Thursday, December 06, 2007

Hujan tak berhenti....


Hujan yang turun...
Bagaikan mutiara...


Hehehehe seperti biasa, hanya lirik tu je yang tahu. Lagu Allahyarham Sudirman kalau saya tak silap. Hari ni, sampai pejabat seawal jam 8.15am. Dah nampak hari gelap semacam.

Menjelang jam pukul 8.30, hari dah mula hujan. Dan ramai yang membawa payung ke ofis ari ni. Sementelah pula, kawasan parking yang sudah semakin jauh. Berpenat lelah baru sampai ke pejabat...dan berpenat lelah jugalah baru sampai ke kereta semua dari pejabat. Sebab tu, saya dah kurus sekarang ni hehehehe

Saya teringat, satu situasi ...

Si A : Alaaaa......hari hujan la.
Si B : Tula...tak dapat la kita keluar.

Itu antara bualan yang biasa kita dengar. Cuma, saya terfikir...kenapa perlu marah kan hujan? dan lupakah kita bahawa siapa yang datangkan hujan? siapa yang turunkan hujan itu? Bukankah Allah yang menciptakan hujan. Bukankah Allah yang mengatur segalanya. Apakah kita lupa, jika kita marah kepada sesuatu itu, tandanya kita marah kepada penciptanya. Sedarkah kita siapa yang kita marahkan itu? Siapakah kita untuk mempersoalkan itu dan ini kepada Allah???

Lupakah kita, banyak kebaikan hujan? Lupakah kita....?? Jangan terlalu pentingkan diri sendiri, kerana tak semua yang kita harapkan akan terjadi. Siapakah kita di sisiNya??? Yang mengharapkan yg best2 je terjadi pada kita.... adakah kita lupa. Allah know the best for us!!!

Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan juga sahabat sekalian...bahawa Allah itu Maha Mengetahui segalanya. Apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Malah, yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita.


Nota : best gak hujan-hujan ni....suasana romantik je hehehehe Alhamdulillah syukur!!

0 comments: