Wednesday, August 20, 2008
Malaysia, Beijing dan Perak...
Sukan Olimpik di Beijing sudah hampir ke garisan penamatnya. Lagi beberapa hari selesailah sudah sukan yang berprestij itu. Seperti dijangka China selaku tuan rumah mendahului semua negara dalam pungutan pingat dan mata. Sehingga pagi tadi...jumlah pingat dikutip oleh China sudah mencecah ke angka 43, diikuti dengan Amerika Syarikat dengan 26 pingat.
Malaysia, sebuah negara seperti negara-negara lain juga turut menghantar wakil untuk bertanding dalam acara-acara tertentu. Sehingga malam semalam, Malaysia yang hanya memiliki satu pingat perak berada di kedudukan ke-57. Dan kini sudah teralih kedudukannya di kedudukan ke-59. Klik
Hmmm secara peribadi terima kasih kepada Lee Chong Wei (LCW) yang telah menyumbangkan pingat kepada negara. Tanpa pingat itu mungkin kita tidak tersenarai di dalam carta berkenaan. Dan menurut Buletin Utama malam tadi LCW akan menerima RM300K dari Kerajaan Malaysia. Wah, banyak jumlah tu...!!!
Pada hari Ahad lepas, bersemangat saya menonton perlawanan LCW dgn Lin Dan secara live. Tapi, memang menghampakan!!!
Nota : frust dgn atlet mesia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment