Friday, June 23, 2006

RONALDO



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...tadi g site..ada buat alter sikit....alhamdulillah dapat settle....sampai ofis dah 11 lebih...

Brazil vs Japan.....

Yes!!! Brazil menang...4-1 hehehehe
Paling memberangsangkan sekali Ronaldo score 2 goal untuk Brazil...

Note: penyokong fanatik Brazil tp dalam diam je hehehehe

Tuesday, June 20, 2006

cerita pengorbanan...

Assalamualaikum..

ALhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..hari ni terasa sakit kepala..tak tau kenapa..penat dan sakit2 badan masih terasa lagi..

ayah admit hospital jumaat lepas...masa sampai rumah senja jumaat tu, rasa nak menangis tgk ayah...badan dah susut...tgh solat maghrib sambil duduk...sebutannya perlahan dan tidak bermaya...rasa sedih sangat....masa tu ada makwe dan mak di dalam bilik ayah...dengan perbncangan sebulat suara membawa ayah ke GH malam tu jugak..selepas solat isyak..Alhamdulillah ada kawan adik abg nyah kat GH tu..semuanya berjalan lancar...ayah dimasukkan ke dalam ward pukul 12 lebih malam tu juga....

Perjalanan ke rumah (balik dari hospital) memang memenatkan...malam tu, pkl 2 lebih baru tido...tido bersama emak..

esok2nya selepas sarapan, sekali lagi menjadi penunggu hospital...meneman ayah...alhamdulillah ayah tidak putus2 dengan pelawat..terdiri dari anak2...adik2 ayah...abang dan kakak ayah..besan2 ayah...memang meriah ward tu jadinya...

Takpe ayah..kami akan sentiasa mendoakan ayah...
Alhamdulillah hari ni ayah dah mahu makan...dah tak perlu masuk air dah...
Doktor kata mungkin ayah akan di tahan selama seminggu lagi kat hospital....

Apapun...kalau takde aral...insyaAllah minggu depan akan bercuti..untuk teman ayah dan bawa mak ke hospital....kesian mak, terpaksa tido di rumah Lee kat ipoh...mesti badan mak lagi sakit2..sebab anaknya ini juga turut sakit2 badan dah beberapa malam...apalah daya ibu yg sudah berusia berbanding anaknya yg berkali2 muda darinya...

semuanya cerita pasal pengorbanan....
pengorbanan seorang isteri..
pengorbanan anak-anak......
pengorbanan sedara mara....

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan keluarga kita...ameen!!

wassalam

Monday, June 19, 2006

Gelap Elak Kanser

Berita Harian - 19 June 2006

Cahaya elektrik waktu malam berkemungkinan punca barah payu dara


LONDON: Tidur dalam keadaan lampu yang terpasang atau berjaga sehingga lewat malam dikenal pasti sebagai antara punca seseorang wanita boleh diserang barah payu dara, menurut satu penyelidikan baru.


Penyelidikan itu memberikan ‘bukti pertama’ kaitan antara cahaya tiruan dan barah - mengesahkan kajian bahawa cara hidup moden menyebabkan penyakit dengan mengganggu kitaran tidur semula jadi.

Dijalankan oleh Institut Barah Kebangsaan dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar di Amerika Syarikat kajian menawarkan penyelesaian kepada misteri peningkatan kadar barah payu dara di negara kaya yang mencatatkan bilangan lima kali lebih tinggi berbanding di negara membangun.

Pakar percaya separuh penyakit barah berkemungkinan berkaitan dengan latar belakang keluarga, tabiat merokok, mengambil minuman keras, diet, pengambilan ubat dan faktor reproduktif seperti tidak mempunyai anak atau melahirkan anak pada usia lewat.

Bagaimanapun, bukti semakin nyata menunjukkan cahaya elektrik yang digunakan pada waktu malam mungkin turut bertanggungjawab menyebabkan penyakit itu.

Kajian berulang kali menunjukkan pekerja syif malam seperti jururawat atau pramugari - 60 peratus lebih berkemungkinan diserang penyakit maut itu.

Satu lagi penemuan menunjukkan wanita yang kerap berjaga sehingga lewat malam dua atau tiga kali seminggu turut menanggung risiko sama. Sebaliknya, wanita yang buta sepenuhnya kurang 50 peratus berkemungkinan untuk menghidap barah payu dara.

“Manusia hidup tanpa cahaya elektrik sejak beribu generasi,” kata Profesor Charles Czeisler dari Sekolah Perubatan Harvard.

Sementara Profesor George Brainard dari Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia menambah: “Tubuh direka untuk berjaga pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. Kini kita mempunyai masyarakat yang berjaya 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dan ia tidak harmoni dengan rekaan biologi kita.”

Kajian menunjukkan cahaya lampu pada waktu malam mengganggu salah satu pertahanan semula jadi tubuh yang paling kuat menentang barah iaitu melatonin yang digelar ‘hormon kegelapan.’

Ia yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal pada waktu malam dan terutamanya pada awal pagi yang menghalang pertumbuhan barah dan meningkatkan sistem komunikasi. – Agensi

Wednesday, June 14, 2006

Hari ini dalam SEJARAH

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..

Rasa macam tak percaya la pulak...hehehe bangun pkl 2.55am tgk bola Brazil vs Croatia...yang paling bestnya tu tengok sensorang..dan lepas tu mengamalkan sikap kerjasama antara Cik Murni, Cik Zira dan Cik Aisyah...bekerjasama mengejutkan satu sama lain..walaupun masing2 di tempat yg berbeza....

Cik Murni - Tg Malim
Cik Zira - Desa Tasik, tp blok berbeza.
Cik Aisyah - Salak Selatan

Dan paling tak sangka Lee (pak sedara) called pagi tadi...terkejut dia tgk anak sedara dia yg sorang ni bangun tengok bola hehehehe baru dia tau...

Tp, best gak bangun awal...sebab sempat gak siapkan keje ofis yg memang memerlukan waktu tambahan untuk disiapkan..Alhamdulillah dah siap...

Ulasan amatur :
Brazil mengalahkan Croatia dengan 1 gol sahaja...mungkin cukup baik untuk permulaan dan mengutip markah bagi Brazil...tp amat menghampakan kerana Brazil sepatutnya perlu bermain dengan lebih baik. Segunung tahniah buat pemain Croatia yg berjaya bermain dengan amat baik....*hebat jugak Croatia* Geram kat Ronaldo, sebab tak main elok...tp Ronaldinho, Roberto Carlos...tak lupa Kaka....dan juga insan penting gol keeper yg bermain dengan cemerlang sekali.

Note : Match ke-2 yg tengok sorang2 dan tengok dr awal sampai akhir...
1st-Germany vs Costa Rica
2nd-Brazil vs Croatia

Tuesday, June 13, 2006

Ceria by Alarmme





Pabila ku teringat saat kita bersama
Pelbagai kenangan nan indah menjelma
Kisah suka dan duka
Kita harungi semua
Mengajar kita erti dewasa

Ketika ku berduka
Kaulah penawarnya
Saat ku perlukanmu kau hulurkan
Bantuan tanpa dipinta

Pelangi di awan tinggi
Hujan turun membasahi bumi
Bias cahaynya warna-warna ceria

Mulakan hidup gembira
Usahlah kau berduka
Hilangkan keresahan di jiwa
Lupakan kisah yang lalu
Kita bina hidup baru
Hadirlah ketenangan di kalbu

Monday, June 12, 2006

Sg Bil ---> Sg Klah



Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada ALlah swt di atas segalanya...hujung minggu bebaru ni diisi dengan penuh aktiviti yg berfaedah hehehehe kenapa? tak percaya ke??

Sabtu...sampai TM (Tg Malim) dah pukul 3 lebih...sebab naik bus pkl 2pm dari Pudu...pergi pasar malam...beli makanan...untuk lunch dgn dinner sekali la tu hehehe pastu balik ke rumah sewa Cik Murni...lupa pulak nak beritahu..Ira dan Iliya (adik Ira) turut serta dalam ekspedisi kali ini.

Sebenarnya merancang nak berkelah di Sg Bil, tapi kebetulan pula hujan pagi tu...air sungai pun dah macam air tea jadi kami semua sepakat mengubah haluan ke....Sg Klah....Taman Air Panas Sg Klah Perak...apapun..memang best..alhamdulillah..


