Thursday, March 25, 2010

Mari kita berzikir.....

JUMAAT
يَا الله
SABTU
لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله
AHAD
يَا حَيُّ يَا قَيُّوم
ISNIN
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
SELASA
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ
RABU
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
KHAMIS
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan harian kita... ;)

Monday, March 22, 2010

Siapa patut dipersalahkan?

Berita yang menggemparkan saya ambil petikan dari BHOnline


17,303 anak luar nikah didaftar 2009 Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.

Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. “Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.


Ya Allah...jika 17000 orang setahun, maknanya purat 50 orang sehari dan dianggar 2 orang bayi luar nikah telah lahir pada setiap jam. Jumlah itu adalah yang telah didaftarkan, kemungkin lebih sekiranya termasuk jumlah yang tidak didaftarkan. Siapa yang patut dipersalahkan??? Kerajaan?Pempimpin? Ibubapa?

Saya terpanggil untuk menulis isu ini di blog setelah mendengar topik di radio ikim.fm pagi tadi. Rasa tanggungjawab, bimbang, dapat didengar dari suara pemanggil yang menelefon. Tak kurang juga perasaan yang sama bagi setiap pendengar. Itulah hakikat...itulah kenyataan. Persekitaran yang tidak sihat sedikit sebanyak mencetuskan pergaulan bebas di kalangan remaja dan muda mudi. Peranan kita sebagai individu tetap ada....individu itu mungkin seorang ibu, ayah, anak, pemimpin, pekerja, abang, kakak, dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan.

Ingat...ingatan untuk kita semua...jika Allah nak turunkan bala kepada sesuatu kaum, takut-takut kita turut merasa bala Allah itu. Tak mustahil bukan??

Monday, March 15, 2010

Logo Haram

Halal...haram..Yang halal itu jelas yang haram itu juga jelas.

Pagi tadi semasa di dalam kereta, isu yang dihujankan di IKIM.fm ialah isu halal dan haram. Kopitiam Haram. Saya bersetuju dengan seorang pemanggil yang memberi cadangan bahawa perkenankan pula logo HARAM. Betul juga, bila ada logo haram secara tak langsung kita tahu status halal haramnya. Jika ada logo halal, tapi statusnya masih kabur susah juga.


Tak tahulah nak tuding pada siapa...siapa salah siapa benar!!! Tetapi yang pasti, di Malaysia ni masih nampak goyangnya. Tidak segah nama 'Negara Islam' itu sendiri.

Halal yang ada sekarang ni pun, tak pasti adakah secara keseluruhannya halal. Di masak oleh orang Islam juga tak semestinya halal. Entah bahan-bahannya ada yang syubhah...entah cara pembuatannya macam mana. Adoiii...takut nak fikir. Nak tak nak kena juga fikir.

Agaknya mungkin sebab tu, ramai umat di akhir zaman ni hatinya dah mati.
Hmm mati...sebab selalu makan benda-benda yang tak jelas halalnya. Siapakah yang tak buat keje?? Tepuk dada tanya iman.



note : kekadang takut memikirkan masa depan....apa jadi dengan anak-anak zaman sekarang??

Sunday, March 14, 2010

Stress..penat...

Stress...penat....seminggu dua ni..saya memang penat yang terlampau. Bermula dengan menyiapkan timesheet untuk 8 orang, bagi project grant. Lepas tu, kena turun site untuk installation...sebab tak cukup masa dan orang. Dah seminggu lebih juga la saya tak masuk ofis. Buat kerja luar!! Pergi site buat installation memang best...sebab dapat jalan-jalan. Tambahan pula saya dah semakin pakar kawasan Wangsa Maju, Keramat, dan Setapak. Macam tak caya je!!! Bukannya senang nak cari tempat. Alhamdulillah ada google maps. ;)

Ditambah pula, pergi site tu adakalanya langkah kanan...alhamdulillah. Dapat gak merasa ;)

Isnin, Selasa dan Rabu lepas kena bagi training kat Puchong. Fuh, memang penat....keluar hari masih gelap. Sampai rumah pun hari dah gelap. huhuhu Ditambah stress dengan karenah trainee yang pelbagai. Tak caya cuba tanya Ejan hehehehe sabar je la

Aduh...memang penat dan berbaloi...sebab malamnya dapat rehat..apataknya tidur pun tidur mati. Kalau ada kecemasan mesti tak sedar gak. Kaki memang lenguh toksah nak cakap..sebab sepanjang hari duk jalan keliling dewan tu.

Khamis Jumaat g site lagi, menghabiskan installation kat site. Minggu depan baru masuk ofis..