Tuesday, February 28, 2006

mak ayah dan kekuatan diri...




Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya....
walaupun semalam tak dapat tidur lena,
walaupun semalam..tidur sedikit terganggu..
walaupun semalam diuji olehNya..
apapun, Alhamdulillah masih bersemangat nak kerja ari ni...

Semalam....tgh pura-pura sibuk kat dapur...sediakan juadah berbuka....(yela lepas solat baru masak)...tetiba telefon kesayangan ni berbunyi....sape pulak yg phone....almaklumlah diri ni jarang sangat glemernya..rupanya cousin kat penang call tanya pasal nak setup streamyx...hehehe macam la teman ni reti sangat..tp ajor jela apa yg patut...
tak lama pastu mak pulak telefon...tanya pasal bila nak balik...kenduri Ainul bila dan bla bla bla
insyaALlah takde aral ke manjung la sabtu ni...rasa macam nak cuti je on monday....tp boleh ke??

Suka sangat nak balik this friday (walau tiket tak beli lagi)..for 1st time nak balik naik bas kat rumah baru ni.....yela selalu balik dgn nyahli...tp this week cousin suami dia pulak kawin...so, tak leh la balik sama...takpela, balik sendiri lagi adventure kan? hehehe

kalau balik rumah.....dapat jumpa mak ayah...dan yg paling best sekali...nak pulih kembali semangat yg hilang....yela duk berjauhan dari mak ayah...kalau balik sekali sekala dapat gak bermanja...dan kongsi cerita...semua cerita...dari pasal kerja, pasal diri, pasal study, pasal cinta pun cerita gak..pendek kata segalanya la.....apatah lagi perkara yg melibatkan masa depan....almaklumlah, ibubapa empat rujukan kita....dan mereka kenal kita....

Hmm...okla nak sambung keje....teringat pulak semalam..keje takde la banyak sangat..tp rumit sebab nak kena cari error...apapun, berkat kesabaran dan bantuan rakan kerja..dapat jugak selesaikan.....alhamdulillah!!

Wednesday, February 22, 2006

Kelebihan ucapan Amin

Antara kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w. ialah ucapan Amin, yang bermaksud, Ya Allah perkenankanlah doa kami. Keistimewaan ini adalah antara beberapa keistimewan umat Nabi Muhammad s.a.w yang menimbulkan rasa hasad kepada orang Yahudi. Sabda Rasulullah s.a.w

Yang bermaksud: “Perkara yang menjadikan Yahudi berasa dengki kepada kamu ialah kerana kamu dikurniakan ucapan salam dan Ta’min (Amin).” (Hadith Riwayat Ibnu Majah).


Dalam hadith lain:

Ertinya: “Orang Yahudi berasa dengki kerana kita dikurniakan solat Jumaat oleh Allah S.W.T. kerana kita telah diberi petunjuk, sedang mereka telah sesat dengannya. Allah S.W.T. telah menentukan Qiblat yang menjadi petunjuk kepada kita dan mereka sesat dengannya dan kerana ucapan Amin kita di belakang imam.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Dalam hadith lain:

Ertinya: “Sesungguhnya orang Yahudi jemu terhadap agama mereka dan mereka bersifat dengki, mereka hasad kepada muslimin kerana tiga keistimewaan iaitu jawapan salam, solat jemaah bersaf dan ucapan Amin di belakang imam ketika solat fardhu.” (Hadith Riwayat al-Thabrani)

Rasulullah s.a.w berbangga dengan beberapa pemberian Allah S.W.T. Hal ini dijelaskan oleh hadith,

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi kepadaku tiga perkara: Allah S.W.T memberi aku solat bersaf, al-Tahiyat, sesungguhnya tahiyat adalah ucapan ahli syurga, kemudian mengurniakan ucapan Ta’min (Amin). Allah S.W.T tidak pernah mengurniakan kepada seorang Nabi pun sebelumku (ucapan Amin) kecuali kepada Nabi Harun, iaitu ketika Nabi Musa berdoa lalu Nabi Harun mengaminkannya.” (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Ucapan Amin adalah satu pintu daripada pintu keampunan. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith:

