Thursday, May 28, 2009

Kesalahan Wanita??

Salam ya salam.....

ingat-ingat lupa la dah pernah post ke tak pasal ni...tp takpela, tak salah kalau mengingatkan kembali. Almaklumlah manusia kan mudah lupa...

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapiber`T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapibaju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah `menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

 Sebagai wanita,  kita perlulah menutup aurat seperti yang Allah arahkan..janganlah kita menutup aurat kita kerana takutkan suami, takutkan mak ayah, malu dengan kawan-kawan, dan sebagainya. Pendek kata, buatlah dengan ikhlas dan merasa ianya adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian kita.


Note : jadilah seperti kristal yang disimpan di dalam rak cermin, boleh dilihat dan ditatap..mahal pula harganya berbanding dengan barangan yang berada di rak-rak biasa...murah, boleh diusik, usap...dan dibaling-baling.

Wednesday, May 27, 2009

Nak tahu sebab anda memilih pasangan anda?

salam ya salam..

Sekadarnya sahaja...........

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : mungkin menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : mungkin menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : mungkin menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : mungkin menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : mungkin menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.


Note:  sekali sekala buat ujian psikologi...hehehe kalau betul..kebetulan...kalau tak betul...bagi saya..saya pilih...
3 -1-2-4-5

Monday, May 25, 2009

Doa Si Sepet Yang Makbul..

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR 
  • Allah menurunkan  bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
  • Kehendak Allah mengatasi segala. 
  • Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
  • Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
  • Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya. 
  • Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi  amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.

Panasnya semalam.......

Ya Allah...agak mengantuk hari ni. Ditambah dengan cuaca yang panas, lagilah ngantuk. Semalam...hampir setiap jam hero saya bangun. Ingatkan lapar, rupanya dia turut terasa bahang panas tu. Kesiannya...Kita yang besar ni pun terasa bahang panas tu, apatah lagi budak kecil.

Natijah daripada semua tu, saya berasa amat mengantuk hari ini, sebab selalu terjaga malam semalam. sian dia...nak pasangkan aircond, rugi kalau pasang kat rumah sewa. Nak pasang kat rumah sendiri, rumah sendiri pun takde lagi...


Note : sabar ye asyraf...ibu pun panas juga...

Semerbak Iman Masyita

Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun.

Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"

"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.

Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.

Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!


MORAL & IKTIBAR

* Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
* Bukan lelaki saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai keberanian dengan izin Allah
* Allah menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan anak haram.
* Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan pula dipandang sebagai kejahatan.
* Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan.
* Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat kesenangan abadi.
* Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi kita.
* Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi diiktiraf keselamatannya di akhirat
* Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi bukti bahawa Allah membenci mereka.
* Kesenangan di dunia bukan menjadi kayu pengukur kepada kesenangan di akhirat. Kesusahan di dunia pula bukan menjadi kayu pengukur kepada kesusahan di akhirat.

Friday, May 22, 2009

New template..

Salam ya salam..

Dah banyak kali sebenarnya nak tukar template blog ni, selama ni guna classic je...nak edit pun semua kena kat html dia. akhirnya....inilah hasilnya.

Wednesday, May 20, 2009

cuti dah lulus...


Alhamdulillah...apply cuti sejak minggu lepas...tiap2 hari berdebar2 cek email. Nak tunggu approval mail from the big boss!! Finally, alhamdulillah... :D tq Mr MYK.


Bestnya nak cuti..rasa tak sabar lak.

Senyum.

Sengih.

Berangan.


Wahai teman-teman di utara...geng penjelajahan utara bermula pada 5 june ni...jumpa di sana!!!!

Penat keje...penat nak selesaikan kerja yg patut dah lama siap,tp biasalah bila jumpa client...memacam penambahan kena buat. Dulu jumpa tak cakap, bila jumpa sekarang baru nak cakap. Tp, takpela...system dah deliver...nak yg baru kena tunggu lah. ;p


Note : jom jalan-jalan...cuti-cuti malaysia!!!

Monday, May 18, 2009

Asyraf dah 5 bulan..

Percaya atau tidak...kami (saya dan dear) sudah berjaya menjaga Asyraf selama 5 bulan. Bila diingat kembali dari usia sehari hingga sekarang ni...dah 5 bulan, satu rumusan yang boleh dibuat ialah...sabar bebanyak.

Sehingga di usia Asyraf 5 bulan, saya telah berjaya melangkah ke satu tahap yang boleh dibanggakan.
  • Se Hari - 2.6 kg
  • 1 bulan -3.25 kg
  • 2 bulan - 4.6 kg
  • 3 bulan - 5.4 kg
  • 4 bulan - 5.6kg
  • 5 bulan - 6.1 kg
InsyaAllah bulan depan asyraf 6 bulan, saya akan mula perkenalkan solid food pada dia. Walau di usia beberapa hari sebelum 5 bulan Asyraf sudah tumbuh gigi sebatang di bahagian bawah...bak kata ayah asyraf 'asyraf dah tumbuh gigi, tapi tak boleh makan lagi'. Asyraf nak makan apa? puree? bubur nasi? biskut? Saya pun sekarang sudah mula berjinak2 untuk mempelajari memasak masakan solid food untuk asyraf.

Apapun, sedar tak sedar cepat betul masa berlalu..asyraf pun dah semakin kuat anggota badannya. Walaupun mungkin agak pemalas untuk meniarap. Tp, dia terlalu peramah menegur orang sekeliling.

Note : habis la barang-barang ayah dan ibu nanti bila asyraf dah mula mengemas... ;)

Tuesday, May 12, 2009

Budak bijak...


Salam ya salam...hari ni rasa nak tercerita pulak pasal Zafran. Anak yong. Merangkap anak menakan saya. Ahad lepas (10/5/09), saya dan keluarga pergi ke rumah yong di Subang sebab diorang beria-ia ajak g MIHAS. Sesampai di sana..seperti biasa..borak2 dulu, pastu dijamu minum oleh yong walau kami sebenarnya dah minum dan makan cucur udang kat rumah. Sedang kami semua berbual-bual...tiba2...Asyraf menangis kuat...dengan semerah2 muka. Kemudian nampak Zafran tersipu-sipu di belakang saya.

Yong : Kamu buat apa dekat Asyraf, sampai dia nangis.
Zafran : Affan terGIGIT tangan Asyraf je.

Ayat terGIGIT tu yang tak tahan. Agaknya dia geram tengok tangan asyraf gerak2...biasalah namapun baby lagi. Mestilah tangan kaki tak duk diam. Alhamdulillah takde pape jari asyraf. Bijak betul dia menjawab soalan. Rupanya si Nisa' (adik zafran) pun selalu kena gigit jari oleh zafran.

Masa kat MIHAS lak. Semua makanan free kami rasa. Minuman pun macam tu gak. Sampai kat tempat serunding, si zafran ni nampak suka la sangat. Saya pun beli la 2 peket RM15. Murahla kot, sebab tak tau harga kat pasaran sbnrnya berapa. Sesampai je kat rumah, si zafran terus menggeledah barang2 saya untuk mencari serunding yang saya beli tadi. Dear memberi sebungkus pada zafran, sebungkus lagi untuk kami bawa pulang.

Zafran : Mama, affan nak makan serunding.
Yong : Eh, kenapa kamu ambik tu enda punya la.
Zafran : takpe, enda ada dua.

Pandai betul dia menjawab. Sebab ada dua, so dia boleh ambik satu.

Zafran : Papa, tadi affan beli serunding.
Lope : Bila pulak affan beli serunding?
Zafran : Tadi...affan beli, enda bayar.

Hahahahaha dia beli saya yang bayar? memang bijak. Jawapan spontan yang menghiburkan.


Note : memang tak terlayan keletah si zafran yang amat petah bercakap.

