Thursday, April 20, 2006

Esok Exam..

Assalamualaikum..

Esok exam...tapi macam tak ready je lagi...baru baca sikit dah ngantuk camno nak buek tu??

Hmm...tak nak citer pasal exam...nak citer pasal semalam...dapat satu software baru...namanya MWSnap ....memang best..senang dan mudah..

apataknya kerja yg sebelum ni memakan masa berhari2...baru dapat 3 pages (sebab tak tekun)..ni guna software ni, dalam masa sehari leh siapkan hampir 36 pages...berapa kali ganda tu...???

Hmm...ok nanti citer lagi..nak study sikit plak...

c u soon

Wednesday, April 19, 2006

Reality TV

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi salam macam tu teringat pulak zaman muda2 dulu....yela, kononnya la suka bercakap, adala jugak masuk pertandingan syarahan...debat...bercerita...dan seangkatan dengannya...so adala pengalaman sikit2...eh, bukan nak cerita pasal pengalaman zaman muda2 sebenarnya pun hehehe

Hmm...sesungguhnya hari selasa (semalam) memang dinantikan semenjak dua menjak ni la...bukan sebab ada rancangan lestari kat tv3 tu..tp sebab ada rancangan reality tv yg terbaru..MyTeam...best la jugak..eh memang best sebenarnya..tgk semangat rakyat malaysia..nak join player myteam..semangat memang tak leh nak nafikan sebab..sambutan amat menggalakkan di semua negeri. Hebat memang Hebat...kagum pun ada gak la...

Ini merupakan rancangan reliti tv yg sy tengok sesungguhnya..yela, tak taula sejauh mana kebenarannya..cuma, dapat dilihat program reliti ni memang tak tipula...sebab yg terpilih jd player tu memang pelbagai bangsa...umur..rupa...kerja...dans ebagainya..memang bakat diorang yg dikira sepenuhnya..

Semangat betul..kan best kalau semangat tu untuk semua benda...kalau banyakkan lagi program realiti tv berbentuk macam ni kan best...ni tak habis2 nyanyian je..macam ch 9 tu ok gak..akademi alQuran...harap ianya sebagai permulaan untuk perubahan..perubahan ke arah yg lebih cemerlang. ameen!!

Okla nak sambung buat keje...banyak lagi nak coret sebenarnya..tetiba je ada banyak idea...

lupa plak...one of my hobby is writing :D

wassalam

Monday, April 17, 2006

PDF...

assalamualaikum..

semua pernah dgr PDF? tau tak apa maksud dia???
Portable Document Format (PDF)..

hari tu melilau cari installer Acrobat Distiller...kat internet ada update je..full version takde..tanya punya tanya...ada la yg bagi jawapan membina dan tak kurang jugak yang...tapi takdela yg membinasa pun hehehe

hassanul : ko cari la kat internet..mesti ada
jwanrost : cuba kau cari kat torrent..
programmer :susah2 awak beli je installer kat mines :D

ramai gak la yg telah ditanya...dulu kat pc lama ada distiller tu..tp kat pc sekarang ni takde lak...bukannya apa nak send note scan kat bebudak kelas DSS....alhamdulillah ada penyelamat ari tu...Cik Murni kita telah menyelamatkan keadaan..hehehe tolong convert kan..

Esoknya, tertanya kat sorang... bro Reza...dia pun syorkan www.primopdf, so far alhamdulillah...best la dah ada...tak yah la cari distiller lagi hehehe

balik rumah karang nak buat artikel pasal pdf...
cerpen tak siap lagi ni....

karang kena kejar lagi...doa2 la sempat siapkan semua..
jumaat ni mula final....huhu

apapun, insyaALlah akan cuba yg terbaik,.....ameen


sakit kepala..

sakit kepala la ari ni..tp alhamdulillah kurang dari semalam...
tak tau kenapa...maybe sebab dua hari berturut2 kena hujan dan kena tekanan yg hebat kot?
apa taknya..sabtu dan ahad baru ni ada presentation..

hebatnya...tekanan yg sungguh menekan....

semoga Allah permdahkan segala urusan kita..ameen!

Thursday, April 06, 2006



Kenapa Harus Ingkar?!! Apa alasan anda? Nak Lawan Tuhan?!!

In Qur’an:

Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya
ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 33:59)

Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.
Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka menutupi dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Daripada Hadith Rasulullah:
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis (menampakkan susuk tubuhnya). Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

The Bible - 1 Corinthians 11

1 Be ye followers of me, even as I also am of Christ.


2 Now I praise you, brethren, that ye remember me in all things, and keep the ordinances, as I delivered them to you.

3 But I would have you know, that the head of every man is Christ; and the head of the woman is the man; and the head of Christ is God.

4 Every man praying or prophesying, having his headcovered, dishonoureth his head.

5 But every woman that prayeth or prophesieth with her head uncovered dishonoureth her head: for that is even all one as if she were shaven.

6 For if the woman be not covered, let her also be shorn: but if it be a shame for a woman to be shorn or shaven, let her be covered.

