, and during this time it isechoed with the call to prayer. Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located at one hour's difference. The process of calling Azaan thus continues throughout the whole of Africa. Therefore, the proclamation of the Tawheed and Risaalat that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and half hours.

Prior to the Azaan reaching the shores of the Atlantic, the process of Zohar Azaan has already started in east Indonesia, and before it reaches Dacca, Asar Azaan has started. This has hardlyreached Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due, and no sooner has Maghrib time reached Sumatra, the time for calling Isha Azaan has commenced in Saibil! When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for Isha. If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would conclude the amazing fact that there is not even a single moment when hundreds of thousands of Muazzins aroundthe world are not reciting the Azaan on the surface of this earth. Even as you read this material right now, you can be sure there are atleast thousands of people who are hearingand reciting the Azaan!!!

Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." If you are not ashamed, please send this message... "Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is mystrength."

Thursday, July 14, 2005

pindah lagi...

alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya..
hari ni tak tau nak cakap macam mana...merupakan hari kedua duk kat dalam bilik khas untuk 'developer'...ada dua orang penghuni tetap dalam bilik tu..yang tak tetap memang ramai gak...hehehe biasalah..ada je mesyuarat tergempar kat dalam bilik tu..apapun, Alhamdulillah...

Dua hari lepas..lepas maghrib pergi tengok rumah kat blok 6...yang paling best ialah kat tingkat 10..kalau lift rosak nampaknya menapak la nanti naik tangga..hehehe Alhamdulillah dapat jugak rumah tu..ops, baru buat persetujuan dengan owner..sewa tak mahal dan tak murah sangat...dalam RM450...insyaAllah 5 orang bakal jadi penghuni rumah tu menjelang penghujung bulan julai ni..masalahnya sekarang..barang2 banyak tu memang berpeluh la nak angkat..dengan almarinya, pc lagi..pastu dengan buku2 lagi..baju lagi..tupperware mak yg berlambak lagi...semua nak kena angkut tu nanti..superman jauh plak tu nak minta tolong..kalau dekat pun tak mau la mintak tolong hehehe

Hmm...web ni tak siap lagi..okla nak sambung keroje..

Friday, July 01, 2005

baju raya

Hmmm...penat semalam masih terasa lagi..apataknya, gi nilai 3 beli kain untuk buat baju raya..sekarang baru jamadil awal..tapi dah beli baju. Bukan apa, dah terlanjur gi dgn nyahli..beli baju untuk mak, yong, yang dan cik nur...dan satu penyiksaan sesangat masa nak cari baju untuk depa..yela kena fikirkan baju mana yg sesuai..tak sesukar nak cari baju sendiri. Baju orang lain kita kena fikr dari pengamatan orang lain..kena fikir orang tu suka ke tak..samada betul2 suka atau sekadar nak ambik hati je..semua kena fikir! Tapi alhamdulillah akhirnya berjaya gak cari kain..

p/s:
Hari biru sedunia....hehehehe

Thursday, June 23, 2005

no electricity

assalamualaikum wbt

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..
Ya ALlah hari ni rasa tak semangat sangat di tambah mengantuk yang terlampau..
apa tidaknya semalam..tengah2 syok tengok cerita The Incridible dengan Murni..for second time..dalam 8.40pm..tetiba je blup..black out...cancell tgk dvd....baru je nak mula gelak..sebab citer tu memang la teramat menghiburkan...ada gak hikmah black out semalam...dapat kenal semua ahli rumah..bila dah gelap macam tu barula semua org keluar dari tempat persembunyian memasing...hehehe kalau tak kau kau aku aku je la...

Dan yang paling hebat semalam ialah...bersilat masa tidur...bersilat dengan nyamuk...ya Allah honestly memang tak leh tidur..terjaga nak mandi pagi tadi memang tak bersemangat...electric pun takde lagi...tension tul..agaknya pagi tadi mesti Murni perasan muka masam, entahla takde mood sesangat..maybe tak cukup tidur ditambah exercise yg hebat malam tadi..tapi pastu bila pikir2 semula..sian kat dia..sebab Murni tak bersalah. So buat macam biasa..as usual..

ps:adakalanya kita terpaksa mengorbankan kebahagiaan sendiri untuk kebahagiaan orang lain..

Wednesday, June 22, 2005

Al Fatihah

Dari Dia kita datang kepadaNya juga kita kembali..

Sabda rasulullah saw yg bermaksud “ tiga perkara yg mengikuti seseorang mayat itu ke kuburnya. Akhirnya dua perkara itu pulang (meninggalkannya) manakala satu perkara lagi tinggal (bersamanya). Yang mengikut seseorang mayat itu adalah kaum keluarganya, harta bendanya dan amalannya. Maka pulanglah keluarga dan hartanya dan tinggallah amalannya.” Riwayat Imam Muslim

Pada tanggal 19 June 2005 lepas..opah kesayangan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.15pm.
Semoga rohnya dicucuri rahmat..aminya rabb

Friday, June 17, 2005

No idea..

assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...hari ni masuk ofis lambat sikit, bukan sebab datang lambat tapi ada masalah teknikal sikit..apapun, sekarang dah pukul 9.10am tapi keje pun tak mula buat lagi..bukan apa, kena ada mood gak nak buat keje ni...semalam dah la gi KL..naik star lrt sampai plaza rakyat temankan murni beli tiket ke Lumut untuk hari ni...penat memang penat ditambah lapar yg melampau gak la..sebab hanya minum milo ais je pagi tu..dan makanan yang masuk seterusnya ialah sewaktu temankan murni berbuka puasa semalam...macam kita pulak yg puasa...hehehe tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sebab sampai rumah dah dekat 7.10pm...nak kata rush ke kl tu tak la jugak cuma, memang tak bazirkan masa langsung..Alhamdulillah Allah permudahkan segala hal...

InsyaAllah on weekend nak balik ipoh tengok opah..kalau dapat jumpa mak ayah sekali kan best..sambil menyelam minum air la katakan..harap opah sihat...nyah nora kata opah pun dah lain macam semalam..bila difikir-fikir terfikir jugak macam mana la nasi sendiri bila dah tua nanti...Ya Allah semoga dipelihara dalam segala hal..amin ya rabb

p/s:
Firman Allah dalam al-Baqarah ayat 286 “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kamu yang kafir.”

Wednesday, June 15, 2005

idea...

Alamak ari ni dapat msg lagi dari nyah, minta artikel..suruh antar secepat mungkin..pastu tak lama pastu dapat pula sms minta buat cerpen pulak...cerpen untuk dewasa...memang nak buat..sebab nak tambahkan pendapatan sampingan ni..masalahnya bila agaknya nak buat....balik dari keje je dah penat2..memang tido awal la..lepas je isyak tu memang nak tido dah...semalam lagi pulak lepas isyak dah nak tido tapi murni ajak tgk vcd..citer apa ntah..alhamdulillah cikter komedi..so, layan jugakla...sambil ada konflik diri dengan sms semalam...

Masalah nya sekarang citer apa nak dijadikan cerita untuk cerpen tu nanti..artikel IT dah siap..tinggal nak edit sikit je lagi...Ya Allah tolong la...

semalam sampai2 rumah sempat dengar ceramah ustaz shamsuri..katanya manusia ni kalau dah terdesak baru akan ingat Allah..barulah doa panjang berjela...barulah sembahyang pun lama....surah pun pepanjang je baca...ya Allah jauhkan aku jadi manusia macam tu...

wallahua'alam..

p/s:Setiap manusia memang ada masalah, cuma peringatan untuk semua dan diri sendiri...ingatlah Allah di kala senang dan susah..nescaya Allah takkan lupakan kita di waktu kita susah...

Wednesday, June 08, 2005

Destinasi Cinta-Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-MuWahai Tuhanku… Ya Allah…

arghhhh...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah pagi ni masih diberi kesempatan olehNya untuk teruskan hidup ini...sekarang kat ofis ni..rasa macam sakit kepala la sket..agaknya semalam sebab makan tak teratur kot? Apapun, setiap hari semakin bertambah barang kat bilik yang kecil itu...hahaha tapi apapun, bilikku syurgaku...semenjak dua menjak ni dah semakin pandai menghargai masa. Apataknya boring je dengar ceramah..azam nak habiskan semua ceramah mp3 kat dalam pc tu..

okla,,nak sambung buat keje..nanti kita coret lagi.

Monday, June 06, 2005

bersangka baik dengan Allah..

Alhamdulillah bertemu lagi...dah hampir 2 bulan lebih tak update kan blog ni..tak tau kenapa rasa hari macam ada semangat nak mencoret kat sini. Hanya Allah je tahu apa di dalam hati ana sekarang...macam iklan astro tu..macam-macam ada! Sedih sebenarnya, tak tau nak buat macam mana..apa agaknya tindakan terbaik yang harus ana lakukan sekarang? Biarkan...abaikan....agaknya suda sampai masa untuk kembali kepadaNya.

Ya Allah ampunkan aku, kerana sudah semakin jauh dariMu...
Tiap-tiap malam sebelum tido bersama dengan azam baru untuk bangun qiam pada pagi esoknya...ana akui memang terjaga dan terbangun tetapi perasaan malas menyelubungi diri...mungkin dah lama sangat tak qiam kot? Ana malu dengan seorang kakak tu..yela dah berazam nak miskol dia tiap2 pagi nak qiam..tapi tak miskol pun...bukan tak tersedar cuma tak mampu nak bangun!InsyaAllah esok nak cuba lagi...ya Allah tolong permudahkan urusan ku Ya Allah...

Hmm...cintaMu cinta abadi..akan ku cuba menggapai cintaMu ya ALlah..amin ya rabb!

Thursday, March 24, 2005

friendster...

Alhamdulillah...praise to Allah of everything... a couple day ago..I felt very happy cause were met again with my old friends...yup, my old friends at secondary school...i thought since 1998..we a apart...and with Allah bless we met again...met in www.friendster.com, sometimes this web page give some benefit..to find old friends, new friends and also got a lot of 'bad' thing there...

Tuesday, March 22, 2005

flying without wings

When i open my eye this morning..I realise i didnt heard my alarm..why?maybe so tired last night...and I'm sleeping in peace...2 new messages display at screen of my cellular phone...one from nyahli and another one from angah (jpk)...

Go to bath...wash my 'tudung' are using yesterday...and my sock for last week...go to work with uda....actually I dont know what to jot down here....I have to finish my article..3 articles must be submit as soon as possible..1 for IT and another 2 for 'cerpen'..thats why my message that appear at top of yahoo messenger is 'idea ooo idea'...I really dont have any idea to continue my story...

Monday, March 21, 2005

mangkuk yang cantik,madu dan sehelai rambut...

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".