Yang bermaksud: "Apabila imam berkata (غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين) maka hendaklah kamu kata Amin. Sesungguhnya orang yang beriringan ucapan Aminnya dengan Amin malaikat, maka Allah akan menganpunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Keampunan tersebut termasuklah untuk semua jemaah masjid kerana An-Nasa’I meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadith:

Yang bermaksud: “Maka sesungguhnya siapa yang berkebetulan ucapannya (ucapan Amin) dengan ucapan (Amin) malaikat akan diampunkan dosa orang berada di dalam masjid.” (Hadith Riwayat An-Nasa’i)

Rasulullah s.a.w memberi jaminan bahawa siapa yang berkata Amin akan diperkenankan oleh Allah doanya dengan katanya, “hendaklah kamu kata Amin nescaya Allah mengkabulkan.”

Hadith menjelaskan yang bermaksud: “Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w pada suatu malam lalu kami menemui seorang lelaki merayu-rayu dalam do’anya dan Rasulullah s.a.w. berhenti untuk mendengarnya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Do’anya pasti akan dikabulkan jika dikhatamkan.” Lantas seorang lelaki bertanya, “Dengan apakah ia perlu dikhatamkan?” Lalu Rasulullah s.a.w menjawab, “Dengan lafaz Amin. Sekiranya dia berbuat demikian do’anya pasti akan dimakbulkan. Selepas itu orang yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w itu pun berlalu. Kemudian Rasulullah s.a.w menemui lelaki yang berdoa itu seraya berkata: “Tamatkanlah do’a kamu dengan Amin dan bergembiralah kamu (dikabulkan).” (Hadith Riwayat Abu Dawud).

Orang mukmin itu bersama dengan saudaranya yang mukmin dalam berdoa dengan memohon dan mengharap diperkenankan Allah S.W.T Hal ini dinyatakan di dalam hadith yang bermaksud:

Apabila para pembesar yang berhimpun lalu sebahagian mereka berdoa sedang sebahagian yang lain mengaminkan nescaya doa itu akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat al-Hakim)

Oleh itu sesiapa yang tidak mengucap amin maka ia tidak memperolehi apa-apa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Bandingan orang yang tidak mengucap Amin seperti seorang yang akan diundi samada ia turut berperang dengan kaumnya atau tidak. Kemudian ia tidak terpilih lalu ia bertanya kenapa anak panahku tidak terpilih? Begitulah perumpamaannya bagi orang yang tidak menyebut “Amin”. (Hadith Riwayat Abu Yakli)

Hadith tersebut di atas menyatakan perbandingan orang yang tidak menyebut Amin bersama Imam kerana lupa dan lalai memberi perhatian kepada bacaan imam, mereka serupa dengan tentera yang berperang serta dapat harta rampasan. Kemudian mereka berkumpul untuk membahagikan harta rampasan dan membahagikan hadiah, tetapi seorang daripada mereka tidak memperolehi sesuatu. Ia rugi kerana tidak mendapat sesuatu daripada harta rampasan itu lalu dia bertanya kepada ketua tentera, kenapa aku tidak memperolehi bahagianku? Jawab ketua tentera, sebab awak tidak mengucapkan bersama orang yang berkata Amin.

Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

Oleh itu Rasulullah s.a.w menyuruh kita memperbanyakkan mengucap Amin dengan sabdanya, “Banyakkanlah berkata Amin.”

Thursday, February 16, 2006

Mencari Cinta by Devotees


Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Ku mencari bayangmu dalam kerinduan,
Amat payah ku harungi perjalanan,
Untuk ku melihat,wajahmu sebentar,
Bisa terlerai segala keresahan,

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Aku kehilangan,
Aku kelemahan,
Jiwa yang layu ku kesilapan,
Dan akulah abdu'h yang merindu,
Sinarilah Harapan Baru.