Note : dapat gak release tension :(
untuk tgk lebih banyak gambar bolehla ziarah http://wardahmustapa.fotopages.com

Friday, June 09, 2006

FireBird...

Assalamualaikum..

lama gak tak mencoret kat blog ni...
tengah sedih sebenarnya ni......semua kerana dia..
tiap2 hari fikirkan dia....teringatkan dia..tido tak lena kerana dia...
rasa takut sebabkan dia...rasa gembira juga sebabkan dia..

semuanya kerana FIREBIRD......................

geram................tp sabar jela kan..

Tuesday, June 06, 2006

The Scarf....

They stand there with shorts, so short, excessively short, shorts that so deceptively capture from them all they know of modesty... ...and I proudly pull my scarf over my hair

They stand there, face lost in a sea of make-up, make-up that so ruthlessly captures from them all they know of freedom...

...and I proudly pull my scarf over my hair

They stand there, hair raining with gels, colors -chemicals that so menacingly capture from them all they know of purity...

...and I proudly pull my scarf over my hair

They stand there, so close, so very close to their "lover", devoted to them, the devotion that so mercilessly captures from them all they know of individuality...

...and I proudly pull my scarf over my hair

And they stand there, talking of getting new shorts, new gels and colors, new boyfriends, materialistic things that so wrongfully capture from them all they know of God and love...

...and I proudly pull my scarf over my hair

For my scarf is my protector, my lover, my devotion, my pureness, my beauty, my rememberance of God,

And I proudly pull it over my hair knowing that when I wear it, I so rightfully thrust away all the things that the devil brought about,

And when I put it on, I am Free...

Bunga....


"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang
wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni
cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir
senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok
bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam
manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya
miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil
tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan
manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana
sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita
cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia
mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya
sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada
pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak
merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan
kecantikkannya maka suamilah yang
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah
dengan kehendak dan karenahnya. Lebih
malang jika si suami pula suka akan kecantikan
isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang
dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah
perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam
seandai kemahuannya tidak tercapai,
mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta
cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke
lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita
sama ada cantik atau tidak adalah pada
akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada
suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti
tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang
derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik
warnanya harumnya tiada. Sebaliknya
wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat
suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya,
ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya
memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka
diminati orang. Kasihan si bunga raya,
tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan
yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri
jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak
akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak
cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah
apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan
usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih
sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita
yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat
kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut
luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada
yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi
kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan
manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang
neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan
gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang
dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan
itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina
terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik
buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang
berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang
berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan
ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan
Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru
sanggup berjuang, berkorban apa saja demi
mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki
anak-anak tangga menuju ke puncak taubat

Monday, June 05, 2006

ngantuknya..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...

Sampai rumah pkl 3 am....pastu tak leh nak tido plak...5.45 dah terjaga..mandi...solat pastu tido semula...ngantuk bangat....

Friday, June 02, 2006

Dinar Emas Agen dan Strategi Penyatuan Umat Islam

Dinar Emas Agen dan Strategi Penyatuan Umat Islam

Oleh

Prof. Madya Dr. Zuhaimy Hj. Ismail
Jabatan Matematik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia

Hampir semua peperangan dan kekacauan yang berlaku sekarang ini ada melibatkan orang Islam. Umat Islam dibunuh dengan kejamnya di Bosnia di depan mata kuasa dunia, di Chechnya umat Islam diburu dan dibunuh, di Afghanistan umat Islam dilagakan untuk berbunuh sesama sendiri. Kini hampir seluruh umat Islam di dunia kini merasakan mereka ditindas dan dipermainkan oleh Amerika Syarikat dan koncu-koncunya. Perkosaan bumi Pelestian dan Iraq dengan pembunuhan yang mencecah beratus-ratus orang tidak kira bayi atau orang tua. Kekejaman ini tidak lagi mendapat perhatian mana-mana pihak. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang seharusnya memasti keamaan di ketepikan dan dianggap seolah-olah sudah tidak relevan lagi. PBB ditubuhkan dengan objektifnya hanyalah untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh orang Yahudi di Eropah. Dalam tahun 1948, PBB telah mengambil tanah bumi Pelestin bumi umat Islam dan mencampakkan manusia bermasalah di Eropah itu ke sana, selepas itu kita dapati PBB tidak relevan lagi. Statistik atau rekod kegagalan PBB bertambah satu demi satu - kegagalan PBB di Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Kashmir, Indonesia dan banyak lagi. Dunia kini merasakan kuasa barat yang diketuai AS telah membawa dunia kepada kancah peperangan (pepertual warfare) dengan penaklukan Afghanistan, Iraq dan memerangi penganas Taleban dan Al-Qaedah. Atas nama memerangi pengganas, akaun simpanan sesebuah negara atau pertubuhan akan dibekukan sekiranya ada sahaja tuduhan bahawa kononya terdapat wang yang memasuki atau mengalir keluar dari akaun yang mereka sangsi. Sesungguhnya hipokrasi ditahap tertinggi sedang di amalkan oleh Amerika Syarikat dan koncu-konconya. Sekiranya umat Islam terus bergantung kepada AS, kita seolah-olah menyerahkan leher kita untuk disembelih. Umat Islam mesti mencari jalan untuk bersatu. Selagi umat Islam mengharapkan pertolongan selain daripada Allah s.w.t. dan sesama umat Islam selagi itulah kita akan di perbodohkan. Kita umat Islam di Malaysia mampu memulakannya – mengetuai OIC dan kearah menggunakan dinar emas dan dirham perak bagi perdagangan antara umat Islam. Semua yang berlaku sekarang ini semuanya di atas restu Allah s.w.t dan tidak boleh diambil ringan.

Malaysia selaku ketua negara-negara Islam telah mengambil inisiatif untuk menyedarkan dunia bahawa kezaliman Yahudi di Pelestian dan keganasan di Iraq tidak boleh diteruskan. Malaysia selaku tuan rumah telah memanggil mesyuarat negara OIC untuk membincangkan isu di Pelestin dan Iraq pada 19 April 2004 di Putra Jaya. Mesyauarat ini telah berjaya mengeluarkan dua deklarasi mengenai Iraq dan Pelestin. Cuma agak mendukacitakan hanyalah bilangan negara yang turut serta dalam persidangan ini hanyalah sebanyak 13 negara daripada 52 negara OIC (25% kehadiran sahaja). Apakah isu kesengsaraan rakyaat Pelestin dan Iraq tidak penting bagi umat Islam dari negara lain? Apakah umat Islam tidak boleh bersatu? Apakah isu masjidilaqsa bukan isu agama? Mungkin juga isu umat tertindas sudah menjadi sesuatu yang sudah lapok!

Apakah kita sudah tidak kesah dengan kezaliman tentera Israel yang menggunakan peluru getah dengan sengaja menghalakan tembakan dan membutakan satu atau kedua-dua mata kanak-kanak Pelestian antara usia enam bulan ke lima belas tahun. Tahukah kita hospital di Pelestin sudah kehabisan mata palsu. Lebih dahsyat lagi mereka terpaksa menghantar kanak-kanak untuk bertempur dengan tentera Israel dengan membaling batu. Yang lelaki lain pula menggantungkan bom dan meletupkan diri dan membunuh wanita dan kanak-kanak Israel. Ke mana hala tuju umat Islam?

