Tuesday, July 15, 2008

Cerita-cerita...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Hari ni dah 15 Julai 2008, kita pun dah melangkah ke bulan Rejab. Hampir separuh Rejab sudah kita lalui. Tidak lama lagi, menyusul pula bulan Syaaban dan Ramadhan.

Pejam celik cepatnya masa berlalu. Itu antara tanda dunia dah akhir zaman tu. Kepantasan waktu berlalu tanpa kita sedari.

Bermula Jumaat lepas sehinggalah Ahad ini, saya menjadi orang Subang. Berulang, tido dan makan semua di Subang.

Rehat Memasak

Minggu ni adalah minggu rehat memasak. Kat rumah rehat, turn masak kat ofis pun rehat gak hehehe Ok gak duk kat subang ni, cuma penat je la sikit...tp alhamdulillah makan terjaga la. Dan kemungkinan besar berat badan pun bertambah minggu ni. hehehehe

Tak tau la nak balik KD ke tak minggu ni. Nak balik ke tak ek? ;)

0 comments: