Monday, May 27, 2013

Berperang dalam hati..

Malam semalam, bercadang nak puasa hari ni...puasa sunat Isnin merangkap sunat bulan Rejab. Sebenarnya hebat juga perang di dalam perasaan ni. Yela, untuk melaksanakan amalan sunat ni memang perlukan kekuatan yang maksima.

Setiap kali terjaga sewaktu menyusukan Hadif malam semalam..saya akan minum air..sambil niat..bersahur. Yela, nak sahur betul-betul dengan sempurna pun perang lagi dalam hati hehehe. Bangun solat subuh tadi pun terasa nak capai je minum air masak kat sebelah. Sebabnya sudah kebiasaan saya akan minum air masak jika bangun tidur.

Masa siap-siap nak pergi kerja pun perang lagi dalam hati..terasa nak buat nasi goreng (baki nasi semalam ada lagi).

Jeng..jeng...jeng...alhamdulillah berbaki 2 jam je lagi nak berbuka puasa...berjaya juga melawan perang di dalam hati hehe


Friday, May 24, 2013

jumaat yang cuti..

Alhamdulillah hari cuti..seperti hari ni. dapat luangkan masa dengan keluarga. Kemas rumah..basuh baju..sidai baju..masak..dan paling best jadi budak-budak..makan...tido..dan main...

Friday, May 17, 2013

Nasi putih..

Tersebut la kisah...kisah benar!


Pada suatu hari, saya bercadang nak makan tengah hari di rumah setelah selesai kerja luar. Sebabnya ada baki lauk untuk di makan. Rugi la kan kalau tak makan. ;) Disebabkan kat rumah ketika itu hanya ada lauk dan tiada nasi. Saya gagahkan diri untuk singgah beli nasi putih di kedai. Kedai mamak. Yela, kalau balik rumah..masak nasi..lama juga masa yang diambil tu. Sebab nak pergi masuk pejabat semula lepas rehat tu.

Yang kelakarnya...lepas letak kereta di bahu jalan. Saya hanya bawa beberapa keping duit syiling. Masa tu, agakan saya..insyAllah cukup duit ni.

Sampai kedai mamak, minta nasi putih bungkus satu. Saya jangkakan paling mahal harga nasi putih RM1.50. Mamak tu cakap "RM2.00". Kira-kira duit syiling tu ada RM1.80. Alamak malunya, saya cakap kat mamak..tunggu ye saya ambik duit dalam kereta. Alhamdulillah mamak tu baik hati..takpela..cukup cukup dia kata. huhuhu harga nasi putih memang mahal ke??

Thursday, May 02, 2013

Shaklee...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini. Secara tak langsung memberi peluang kepada kita untuk terus beramal dan beribadah kepadaNya. Ye, tanda kita syukur akan nikmat yang Allah berikan. Eh, terasa bagi tazkirah pula. ;)

Untuk makluman, sesiapa yang berminat untuk membeli produk Shaklee boleh terus menghubungi saya, sebab saya dah jadi pengedar sah shaklee. ;) jangan segan silu, jangan malu-malu. Ok, saya ada buat satu blog khas...tp macam biasala blog baru jadi masih banyak yang kurangnya. Klik sini untuk tengok blog. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya seperti di bawah :

Wardah
| 019-3305476 | wardahmustapa@gmail.com