Tuesday, January 11, 2011

Bukit Fraser..

Dulu, masa hantar nur ke raub selalu juga nampak papan tanda 'Bukit Fraser'. Masa tu, tertanya-tanya 'best ke pergi ke Bukit Fraser'. Alhamdulillah, dengan izinNya, berjaya juga sampai ke sana pada 7-9 Jan 2011 bebaru ni. Kami pergi bertiga.

3 hari 2 malam di sana, memang menyeronokkan di samping dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Bayangkan, di sana kabus tebal menyelubungi hari siang kita...kemudian matahari munculkan diri pada jam 4 petang. Agak-agaknya kalau duk sana, kena beli mesin pengering baju la. Sebab susah sikit nak kering baju kalau dibasuh.
Terima kasih kepada suria, baju panas tu Asyraf masih muat sampai sekarang. :)


Note : pasni...nak bercuti kemana pulak ye? tunggu......

2 comments:

ejan sara said...

asyraf comei.....mcm baby la plak pkai sweater gitu..

norulaina said...

kena ingatkan ibu dia.. tu baby besar bukan kecik lg haha :)