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
Dan sabarlah kasih yang kurindu,
Kuncinya iman ada di kalbu,
Mencari rahmat kesempurnaan,
Buatmumu teman jiwa beriman.
dan sabarlah kasih,
di dalam,
Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
Yassin:
ku cari cahayamu,
dalam gelap dalam terang,
dalam suka dalam duka,
ku carimu pada tiap rasa.

Bimbingku dalam mencarimu,
bimbingku pasti ku temuimu,
kerna ku tahu,
itulah yang ku mahu.

rasa tinggi kita damba,
selama ini kita hina,
lemah serba-serbi mahu itu mhu ini,
lupa sintusi dunia dan realiti,

bimbingku dalam mencarimu,
bimbingku kasih pasti ku temuimu,

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.

Kasih...
Di mana kai bera..da..

Tuesday, February 14, 2006

Yang Abadi by Mestica...


Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

Monday, February 13, 2006

cerita dan ceriti lagi hehe

Assalamualaikum..

Apa khabar semua ari ni?Saya alhamdulillah sihat...cuma seperti biasala sindrom hari Isnin memang tak leh lari every week hehehe tp, ari ni memang best la...sebab semalam tido boleh mimpi lagi...bukan nak citer pasal mimpi kali ni...cuma, terasa pelik sebab saya ni susah sebenarnya nak mimpi kalau tido...entahla kenapa....kalau tido tu memang tido bebetul...tp semalam memang susah nak lelapkan mata...byk sangat yg difikirkan..

Magrib semalam dapat sms dari nyahli, cakap nak dtg rumah..nak antar ubat..dan kirim barang2 yg mak kasi...pkl 11 gak nyahli dtg...tp sebelum tu dah cuba tido...tak dapat gak...kalau ikutkan penat dan mata memang tak larat sangat...tp yg hairannya tak dapat tido...simptom ni selalu dialami kalau byk pikir!!!

Memang tgh byk pk sekarang ni....setakat ni pasal keje takde sangar...sebab component pun dalam proses pembelian...pasal study pk gak...sebab assignment banyak nak kena siapkan...pastu pasal artikel dan cerpen nak kena antar by today....pastu pk pasal keje luar yg tertangguh....tertangguh berapa lama...dan yg paling major ialah pk pasal masa depan la....ckp kat mulut tak nak pk..tapi sebenarnya benda tu la yg sedang hangat difikirkan sejak lama dahulu sampai sekarang....bukan pasal nak kawin cepat...bukan teruja tengok kawan2 dah kawan dan beranak....bukan.....honestly I dont mind if kawin di usia yg lewat..sebab rasa macam byk je benda nak kejar...memang dalam maksud sabda nabi ada berkata lebih kurang maksudnya "wanita yg paling baik ialah yg kawin di awal usia dan rendah maharnya" ....masalahnya, tak mampu nak jadi wanita yg baik macam tu...

So bagi adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat yg sudi ziarah blog ni...sape yg masih ada kesempatan merebut sunnah tu..cepat2la...sempurnakan agama...insyaALlah pasti tak nyesal hehehe

OKla....nak pk pasal artikel plak ni..till meet again...(depend on my moods)

salam ya salam...

Friday, February 10, 2006

silap paham hehehe

Assalamualaikum...