Kesengsaraan dan kekalahan umat Islam yang belaku berkurun-kurun lamanya telah membuka satu era yang penuh dengan azam untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapi di Baghdad, Andulusia dan Istanbul. Masalah yang dihadapi oleh umat Islam sejak seratus tahun yang lalu sering dilihat dalam bentuk Islam tradisi (Islam awal) dan Islam di zaman moden. Jika kita mengambil pendirian kepada Islam asal yang mengikut tradisi awal, kita akan di labelkan sebagai kolot dan tidak mengikut perkembangan zaman dan cuba untuk membawa umat Islam ke zaman silam dan mundur. Jika kita menyokong pemodenan, ini bermakna kita menerima sistem demokrasi yang diwakili parti politik, dewan persidangan dan parlimen, kenegaraan dan institusi mega yang terkandung dalam se sebuah negara. Masalah yang timbul akan dikategorikan sebagai masalah politik dan kita akan meniru cara orang barat mengatasi masalah kita. Kesan mengikuti kaedah barat adalah kita akan menentang kepimpinan dengan alasan untuk mendapat kebebasan bersuara dan sejarah menunjukkan pejuang Islam di Mesir menentang Saddam, di Syria menentang Assad dan seterusnya. Negara seperti Bosnia, Algeria dan Kashmir mengharapkan kemerdekaan, tetapi apabila Iran memperolehi kemerdekaan kita dapati negara itu dijadikan sebuah republik, mereka menubuhkan sebuah pemerintah berparlimen, mengubah nama polis perisikan, mencetak wang kertas, menubuhkan bank pusat yang seiring dengan Bank Dunia dan IMF, meneruskan penyeksaan banduan dan menghantar duta ke PBB. Paten inilah yang diikuti diseluruh dunia. Umat Islam mahukan penyatuan dan mahukan agen penyatuan bukan dengan meniru cara barat dan mengubah nama sahaja.

Untuk menamatkan kesengsaraan dan pengaiban umat Islam kita mungkin dan dirasakan tidak memerlukan jihad dalam bentuk jihad tradisi (ini hanyalah suatu pendapat sendiri) tetapi harus berjuang untuk terus mentaati Allah s.w.t., menegakkan kembali zakat - rukun Islam yang roboh, penghapusan riba, mengadakan sistem matawang yang berteraskan dinar dan dirham untuk umat Islam, mengembalikan pasar di mana umat Islam boleh berdagang dengan menggunakan wang dinar emas dan dirham perak. Semua ini akan secara beransur-ansur membebaskan umat Islam daripada bergantung kepada sistem ekonomi berteraskan riba. Kita umat Islam harus tahu bahawa wang kertas AS dan mana-mana wang kertas di dunia ini tidak lagi disandarkan dengan emas. Wang kertas tidak ada nilai intrinsik.

Isu penyatuan umat Islam adalah agenda utama sekarang ini. Negara-negara Eropah mula membuat penyatuan bangsa-bangsa Eropah melalui pengenalan dolar Euro. Proses untuk mengadakan dolar Euro ini mengambil masa lebih daripada 15 tahun, iaitu proses untuk menyatukan ekonomi negara yang berbagai etnik, agama dan adat. Pada 2 januari 2001, Eropah mempunyai matawangnya sendiri. Bangsa Eropah telah boleh bersatu dengan menggunakan satu unit matawang kertas tanpa sandaran sebagai agen pertukaran. Umat Islam juga perlu bersatu di bawah matawangnya sendiri yang jauh lebih mantap daripada apa yang digunakan di Eropah. Dolar Euro walaupun tidak serupa dengan dolar Amerika, tetapi kedua-duanya sama iaitu wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Manakala dinar emas adalah matawang yang berasakan kepada emas tulin 22 karat seberat 4.25 gram setiap dinar. Umat Islam tidak perlu mengambil masa selama 15 tahun untuk memperkenalkan dinar emas kerana semua manusia tahu akan nilai yang ada pada emas. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia memang mengetahui tentang bernilainya logam yang dinamakan emas dan pemantapan kesatuan bangsa di Malaysia boleh dilakukan dengan penggunaan dinar emas. Di Dubai sebuah pasar telah ditubuhkan oleh pihak pemerintah di mana pengunjung boleh mendapatkan dinar emas dari wakala di luar pasar dan menggunakannya di dalam pasar itu. Sekiranya ini telah berlaku di negara itu, negara kita juga boleh dimemulakan. Mungkin dilakukan secara kecilan dahulu misalnya di pasar-pasar peladang dengan infrastruktur yng telah ada.

Umat Islam tidak mungkin dapat bersatu dengan menggunakan pendekatan politik. Di Indonesia sahaja terdapat berpuluh-puluh parti politik dan masing-masing mengatakan pegangan mereka benar. Umat Islam tidak dapat bersatu di atas nama bangsa dan etnik komuniti kerana perbezaannya begitu besar atau terlalu banyak. Tetapi kita tahu bahawa semua manusia saling memerlukan antara satu sama lain dan manusia perlu berdagang, mendapatkan perkhidmatan dan pertukaran hasil yang diusahakan. Ekonomi baru diperlukan dimana hasil yang diusahakan ditukar dengan barang yang bernilai juga dan bukan dengan wang kertas janji sahaja. Wang dollar Amerika atau dollar Euro tidak mempunyai nilai jika dunia menyatakan tidak mahu lagi dolar AS. Pemilik wang kertas dolar AS tidak mengikuti (mengekori) wang kertas dan pemilikan tidak mengikuti wang kertas sama ada jarak atau masa. Disebaliknya dinar emas dan dirham perak masih mempunyai nilai wlaupun setelah dicairkan atau dipindahkan ke luar negara. Kita tidak boleh katalah yang sama dengan wang kertas Rupiah. Wang Rupiah tidak laku di German, di Perancis dan London.

Tahukah kita semua bahawa Bank Dunia dan IMF adalah pendokong wang kertas dolar AS. Sesungguhnya telah tercatat dalam carta (Charters) Bank Dunia dan IMF) dan dalam semua perjanjian telah menetapkan bahawa segala urusan perdagangan tidak boleh menggunakan emas. Mengapa perkara kembalinya kepada penggunaan dinar emas sangat ditakuti sehinggakan perlu dicatat dengan jelas dalam charter kedua intitusi perbankan dunia ini. Apa yang mereka mahu selindungi? Umat Islam harus tahu perkara ini. Umat manusia semuanya tertipu dengan wang kertas yang dicetak tanpa sebarang sandaran.

Cuba kita masyarakat di Malaysia (dinar emas bukan milik umat Islam sahaja) ini mengambil langkah untuk menyimpan setengah dinar setiap bulan. Jika ada 10 juta rakyat Malaysia yang membeli emas, jadi jumlah dinar yang diperlukan adalah 5juta diperlukan untuk menempa dinar emas oleh Malaysia setiap bulan. Ini bersamaan dengan 21,250,000 gram emas diperlukan setiap bulan atau 255,000,000 gram setiap tahun. Jika ini diulang di beberapa buah negara OIC, kita dapati permintaan emas akan terus meningkat dan harga emas mengikut ukuran dolar akan terus meningkat. Kuasa membeli wang dolar AS akan menyusut dan pada waktu itu kita akan dapati mereka memerlukan lebih banyak kertas untuk membeli minyak kelapa sawit, getah dan kereta yang dikeluarkan dari negara ini. Jika harga emas tidak di kawal harganya oleh lima agensi yang menetapkan harga emas dunia sekarang ini, sudah tentu harganya dalam dolar AS akan terus meningkat.

Sebenarnya emas 4.25gram tetap tidak berubah tetapi kuasa membeli dolar AS akan terus menyusut. Yang berhormat Datuk Shaykh Noh bin Gadut, Mufti Negeri Johor pernah menyarankan supaya umat Islam di Malaysia ini menyimpan 20 dinar emas di setiap rumah dan mengeluarkan setengah dinar setelah cukup haulnya. Ini cadangan yang amat baik. Jika kita umat Islam memulakan pembayaran zakat menggunakan dinar emas, hantaran masa kawin menggunakan emas, simpanan untuk naik haji juga disimpan dalam dinar emas dan memberi hadiah hari jadi kepada isteri juga dinar emas, sudah tentu kita akan dapati kekayaan sebenar akan berada di tangan umat Islam. Kalau kita tidak melakukan usaha ini - siapa lagi? Jadi umat Islam boleh menggunakan dinar emas sebagai agen dan strategi penyatuan ummah.

Negara-negara Islam selalu di manipulasikan matawang dan sistem ekonomi mereka dipinjam dari barat. Sudah pasti sistem ekonomi yang mereka reka dan amalkan, mudah sahaja ditipu helah dan dimanipulasikan demi memastikan komoditi dari negara dunia ketiga terus mengalir bagi memastikan standard penghidupan mereka di barat terus tinggi. Dinar emas boleh menyatukan umat Islam dan digunakan sebagai penghalang daripada aktiviti serangan ekonomi yang pernah kita alami.

Secara strateginya umat Islam melalui OIC boleh memulakan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa antara dua atau tiga negara. Walaupun kita dengar cerita mengenai Malaysia dan Iran sudah mula menjalankan perdagangan menggunakan dinar emas sebagai pembayaranya, tetapi sejauh mana kejayaan atau kegagalanya diberitakan. Malaysia mengharapkan negara OIC dan yang lain dapat menggunakan dinar emas dalam perdagangan dua hala bagi meningkatkan lagi perdagangan antara negara-negara Islam. Apabila ini berlaku, umat Islam tidak lagi bergantung kepada dolar AS yang tidak bernilai dan tidak stabil ini. Malaysia mengharapkan supaya penggunaan dinar ini menjadi amalan perdagangan antara negara-negara OIC dan umat Islam mengunakan dinar emas untuk membayar zakat, menyimpannya sebagai harta, menggunakannya sebagai hadiah dan sebagainya.

Kita mesti berjuang untuk terus membuat perubahan dari wang kertas ilusi kepada dinar emas yang bernilai intrinsik. Untuk mengubahkan norma penggunaan wang kertas kepada dinar tidak sukar. Yang menjadi sukar adalah kerana kita menyatakan bahawa menggunakan dinar emas itu sukar. Sesuatu perubahan itu memerlukan pengorbanan dan kecekalan, apa yang kita gunakan sekarang ini adalah suatu tabiat atau habit. Dulunya kita gunakan dinar emas, kini setelah sekian lama dipaksa menggunakan wang kertas ke atas kita lama kelamaan ianya menjadi satu tabiat. Penggunaan dinar emas pada mulanya akan nampak janggal tetapi setelah ianya diterima dan digunakan oleh masyarakat umum, dinar emas pula akan menjadi perkara biasa dan wang kertas menjadi janggal. Sesungguhnya penggunaan wang kertas yang janggal iaitu kita menukar sesuatu yang bernilai dengan sesuatu yang tidak ada nilai intrinsik. Peluh kita di bayar dengan kertas yang tidak mampu menyimpan nilai mengikut masa.

Di Malaysia terdapat beberapa institusi kewangan yang berusaha untuk mengembalikan dinar emas dan dirham perak. Setiap institusi beroperasi secara bebas antara satu sama lain. Walau bagaimanapun dinar emas dan dirham perak boleh dijadikan agen penyatuan umat Islam. Kesukaran melakukan perubahan daripada penggunaan wang kertas kepada dinar emas adalah disebabkan ramai diantara kita umat Islam berpegang kepada cara pemikiran atau teori ekonomi barat. Pendidikan barat yang kita terima sering mempengaruhi cara kita berfikir, iaitu suatu pemikiran yang agak rejid mengikut struktur permikiran berlandaskan konsep tesis dan anti tesis. Untuk menukar kepada penggunaan dinar emas kita terbawa memikirkan tentang logik cukup atau tidaknya emas, emas berat untuk dibawa atau AS akan merosakkan sistem yang akan dibangunkan. Kita harus memikirkan cara pengenalan yang boleh melepaskan daripada terus dimanipulasikan oleh sistem ekonomi yang berteraskan riba. Kita umat Islam mesti menggantikan sistem riba dengan sistem yang pernah digunakan oleh Rasulullah dan para sahabah dan mengelak diri kita dan umat kita daripada diperangi Allah dan RasulNya terhadap pengamal riba. Di atas kesedaran ini umat Islam boleh mengambil langkah stretegi untuk mengembalikan penggunaan dinar emas.

Lumut.........





Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya..hari ni rasa macam takde mood...(selalu je takde mood) hehehe tak tau kenapa....

Saje je post gambar masa g Lumut ari tu....first time g Lumut....g dgn mak dan ayah..sebetulnya g kenduri Ainul kat Manjung...sebelah lelaki...sebab tak g kenduri yang kat Jengka 16. Dah sampai Manjung, singgahla Lumut...sebab dah tak jauh..cadang nak singgah rumah Murni, bolehla jumpa mak ayah dia sekali..sementara tunggu dia..sempatla bergambar..ops menangkap gambar pemandangan kat sana....tp takde rezeki gak jumpa parents dia...sebab parents dia ada hal...

Kalau ada rezeki boleh pergi ke Lumut lagi...macam best je kat situ.. :) InsyaAllah...