Wednesday, May 06, 2009

Ofis..

gambar hiasan

Sekarang ni...kat surau dah sesak dengan ramai manusia. Kalau tak betul waktu turun solat nampaknya kena beratur untuk ambil wuduk dan solat. Wah, betapa ramainya orang beriman di sini hehehehehe negara Islam la katakan :D

Maka, untuk menyelesaikan masalah itu..kami (saya, suria, ejan, yana dan aisyah) telah terjumpa waktu yang sesuai untuk turun solat. Pukul 1-2 pm...adalah waktu terbaik untuk solat+lepak+pam ketika waktu zohor. Keluarbiasaan jumlah manusia yang bekerja di sini juga disedari semenjak berpindahnya YP kat sini. Ada 3 pejabat YP kat sini, dan stafnya berjumlah +-200 org. Fuh...ramai kemain. Parking penuh. Surau penuh. Lift penuh.

Terasa sangat kehadiran diorang ialah kat surau dan parking lot. Jam 8.15am pun parking dah penuh. Dulu keadaan aman dan tenteram. Siap boleh pilih, sebabnya banyak tempat kosong. Sekarang, kalau dah penuh kena la naik P2, P3 tak pun penthouse...P4. Ari tu sempat berkomunikasi dengan pak guard. Minta jasa baik dia reserve tempat parking untuk saya dan suria(sebenarnya kitorang satu kete). Dan alhamdulillah pagi tadi, dengan perasaan lega dan terjamin dapat parking lot yang best dan dekat dengan tangga. Tq uncle!!!

Ingat pesan ayah dan mak..nak kawan tu jangan pilih-pilih orang. Seeloknya berbaikla dengan orang yang lagi bawah dari kita. Walaupun orang tu guard ke, cleaner ke, peniaga ke....apa-apa jela. Bukan apa, bila ramai kawan kita jugak yang senang..Berkawan biar beribu...berkasih biar satu hehehe.

Note : staf yp memang la ramai...siap ada krisis dengan diorang lagi ari tu hehehehe

Rahsia Jari Kita...


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

renung-renungkan dan selamat beramal....eh...macam biasa dengar je! :D

Tuesday, May 05, 2009

Tagged!

Salam ya salam...

Selalu gak bukak blog M, tetapi tak sangka plak nama kena sebut...huhuhu sampai hati awak tag saya M. Apapun, sebab tengah ngantuk ni...jd saya cuba layan tag dia ni hehehehe

1. Anda rasa anda hot?
-tadi baru cerita pasal mommy hot dengan bebudak ofis...hehehe (tak jawab soalan pun)

2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?
-Sebab........rasa macam best lak tengok kaki disebalik bedung napkin tu. Kalau tak silap masa tu asyraf baru je beberapa hari. (saje nak ingatkan diri...dah tua...dah jadi mak orang pun hehehe)

4. Bila kali terakhir makan pizza?
-Hmm...jumaat lepas. Kat JJ Equine.

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
-Gigi (Tuhan), sekarang dengar Gita Gutawa (Jalan Terus) dari album 12 lagu islam terbaik.

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
-Bukak punya banyak tab kat firefox (gmail, email company, yahoomail, SI, wholesomefood, Anakku). Pastu buat code sikit kat Delphi sambil mendengar winamp.

7. Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
- semestinyalah wardah...pastu along, enda.

8. Tag lagi 6 orang.
- Suria
-Aina
-Ainul
-Pipah
-Ejan
-Zahid
-Fakrul

eh, lebih lak hehehehe

Ketahui Kriteria Pada Plastik Yang Anda Gunakan

Sebelum menggunakan kembali botol dari bekas minuman kemasan tersebut, hendaknya masyarakat mengetahui bahan dasar dari plastik-plastik yang aman untuk dipakai. Caranya dengan dengan melihat simbol atau kode yang biasanya tertera di bawah produk plastik tersebut. Kode dan simbol tersebut sangat penting untuk diketahui karena berkaitan dengan jenis bahan serta cara dampak pemakaiannya.

Produk plastik yang dimaksud bukan hanya botol plastik air mineral yang banyak beredar di pasaran, tetapi juga plastik wadah makan, penutup makanan, hingga botol susu untuk buah hati Anda.

Kode-kode yang menandakan bahan pembuatan plastik kemasan tersebut dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Serikat dan diadopsi oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kode, seperti ISO (International Organization for Standarization).

Secara umum tanda pengenal plastik tersebut berada di dasar atau bagian bawah kemasan, berbentuk segi tiga yang didalamnya tercantum angka yang menunjukkan arti tertentu, serta nama jenis plastik di bawah segitiga.

Tanda pengenal plastik itu dibagi menjadi 7 buah kelompok. Serta 3 tambahan sehingga totalnya ada 10 buah.


Tanda-tanda plastik tersebut adalah:

JENIS KE 1:



Tanda ini biasanya tertera logo daur ulang dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasanya plastik jenis ini dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih/ transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya.

Mayoritas, plastik PET di dunia dipergunakan untuk serat sintetis (sekitar 60 persen), dalam pertekstilan PET biasa disebut dengan polyester (bahan dasar botol kemasan 30 persen).



Yang perlu diperhatikan adalah, botol dengan bahan ini direkomendasikan HANYA SEKALI PAKAI. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air hangat apalagi panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik (dapat menyebabkan kanker) dalam jangka panjang.

Para pekerja yang berhubungan dengan pengolahan pet maupun produk daur ulangnya juga harus waspada. Sebab, di dalam membuat PET, menggunakan bahan yang disebut dengan antimoni trioksida. Dengan menghirup debu yang mengandung senyawa kimia itu, bahan tersebut mudah masuk ke dalam tubuh melalui pernafasan. Kontaminasi senyawa itu dalam periode yang lama akan mengalami iritasi kulit dan saluran pernafasan.

Bagi pekerja wanita, senyawa ini meningkatkan masalah menstruasi dan keguguran. Apabila pekerja tersebut berhasil mempertahankan kehamilannya dan melahirkan, anak mereka kemungkinan besar akan mengalami pertumbuhan yang lambat hingga usia 12 bulan.

JENIS KE 2:



Umumnya, pada bagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo daur ulang dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga.

HDPE biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, galon air minum, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang aman untuk digunakan karena kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang dikemasnya.



HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, buram dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama seperti PET, HDPE juga direkomendasikan HANYA UNTUK SEKALI PEMAKAIAN, karena pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.




JENIS KE 3:

Ini adalah jenis plastik yang paling sulit didaur ulang. Pada kemasan yang mengandung plastik jenis ini tertera logo daur ulang (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V. V itu berarti PVC (polyvinyl chloride).

Plastik ini bisa ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap) dan beberapa botol minuman kemasan. Plastik ini berbahaya untuk kesehatan karena, PVC mengandung DEHA yang dapat bereaksi dengan makanan yang dikemas dengan plastik berbahan PVC, saat bersentuhan langsung dengan makanan tersebut. Karena DEHA bisa lumer pada suhu 15 derajat celsius. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan penurunan berat badan.

Sebisa mungkin kita MENGHINDARI PEMAKAIAN PLASTIK JENIS INI. Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain seperti plastik yang terbuat dari polietilena atau bahan alami, misalnya seperti daun pisang atau daun jati.

ENIS KE 4:

Tertera logo daur ulang dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (low density polyethylene) yaitu plastik tipe cokelat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi), biasa dipakai untuk tempat makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembek.

Sifat mekanis jenis plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaan agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 derajat celsius sangat resisten terhadap senyawa kimia, daya proteksi terhadap uap air tergolong baik, akan tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen.

Plastik ini sulit dihancurkan tapi dapat didaur ulang. Bahan ini BAIK UNTUK TEMPAT MAKANAN karena sulit bereaksi secara kimiawi dengan makanan yang dikemas dengan bahan ini.



JENIS KE 5:

Tertera logo daur ulang dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus uap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.

Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi.

Carilah dengan kode angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan kemasan berbagai makanan dan minuman. Sebab, PRODUK INI AMAN.



JENIS KE 6:

Tertera logo daur ulang dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. PS (polystyrene) ditemukan tahun 1839, oleh Eduard Simon, seorang apoteker dari Jerman secara tidak sengaja.

PS biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga bisa didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan konstruksi gedung.

Bahan ini HARUS DIHINDARI, karena selain berbahaya untuk kesehatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang berakibat pada masalah reproduksi, dan pertumbuhan dan sistem syaraf, juga karena bahan ini sulit didaur ulang. Jika harus didaur ulang, PS memerlukan proses yang sangat panjang dan lama.