Apa khabar ari ni?? Alhamdulillah ari ni sihat...semakin sihat kot hehehe alhamdulillah segala nikmat ALlah beri....ari ni mungkin akan berada di tahap kebosanan lagi gamaknya...component tak sampai lagi so tertangguh la nak siapkan sistem tu...takpe takpe..kita bagi latihan sikit kat jejari ni..menaip di blog hehehe dan email hehe

Teringat citer dedulu...cerita pasal dialek..paling tak faham kalau orang cakap dialek kelantan dan terengganu...kalau cakap ditahap sederhana insyaAllah boleh la faham sikit2..tapi kalau ditahap mahaguru memang tercengang la teman gamaknya..hehehe Walaupun berbangga dilahirkan di N9...mak pun asal kat sana...tapi still tak berapa faham kalau wan-wan dan atok-atok kek nogori tu cakap pokek bonar...cam tu yo kek perak....den dah jadi orang perak sokarang ni...hehe Kalau jumpa pakcik makcik (bukan sedara) kat pasar ke kat kenduri ke kalau diorang cakap pekat sangat..nampaknya menyerah kalah la awal2 hehe terpaksa la bg senyuman paling manis!!! hehehe

Itula cerita pasal dialek...kagum pun ada yela ada banyak dialek kat Malaysia ni...tapi seronok kenal ramai orang dari banyak negeri ni...ilmu jugak tu..takde la kena tipu bulat2 hehe dan tak tau banyak tau sikit pun jadi la....walau berbelit lidah ni bercakap dialek klate (sampai dicop mek siam masa blaja dulu sebab cuba join diorang ckp klate)...hehe klakar betul!!!

Takpela...itulah buktinya Allah Maha Kaya..tu baru cerita dalam Malaysia..belum lagi negara2 lain dengan bahasa yg pelbagai...rupa yg pelabagai dan sebagainya...tu semua bukti kebesaran Allah...tul tak??

firman Allah " wahai manusia sesungguhnya kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan berbangsa2 dan bersuku2 untuk kamu saling kenal mengenal .sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang bertakwa sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Okla kat bawah ni ada ceria kelakar sikit...sebagai selingan...hope enjoy it...
wassalam

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Suatu petang di Stadium Paroi, ada sebuah perlawanan bolasepak persahabatan di antara pasukan Manchester United menentang pasukan tuan rumah iaitu Negeri Sembilan, yang diadakan sempena rangka lawatan perlawanan persahabatan pasukan dari Eropah itu ke seluruh Asia Tenggara.

Seorang pelancong dari Australia melawat sahabat wanita seuniversitinya di Negeri Sembilan, dan sahabatnya telah membawa pelancong tersebut ke perlawanan bolasepak itu.

Laungan "Golllll!!!!!!!!!!" bergema apabila pasukan Negeri Sembilan berjaya menyumbat gol. Semua penyokong tuan rumah bersorak sambil berdiri merayakan gol tersebut.

Dalam kekecohan, penonton dari Australia itu terpijak kaki penyokong tempatan, dan dengan sopannya berkata, "Sorry".

Penyokong tempatan itu memandang pelancong Australia tersebut dari atas ke bawah, sebelum membalas, "Sori, kopalo ayah ko.. Kan dah ompek kosong tu! Tengok kat scoreboard tu! Buto ko apo?"

("Seri, kepala ayah kau.. Kan dah 4-0 tu! Tengok kat scoreboard tu! Buta ke apa?")



Thursday, February 09, 2006

Hmmm..cerita ceriti


Assalamualaikum..

Apa khabar? Alhamdulillah ari ni dah semakin sihat..dan hari ini juga merupakan hari keempat berturut2 terasa malas nak gi keje....rasa nak ambik mc la....rasa nak buat cuti sendiri la...rasa nak jadi penungggu rumah la....semua ada....hehehe *amaran oleh kementerian: jangan tiru saya!!

Tapi, pegi gak keje....hehehe...kalau niat baik kan dapat pahala...apasal ek minggu ni rasa malas sangat nak keje...agaknya sebab last week dah seminggu cuti (yela dah termasuk cuti raya cina tu sekali..ditambah ambik cuti pulak lagi dua hari..bukan seminggu ke?)...Ya ALlah harap2 esok tak macam ni...

