Wednesday, February 10, 2010

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

Renungan lagi...

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.



Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami..

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.”

Dr Fadhilah Kamsah menulis....

Sekadar untuk renungan bersama

Assalammualaikum. . .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ...tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ......makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..


Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ...dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib .. kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ...kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan
anak-anak tiap kali maghrib ..... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur
rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,
terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did
mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again;
and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.... ..
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge;
you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Wednesday, February 03, 2010

Cerita...ceritera...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Sebetulnya saya dan Asyraf ditarik nikmat sihat baru-baru ni. Kami selesema. Alhamdulillah...tu tandanya badan kita nak buang sisa toksin yang berada dalam badan. Apapun, menurut pengamatan saya memang ramai kawan-kawan terdekat, saudara mara, anak sedara, anak-anak kawan dan sebagainya turut tak sihat semenjak dua menjak ni. Mungkinkah kerana antibodi badan kita yang lemah? ataupun persekitaran sudah tidak selamat? cuaca yang berubah?

Hmmm sebenarnya buka nak celoteh pasal tu pun. hehehe tu baru mukaddimah je.

Ok, semasa Asyraf selesema tu dia memang memilih bab makan. Semua tak nak kecuali biskut-biskut dan buah limau je. Kalau nasi tu...hanya sampai kat lidah dia je. Kemudian dia buang. Sebagai ibu, kekadang terasa geram pun ada bila anak tak nak makan ni. Jadi, sebagai ganti...apa yang dia suka tu saya akan bagi makan banyak-banyak. Risau jugak kot2 dia lapar. Setakat nyusu je...takut dia tak cukup pulak.

Alhamdulillah selera asyraf dah normal sejak dua hari lepas, nasi pun dah makan banyak. Alhamdulillah. Niat di hati nak juga reka makanan memacam. Tp bila difiir-fikir yang Asyraf pun dah boleh makan apa yang kita makan, jadi sewaktu penyediaan makanan saya lebih suka memasak makanan yang dia boleh makan. Dan yang pasti...tidak pedas. Kalau terpaksa...saya sanggup memasak 2 versi lauk. Satu untuk ibu dan ayah. Satu lagi untuk anak. :D

Benarlah seperti Firman ALlah swt dalam Surah AlTaghabun ayat 15 : Harta dan anak-anak itu hanyalah ujian bagi manusia, disisi ALlah itulah pahala yang paling besar.