Bahan ini dapat dikenali dengan kode angka 6, namun bila tidak tertera kode angka tersebut pada kemasan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara ini sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga, dan meninggalkan jelaga.



JENIS KE 7:

Tertera logo daur ulang dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis, yaitu PC - polycarbonate, SAN – styrene acrylonitrile, ABS - acrylonitrile butadiene styrene, dan Nylon.

OTHER dapat ditemukan pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, suku cadang mobil, alat-alat rumah tangga, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan.

Plastik jenis ini dapat ditemukan pada botol susu bayi, gelas anak Batita dan Balita (sippy cup), botol minum polikarbonat, dan kaleng kemasan makanan dan minuman, termasuk kaleng susu formula.

PC, TIDAK DIANJURKAN UNTUK DIPERGUNAKAN untuk tempat makanan ataupun minuman. Sebab, dapat mengeluarkan bahan utamanya yaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merusak sistem hormon, kromosom pada ovarium, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imunitas.

Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

Sedangkan SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam kemasan makanan ataupun minuman. Sebab, kedua bahan ini memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.

Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan sikat gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.



CATATAN

Beberapa hal perlu digaris bawahi saat akan menggunakan produk plastik.

  1. Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kode 1, 3, 6, dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimiawi. Gunakan hanya sekali pakai!
  2. Akan aman bila menggunakan plastik dengan kode 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)
  3. Waspadai kontaminasi zat warna plastik dalam makanan.

Biasanya kita seringkali membungkus makanan yang masih panas dengan kantong plastik berwarna hitam. Ternyata zat pewarna hitam ini kalau terkena panas, bisa terurai, terdegradasi menjadi bentuk zat radikal beracun yang berbahaya bagi kesehatan. Bahan ini karsinogenik dan dapat menyebabkan sel tubuh berkembang tidak terkontrol layaknya penyakit kanker.

  1. Bagi para orang tua yang membutuhkan botol susu untuk anak mereka hendaknya memilih botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5. Gunakanlah cangkir bayi berbahan stainless steel, atau plastik jenis 4 atau 5. Untuk dot, gunakanlah yang berbahan silikon, karena tidak akan mengeluarkan zat karsinogenik sebagaimana pada dot berbahan latex.

Cegah penggunaan botol susu bayi dan cangkir bayi (dengan lubang penghisapnya) berbahan jenis 7 PC (polycarbonate). Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dicegah, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas.

  1. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minum. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kode 1) dan HDPE (kode 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai dan segera dihabiskan. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.
  2. Cegahlah memanaskan makanan yang dikemas dalam plastik, khususnya pada microwave oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di microwave oven.
  3. Cegah menggunakan kemasan plastik untuk mengemas makanan berminyak atau berlemak. Cobalah untuk mulai menggunakan kemasan berbahan kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan.
  4. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stainless steel, kaca, keramik, dan kayu.

SERBA - SERBI PLASTIK

• Plastik adalah salah satu bahan yang dapat kita temui di hampir setiap barang. Mulai dari botol
minum, TV, kulkas, pipa pralon, plastik laminating, gigi palsu, compact disk (CD), kutex
(pembersih kuku), mobil, mesin, alat-alat militer hingga pestisida. Oleh karena itu, kita hampir
dipastikan pernah menggunakan dan memiliki barang-barang yang mengandung Bisphenol-A.

• Bisphenol A adalah perusak hormone. Berbagai penelitian telah menghubungkan Bisphenol-A
dengan dosis rendah dengan beberapa dampak terhadap kesehatan, seperti perubahan
permanen pada organ kemaluan, meningkatkan kadar prostat, penurunan kandungan hormon
testoteron, memungkinkan terjadinya kanker payudara, sel prostat menjadi lebih sensitif

terhadap hormon dan kanker, dan membuat seseorang menjadi hiperaktif.