Alhamdulillah ayah dah pencen...macam best je dgr cerita mak ayah...pagi2 tgk bunga...petang2 berkebun...pastu malas masak makan kat kedai...yela duk berdua je...senang...takde apa nak pk dah...anak2 semua dah besar...dah berkeluarga pun dah tiga orang...tinggal dua orang je lagi yg masih dalam tanggungan rasmi..yela, sorang baru lepas SPM, sorang lagi baru nak ambik SPM...insyaALlah ada rezeki diorang berdua pasni. Tapi, kekadang respect ngan budak berdua tu...yela, dah makin matang..pastu dah ada rasa tanggungjawab pada family...lebih2 lagi si Tazwat...dah nampak kematangan sikap seorang anak lelaki....yela tahun ni dah 17 thn...

Citer pasal family...sekarnag ni paling rapat dengan tazwat dan cik nur la...sebab diorang pun dah besar...dan diorang je masih bujang...kakak2 yg lain semua dah kawin...takla tak rapat tp dah tak leh la gila2 lagi...hehehe

OKla kot...tak tau nak citer apa dah...nak study sikit...

Wednesday, February 08, 2006

poem-Missing

MISSING
Please, please forgive me
But I won't be home again
Maybe someday you'll look up
And barely conscious you'll say to no one
Isn't something missing

You won't cry for my absence I know
You forgot me long ago
Am I that unimportant
Am I so insignificant
Isn't something missing
Isn't someone missing me

Even though I'm the sacrifice
You won't try for me, not now
Though I'd die to know you love me
I'm all alone
Isn't someone missing me

note: thanks Yus...

Tuesday, February 07, 2006

wanita itu ibarat epal...........

Wanita ibarat epal...
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperoleh
kerana ia berguguran di tanah..,
TAPI epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak..
susah dipetik susah digapai..
Terkadang epal itu risau,
kenapa diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri menyembah tanah..,
Sedangkan ia sebenarnya
telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya...
hingga tiada siapa yang berani memetiknya..
Hanya pemuda yng benar2 hebat sahaja yg mampu..
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat..?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi menanti..

note:thanks firuz....

susahnya nak ikhlas..

Assalamualaikum...

susahnya nak ikhlas.....
susahnya nak cari orang yang ikhlas.....

ikhlas ni bersangkut paut dengan hati....kita tak nampak...orang pun tak nampak..hanya Allah je nampak....susah kan?? adakah kita lakukan segalanya dengan ikhlas??? kerja? belajar? buat baik?? berkawan? bercinta? ikhlas ke kita???

so cek balik diri kita ni....nak dapat tingkat ikhlas ni memang susah....memang payah....membuat sesuatu perkara tanpa harapkan balasan...contoh dalam ibadah, adakah kita benar2 lakukan satu ibadah tu kerana Allah...atau sekadar ikutan sahaja...atau sekadar dah jadi rutin harian kita.....kalau benar2 kita ikhlas kita akan dapat rasa kesan dari ibadah itu.

contoh lain, dalam soal hubungan dengan manusia....adakah kita benar2 berkawan dgn seseorang itu kerana Allah atau ada sebab lain...sebab dia bijak..cantik....kacak....pandai berjenaka...atau segalanya...

kita kena ingat hidup kita ni sementara je....mencari keredhaan Allah atau mardhatillah adalah matlamat kita....

akhir kalam....sebagai peringatan bersama....untuk anda dan diri sy yg selalu lupa...

wallahua'lam

a new day for me...


assalamualaikum...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah di atas segalanya...arini rasa malas sangat nak pergi keje, rasa macam nak minta cuti...tapi tula tak tau nak bagi alasan apa...sebab nak cuti tanpa sebab...so tak yah la cuti walaupun takde semangat memandangkan apa yg baru berlaku semalam...takpela, yakin ada hikmah segalanya...sape tak sedih apa yg kita harapkan dan impikan tak menjadi kenyataan...takpela hidup perlu juga diteruskan macam biasa...life must go on...its not end of life yet...!!! dan yang pasti, Allah tahu apa yg terbaik untuk diri ini...'bersangka baik dengan Allah nescaya Allah seperti yang kamu sangkakan' ..

