Wednesday, December 22, 2010

2......3......

Selamat Hari Lahir Asyraf...pada 17 Disember 2010. Ulang tahun ke-2.
- semoga menjadi anak yang soleh...taat perintah Allah dan ibu ayah.
-semoga beroleh kesihatan dan kecerdasan minda selalu...


Selamat Hari Ulang Tahun buat saya dan dear, pada 22 Disember...ualng tahun ke-3.
-semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat..
-semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang..
-semoga perkahwinan ini beroleh keberkatan......
ameen ya rabb!!
 

Sunday, December 12, 2010

12122010

Macam cantik je tarikh ni, sebenarnya baru je lepas masak...daging masak lada hitam dan tumis sayur kobis...pagi tadi masak mi goreng untuk bekal dear g keje. Tengah hari pun makan mi goreng je, malam takkan nak makan mi jugak kan..lagipun dah habis...dihabiskan oleh paksu Asyraf.


Monday, December 06, 2010

Jangan lupa baca doa awal tahun & akhir tahun..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

50%

There can be miracle....when u believe...
lagu kan? Tetiba je....teringat lagu tu...tp tajuk lak lupa...sebenarnya nak citer ni je, sebelum ni rasa sedih dan marah sebab rupanya ada 2 saman atas kesalahan speeding, ni semua angkara saman ekor. Orang cakap naik court kita boleh menang, sebab tiada bukti sah yang menunjukkan kita yang lakukan kesalahan tu. Yela, macam-macam boleh dipertikaikan kalau jadi saman ekor ni. Masalahnya tula, naik court tu....mesti kos dia lagi besar dari jumlah saman kita...nak upah peguam lagi...makan masa yang lama lagi...etc.

Hari tu nyaris2 gak nak bayar saman tu...tapi, entahlah rasa macam tak sedap hati pulak. Maka, ditangguhkan. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan PDRM, sebab baru2 ni kan ada pengurangan kos.
meh, cek paste kan apa yang tertulis kat situ..kot2 la malas nak enlarge image


Effective 1st December 2010, PDRM is offering an incentive on compound rates for all types of   
traffic summons issued –
  1. All summons issued on or before 30th November 2010 :
    • A rate reduction from the original compound
  2. All summons issued after 30th November 2010 :
    • Summons settled within 15 days will be offered a 50% incentive from the original compound
    • Summons settled within 16 to 30 days will be offered a 30% incentive from the original compound
    • Unsettled summons within the 30 days ARE NOT entitle for an incentive and will be immediately black listed

Kalau takde diskaun ni mungkin tak bayar lagi kot...bukan apa, masih rasa pelik....geram.. .2008.... 2009 ...renew roadtax takde masalah, tetiba je tahun ni tak boleh. sedangkan saman tu, tahun 2008. Pelik tak? Hmm... ayah lagi kesian, ada saman tahun 2005. Itulah, terima kasih kepada kerajaan Malaysia!!! Keranamu, kami semua bangga jadi rakyat Malaysia.



Nota : saman dah bayar...alhamdulillah.!!! bagi yang ada saman tu, cepat-cepatla bayar...tak lama lagi kan nk PRU....eh, apa kaitan??? ;)

Friday, December 03, 2010

terima kasih...

Terima kasih...kepada dear dan Kak A yang telah memberi hadiah berupa buku sempena hari lahir saya tahun ni.

Update..

Lamanya tak mencoret...bukan takde cerita, sebelum ni memang sibuk teramat sangat. Bila sekarang dah tak tersibuk, nak updata tu tak tau dah nak mula macam mana. Tulah masalahnya!! Mungkin zaman kegemilangan menaip dah tak macam dulu la kot? Mungkin....
Kerja...hmmm....macam biasa. Di sudut hati rasa nak berhijrah...tapi, takut pulak. Lagipun, ada ke sesape nak sambut salam penghijrahan ni? Lagipun, jangka panjang tetap akan berhijrah ke Ipoh. InsyaAllah 1-2 tahun lagi kot.

Asyraf....dah makin becok mulut...dah makin besar, tapi tetap rasa dia macam baby sebab masih menyusu macam dulu. Cuma, dah pandai bertanya 'Cantik tak?' setiap kali dipakaikan baju. Dah pandai memuji bila makan. Dan banyak lagi la...skill main bola pun dah semakin mantap nampaknya.

Apapun, ada cerita sedih...ada cerita gembira...semua cerita tu sebagai pelengkap diari harian dan kehidupan kita.

Nota : terasa diri dah makin tua.....tambahan bila tengok ibu ayah yang dah makin putih rambutnya!!