• Salah satu barang yang memakai plastik dan mengandung Bisphenol A adalah industri
makanan dan minuman sebagai tempat penyimpan makanan, plastik penutup makanan, botol
air mineral, dan botol bayi. University of Missouri telah melakukan tes laboratorium mengenai
penggunaan Bisphenol-A pada botol susu bayi dan menemukan bahwa Bisphenol-A pada
produk botol susu bayi plastik dari 5 merek terkemuka di Amerika, sangat berpotensi untuk ikut
larut dalam cairan. Menurut laporan ini, kelima merk botol susu bayi yang masih dipersoalkan
adalah Avent, Dr. Brown's, Evenflo, Gerber dan Playtex.

• Plastik sendiri dikonsumsi sekitar 100 juta ton/tahun di seluruh dunia. Satu tes membuktikan
95% orang pernah memakai barang mengandung Bisphenol-A.

• Plastik dibagikan menjadi dua macam berdasarkan sifatnya bila dipanaskan, yaitu tipe cokelat
(nama ilmiahnya : thermoplastic) dan tipe biskuit (nama ilmiahnya : thermosetting). Maksud
dari tipe cokelat adalah plastik yang melunak bila dipanaskan, sedangkan tipe biskuit adalah
plastik yang apabila telah mengeras akan tetap keras walaupun terus dipanaskan. Plastik yang
berbahan baku minyak termasuk dalam golongan plastik tipe cokelat.

Bagaimana Dampak Penggunaan Plastik terhadap Kesehatan?

• Kebanyakan plastik seperti PVC, agar tidak bersifat kaku dan rapuh ditambahkan dengan
suatu bahan pelembut (plasticizers). Beberapa contoh pelembut adalah epoxidized soybean oil (ESBO), di(2-ethylhexyl)adipate (DEHA), dan bifenil poliklorin (PCB) yang digunakan dalam
industri pengepakan dan pemrosesan makanan.

• Bahan pelembut seperti PCB sekarang sudah dilarang pemakaiannya karena dapat
menimbulkan kematian jaringan dan kanker pada manusia (karsinogenik). Tanda dan gejala
dari keracunan ini berupa pigmentasi pada kulit dan benjolan-benjolan, gangguan pada perut,
serta tangan dan kaki lemas. Sedangkan pada wanita hamil, mengakibatkan kematian bayi

dalam kandungan serta bayi lahir cacat.

• Bahan pelembut lain yang dapat menimbulkan masalah adalah DEHA. DEHA mempunyai
aktivitas mirip dengan hormon estrogen (hormon kewanitaan pada manusia). Berdasarkan
hasil uji pada hewan, DEHA dapat merusakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin
yang cacat, selain mengakibatkan kanker hati. Untuk menghindari bahaya yang mungkin

terjadi jika setiap hari kita terkontaminasi oleh DEHA, maka sebaiknya kita mencari alternatif
pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut, seperti plastik yang
terbuat dari polietilena atau bahan alami (daun pisang misalnya).

• Bahaya lain yang dapat mengancam kesehatan kita adalah jika kita membakar bahan yang
terbuat dari plastik. Pembakaran plastik ini dapat mendatangkan masalah tersendiri bagi kita.
Plastik yang dibakar akan mengeluarkan asap toksik yang apabila dihirup dapat menyebabkan
sperma menjadi tidak subur dan terjadi gangguan kesuburan. Pembakaran PVC akan

mengeluarkan DEHA yang dapat mengganggu keseimbangan hormon estrogen manusia.
Selain itu juga dapat mengakibatkan kerusakan kromosom dan menyebabkan bayi-bayi lahir
dalam kondisi cacat.

• Bahan pelembut ESBO (epoxidized soybean oil) juga biasa digunakan sebagai insektisida.
Sejauh ini, bahaya bahan pelembut ini bagi kesehatan manusia belum ada/dalam penelitian.
Sedangkan bagi lingkungan, ESBO mampu membunuh zooplankton, dan hal ini berakibat
pada terganggunya rantai makanan hewan-hewan laut. Hal tersebut pun akan berdampak

pada terganggunya sumber protein, khususnya ikan, bagi manusia.(cie/dari berbagai sumber)

Sumber :

http://floodgates.wordpress.com

http://www.suarakarya.com

http://www.gizi.net

http://laros.heavenforum.com