Tuesday, March 26, 2013

Tips beli secara online...

Antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika membeli secara online ialah

  1. Siasat dulu blog/web tu..
    ~ cek profile
    ~ cek fb
    ~ nama , no telefon , alamat (kebiasaannya penipu tak letak nama/no telefon etc)
  2. Cuba hubungi penjual tu untuk cek availability barang, kalau dapat feedback yang positif boleh la ikut cara 'How to Buy' selalunya ada pada blog/web penjual.
  3. Bila dah buat bayaran, inform kepada penjual. Dan biasanya penjual akan maklumkan bayaran dah diterima atau sebagainya.
  4. Penjual yang baik juga selalunya akan memberitahu status penghantaran. Contohnya bila nak poskan, tracking number dan sebagainya.
  5. Amalkan memberitahu pembeli jika barang sudah diterima. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan. Yela, mana tahu nanti kita nak membeli lagi dengan dia. Takpun, entah2 esok lusa jadi kawan hehe
  6. selamat membeli belah :D
 Pembelian secara online ni juga ada baiknya, seperti dapat menjimatkan masa...tenaga dan fikiran kita. Yela, kalau kedai tu nun jauh kat penang takkan kita nak kena gi sana baru nak beli. Jadi penyelesaiannya ialah beli secara online. Senang dan mudah.

Apapun, hati-hati kena ada juga..sebab belian secara zahir pun ada penipuan apatah lagi secara online.

Friday, March 22, 2013

hujan

Semenjak dua menjak ni cuaca selalu tak menentu. Kekadang sedih tengok orang yang tak suka bila hujan turun...tak suka bila terlalu panas. Bila hari panas...nak hujan, bila Allah turunkan hujan...macam marah pulak pada hujan..sebab turun lebat sangat. Habis tempias masuk rumah...basah baju di ampaian.

Sedar tak kita sebenarnya hujan dan panas tu semuanya dari Allah. kalau kita marahkan hujan...marahkan panas...ertinya kita marahkan Allah. Sebagai peringatan bersama....apapun yang berlaku dan terjadi, sila redha dan bersyukur sebab Allah hanya memberikan yang terbaik buat kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan itu ini begitu begini...

Tuesday, March 19, 2013

Beli secara atas talian (online)

  1. Pernahkah anda beli secara online? 
  2. Jika ya, barang apa yang anda beli secara online?
  3. Jika tidak, kenapa?

Secara jujurnya...saya memang selalu membeli barang secara online...boleh katakan pelbagai jenis barangan. Bil-bil pun dibayar secara online, beli tudung, mainan, produk,dan macam-macam lagi. Ada pro dan kontra jika nak beli secara online ni...

Nanti ada masa saya cerita lebih sikit.Apapun, seperti biasa...beli lagi selalu dari menjual hehe

Friday, March 15, 2013

Susahnya nak puaskan hati orang kan? bila fikir-fikir balik memang geram. Dahla hari ni hari Jumaat.

Wednesday, March 13, 2013

Sape tau hotel kat kuantan?

Kalau takde aral minggu depan kena kerja luar kat Kuantan, Pahang. Sape tahu hotel di kuantan? kalau boleh nak berhampiran dengan susur keluar lebuhraya Kuantan tu. Kalau ada sesiapa tahu, boleh inform ye.

Teman ni dah lama tinggalkan kuantan, kata je roommate orang Pahang. Tapi bila ke Kuantan tu jarang sekali. Minggu lepas, masa kena gi Pulau Pinang pun macam tu jugak. Alhamdulillah, ada pakcik maps yang banyak membantu. Nak harapkan ingatan masa zaman 90-an dulu memang la gagal sama sekali. Apapun, misi berjaya di Penang.



Bila baca blog orang...

Salam ya salam...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Terima kasih ya Allah!!

Bila baca blog orang lain..rasa memang nak menaip...semangat terus berkobar-kobar!! hehe biasala tu kan? Apapun, semangat kena kuat. Almaklum sajalah blog ni pun dah naik berabuk dan berkarat. Maaf kalau ada yang menjenguk tapi tiada yang terkini!!

Banyak cerita...dan  banyak idea...nanti kita cerita satu-satu ok? da..