ingat-ingat lupa la dah pernah post ke tak pasal ni...tp takpela, tak salah kalau mengingatkan kembali. Almaklumlah manusia kan mudah lupa...
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapiber`T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapibaju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Sebagai wanita, kita perlulah menutup aurat seperti yang Allah arahkan..janganlah kita menutup aurat kita kerana takutkan suami, takutkan mak ayah, malu dengan kawan-kawan, dan sebagainya. Pendek kata, buatlah dengan ikhlas dan merasa ianya adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian kita.
Note : jadilah seperti kristal yang disimpan di dalam rak cermin, boleh dilihat dan ditatap..mahal pula harganya berbanding dengan barangan yang berada di rak-rak biasa...murah, boleh diusik, usap...dan dibaling-baling.
0 comments:
Post a Comment