Rasa macam banyak je keje nak buat...nak penuhi masa ni dari memikirkan perkara yg boleh menyedihkan hati....so tadi dah buat latihan SCG...tgh cari idea untuk artikel dan cerpen lagi...alhamdulillah ada gak keje nak buat, so selamat dari bersedih...

Kekadang terfikir gak...kenapa Allah uji macam ni...kenapa ada orang tu perjalanan hidupnya berjalan lancar sahaja...dapat apa yg dia nak...berkahwin..berkeluarga dgn orang yg dicintai...dan sebagainya...tapi kita, banyak sangat pula halangannya...untuk capai sesuatu tu!! Allah ada berfirman di dalam Al Quran yg maksud lebih kurang macam ni "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

OKla....nak sambung buat keje....doakan saya ye.....semoga ALlah permudahkan segala urusan kita dan keluarga kita di dunia dan akhirat...ameen

Monday, February 06, 2006

seminggu cuti..


Alhamdulillah ari ni dah keje seperti biasa....cuma, yg bestnya keje tak banyak..so boleh la berpoya-poya (jgn tiru)...surf sana surf sini...reply email...chat....update itu ini...etc....seminggu cuti....memang kat rumah je...tolong mak ayah berkemas...kemas luar dalam....kemas bunga pun tak habis2 seminggu...tak termasuk kemas dalam rumah lagi...tugas bermula lepas subuh sampai la lewat malam....tido memang tido mati punya...dalam kepenatan...hehehe

Seminggu di rumah baru memang mencabar...tapi bangga pun ada gak sebab dapat bg sumbangan kat mak ayah hehehe

ingatan pada diriku dan kamu...


Assalamu'alaikum..sebuah karangan yg dpt memberi manfaat dan wake up call....insya-Allah....kita takut akan murka Allah...
Meneliti beberapa weblog kawan-kawan, rakan taulan, sahabat-handai membuatkan ana terkasima, terjanggama, tersangkasuma serta pelbagai lagi rasa tidak seksama di hati dan kurang senang di diri.

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar" (At-Taubah: 71).

Permasalahan Bercampur Lelaki Perempuan

Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu adab, tuntutan dan perintah sunnah yang diperintah oleh Allah swt dan diajari oleh sunnah baginda salallahualaihiwasalam. Ana merasa pelik bagaimana pemilik-pemilik weblog tertentu boleh memaparkan gambar lelaki dan wanita bergambar di tepi pantai yang indah.....konon melalui satu program, baktisiswa dan pelbagai lagi.

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Sungguh persahabatan lelaki perempuan, memual di friendster, di Sms.ac, YM dan pelbagai lagi medan yang ana tahu dan tidak tetapi sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "friendster"nya atau apa....

Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Apakah kepentingan dan manfaat seorang yang beriman kepada Allah swt memaparkan gambar rakan-rakan kenalan wanitanya dalam weblog, friendster dan lain-lain sekiranya dia seorang yang muslim ?

“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30).

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (An-Nur: 31).
Lalu menulis di bawahnya " rehlah ke pantai" atau " kami berposing dengan gembira" apakah ini adab dan teladan sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam ?
Sekalipun pada zaman baginda rasulullah tiada kamera digital dan kamera manual tetapi tentu kita tahu bahawa sekiranya wujud kamera pun pada zaman nabi salallahualaihiwasalam para sahabat ra dan rasulullah tidak akan berpossing-possing bercampur lelaki dan perempuan dalam satu gambar !!!

Sedangkan baginda pernah menyebut : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).

Baginda rasul pernah mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Apakah mungkin sahabat ra akan berpossing bertangkap gambar dengan sahabat wanita ra dengan alasan mereka bergambar kenangan kononnya "ukhuwah fillah" di tepi pantai yang indah atau di hutan peranginan kawasan rekreasi ?

“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).

MasyaAllah..., sekalipun ana ini dianggap kolot tetapi ana merasakan perlulah menegur sahabat-sahabat dan kenalan ana yang terlalu sangat modennya dan bebas pergaulannya.

Kita perlu sedar, perbuatan bersosial lelaki perempuan tanpa batasan sangat ketara bertentangan dengan perintah daripada Al-Qur'an dan sunnah dan hendaklah kita berusaha menjaga diri dari maksiat.

Tidak haram perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat dan gambar-gambar bersama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan.
Hubungan Bebas Lelaki Dan Wanita

Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.

Terlalu bebas hubungan lelaki perempuan baik dalam ruangan chat di yahoo mesengger, di dalam mirc dan juga di dalam ruangan-ruangan agama yang merapu dan mengarut.

“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).

Kita lihat dalam group-group dan ruangan agama yang dibangunkan secara portal banyak mengarut sekalipun mengunakan nama-nama agama dan arab tetapi dalamnya lelaki dan perempuan bebeas mengarut dan bermaksiat dan merapu dan berkenalan dan bersosial seolah-olah seperti barat cuma di atas namakan agama.

eida (bukan nama sebenar) : Hai..apa kaba ? cihat x ? i just visit ur blog...nice i like it...ukhuwah fillah...bila leh jumpe
tuan punya blog ( lelaki) : baik....u pulak jaga diri yee...Ukhuwah Fillah !

Apabila ana membaca tulisan di atas dalam ruangan chitchat di blog-blog dan juga seringkali menemui percakapan bodoh, kosong seperti ini dalam ruangan-ruangan agama maka ana merasa sedih dan terkilan dengan budaya Islam di Malaysia yang sudah mengarut.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Apalah gunanya ada jemaah-jemaah dan gerakan sofwah Islamiyah sekiranya mereka dengan gerakan-gerakan dan persatuan-persatuan ini lebih merosakan dan mencampurkan anak-anak muda lelaki dan perempuan dengan mengatas namakan agama ??

Muslimat tudung labuh konon menjaga diri tetapi boleh pula bergambar senyum manis dengan rakan-rakan lelaki yang berkopiah merah, putih dan kopiah raihan konon "ukhuwah Islamiyah" sedangkan Islam bukanlah demikian dan pemikiran umat Islam Malaysia sudah melampaui batasan.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt dan dalam kesakitan dan kesihatan yang merosot dan diri yang lemah ini ana memanjatkan rayuan kepada umat Islam kembalilah kepada sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.

Pesanan buat muslimah, hentikanlah kata-kata mengedik-gedik, terhegeh-hegeh, mengatal tak tentu hala dan jadilah muslimah solehah yang menjaga diri, cakapan dan tulisan serta perangai.

Bagi muslimin, hendaklah menjaga diri dengan iman dan ilmu serta akhlak yang soleh dan mentaati perintah Allah dan rasul-Nya, usahakan menghindari fitnah wanita dan godaan percampuran bebas kerana lelaki yang soleh ialah yang menjaga dirinya dari maksiat kepada Allah swt.

Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Katakanlah wahai muslimin sejati, salafi dan sunni dan hakiki dan umat Nabi Salallahualaihiwasalam apabila kamu di goda oleh muslimat-muslimat dengan menerima kehadiran mereka tanpa diundang dalam hidup kamu dengan berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".

Segala puji hanyalah bagi Allah swt, semoga Allah menerima diri ana di sisinya dan kepadanyalah ana kembali...

Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai

nukilan: Ustaz Emran, Sana'a Yaman.

tiada istilah cinta dan kekasih


Tiada istilah cinta dan kekasih?
Assalamu’alaikum…
ALhamdulillah tergerak hati ini dan jari jemari ini untuk bergerak-gerak di keyboard usang ini…sekadar ingin berkongsi satu lontaran fikiran dan saya rasa elok untuk kita renungi bersama. Saya bukanlah alim ulama’ yg bijak pandai untuk mengatakannya..sekadar untuk mengajak sahabat2 sahabiyah semua berfikir dan merenungi apa yg bakal saya karangkan…

Terbaca satu majalah keluaran lama..dan tertarik dgn satu surat pembaca yg komen berkenaan nasyid mengGALAKkan remaja Islam kita bercinta…bahkan yg tidak remaja…pendek kata yg belum berkahwin. Ini satu scenario yg amat membimbangkan, tambahan pula bagi yg ‘berpenyakit hati’ amat mudahlah terpesona dek terlalu menghayati dan menjiwai lirik lagu dan irama nasyid2 yg mendorong kea rah percintaan.

Kita semua sedia maklum…nasyid2 seperti ini amat meminati lagu2 sebegini…
BENARKAH Islam membenarkan umatnya bercinta sebelum berkahwin? Walaupun saya tidaklah arif berkenaan ilmu agama,hukum hakam namun saya nak ajak sahabt2 berfikir..
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Israa’:32)

Bercinta sebelum kahwin adalah jln kepada menghampiri zina dan maksiat. Allah melarang hubungan cinta terlarang ini sebelum akad nikah. Kuatkah kita untuk mengawal nafsu dan emosi tatkala hati sedang berbunga cinta dan rindu. Memang sukar…saya teringat sorang ustaz bahasa Arab saya…masa saya tingkatan 3. dia berpesan agar jauhkan dari bercinta…cukup sekadar berkenalan…merisik, kenal hati budi kemudian terus kawin..jgn lama2…Al-Fadhil ustaz saya yg dihormati itu berpesan kerana begitu sukar nak mendidik hati..di mata akan sentiasa terbayang di mata..tak mustahil ketika membaca buku..ketika solat (masya-Allah) wajah si dia akan terbayang-bayang.

Saya akui kita bukanlah insan yg sempurna…sentiasa diusik oleh godaan nafsu dan syaitan durjana.Tapi kitalah penguasa bagi diri kita…kenapa harus disalahkan elemen2 lain…
“ Debar hatiku membisik rindu, ingin ku katakana kau gadis idaman, adakah mungkin kau ku miliki, untuk aku jadikan insan bernama kekasih.”

Mengapa perlu dijadikan kekasih? Sebagai insan normal, saya tak menafikan fitrah kejadian manusia. Janganlah kita cuba untuk menjadi malaikat kerana kita diciptakan sebagai manusia yg memiliki nafsu dan keinginan.

Sebagai hamba sepatutnya kita menguasai nafsu bukan dikuasai nafsu. Memang mudah untuk di perkatakan namun itulah jihad akbar yg perlu kita lalui…inilah jalan kita! Saya tak nafikan..diri ini goyah, namun sama2lah kita kuatkan hati elakkan anasir2 yg boleh mendekatkan kita dgn perkara2 lagha dan berbau maksiat. Teringat kata2 sorg ustaz kita tu… di API.. “hidup tak berkat…”

Apabila bercinta , nafsu dituruti, perasaan dilayan si dia sentiasa terbayang dan akhirnya terbawa dlm sembahyang. Subhanallah..minta agar dijauhkan…
Sama2lah kita mengislahkan diri kita..sama2lah kita saling ingat mengingatkan agar kita dpt menjadi hamba-Nya yg sentiasa diredhain-Nya..
Maafkanlah diriku jika ada kepincangan dlm tulisan saya ini…

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya 2 sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya: dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah an-Nisaa’:17)
“ Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yg selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hamper mati, berkatalah ia; “ Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan (demikian juga halnya ) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yg demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yg tidak terperi sakitnya.”
(surah an-Nisaa’:18)