The Bible - 1 Timothy 2

9 In like manner also, that women adorn themselves in modest apparel, with shamefacedness and sobriety; not with broided hair, or gold, or pearls, or
costly array;

10 But (which becometh women professing godliness) with good works.

11 Let the woman learn in silence with all subjection.

The Bible - Deuteronomy 22

5 The woman shall not wear that which pertaineth unto a man, neither shall a man put on a woman's garment: for all that do so are abomination unto
the LORD thy God.

Qur’an Said
"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: 'inilah dari Allah',
(dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa
yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan." (Al-Baqarah: 79)

Hikmah Bertudung & Menutup Aurat

Melambangkan diri sebagai hamba ALLAH yang taat, beriman, dan bertaqwa.
Menghindarkan diri dari gangguan lelaki (pendedahan aurat berupaya merangsang nafsu lelaki).Membezakan di antara orang yang bertaqwa
dengan tidak.Sebagai tanda pengenalan bahawa kita adalah Muslim.
Mengelakkan wanita daripada menjadi lambang seks di kalangan lelaki.
Kulit wanita adalah lebih sensitive terhadap persekitaran berbanding kulit lelaki. Penjagaan yang lebih perlu diberikan kepada wanita dengan
menutupnya. Membezakan di antara wanita moden (Muslimah) dengan wanita jahiliyyah. Di mana wanita jahiliyyah kebiasaannya mengenakan pakaian
yang tidak menutup aurat dan ada yang seolah-olah bertelanjang. Kenyataan ini adalah merujuk kepada fenomena sebelum kedatangan Islam dengan selepas kedatangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. Melambangkan wanita yang tinggi nilainya dan bukan murahan. Setiap yang tinggi nilainya,
penjagaannya adalah lebih rapi.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim)


Apa lah guna wajah yang cantik, tetapi hina di sisi ALLAH dan jelek di mata orang yang beriman.

Telah jelas, menutup aurat mempunyai banyak hikmahnya dan ia merupakan satu kewajiban. Dengan menutup aurat, lompang kelemahan wanita akan tertutup. Nafsu manusia yang bergelar lelaki berjaya dikawal, maka dengan itu, keselamatan wanita akan lebih terkawal.

Ia memang terbukti dengan reality, di mana apabila penutupan aurat tidak lagi dititikberatkan, malah wanita dijadikan pula sebagai lambang dan
symbol sex, masyarakat kita semakin menjadi haru biru. Di mana, pelbagai gejala durjana seperti sex bebas, rogol, pelacuran, sumbang mahram,
serta pencabulan (kehormatan) berlaku di sana sini. Peratusan kes adalah semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ianya bermula apabila nafsu
dan keghairahan sex dipublisitikan dengan meluasnya di media-media massa serta media-media cetak. Ianya hanya bermula dengan pembukaan aurat. Memang tidak terjangka,dengan hanya kegagalan dalam mentaati suruhan
dan penjagaan aurat, ‘effect’nya begitu besar kepada dunia keseluruhannya. Barulah kita terfikir,betapa agung dan mendalamnya Pengetahuan ALLAH terhadap apa yang diciptakannya. Tiada apa yang sepatutnya kita lakukan melainkan taat.
Itulah yang sewajibnya…

Fikir-fikirkan lah… adakah anda penyumbang keruntuhan moral dan akhlak ‘insan’…

Tuesday, April 04, 2006

no tittle..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah lama jugak tak menaip kat blog ni..suarakan suarahati...tetiba pagi ni rasa semangat nak cerita.

Rasa nak nangis..rasa nak mengadu...rasa nak menjerit...rasa takde semangat nak g keje....rasa tak semangat nak teruskan hidup ni...rasa memcam...sebab apa? sebab rasa dalam hati ni macam tak best je....rasa marah..rasa menyampah...rasa sayang...rasa benci...rasa pelbagai rasa bercampur baur....semua ni berpunca dari seorang lelaki!!!

Susahnya nak jatuh cinta...memang dari sekolah dulu bercinta jatuh cinta memang cuba dielakkan sesangat...sampaikan pernah dicop sebagai 'anti lelaki'. Ye ke??? hakikatnya takla sampai macam tu sekali...cuma geram pada sebahagian lelaki yg suka ambil kesempatan pda perempuan...mudah menyemai kasih dan mudah juga meninggalkan kasih...dari situ, bermulala tugas sebagai kauselor...walaupun hakikatnya tak pernah bercinta...tp, Alhamdulillah selalu memberi kekuatan kepada rakan2 yang memerlukan...tak kisahla masalah cinta ke...pelajaran ke...family ke...kawan2 ke...selalunya memang jadi orang tengah..tolong apa yg terdaya..

kata orang..orang yg susah jatuh cinta ni..bila sekali jatuh cinta..dia akan sayang orang tu betul2...betul ke???rasanya betul la kot...tak nak la komen pepanjang pasal cinta ni...cinta ini tiada akhirnya...cinta ini tak tahu bila mulanya....cinta ini getir jalannya...cinta ini memang menyiksa jiwa...cinta ini......

sedihla....sebagai seorang yg pernah jatuh cinta..sedang bercinta...tak harapkan banyak dari pasangannya, cuma terimala diri ini seadanya....memang tiada manusia sempurna kat dunia ni... dirini punya banyak kelemahan...dri ini banyak kekurangan..

seandainya takdir menentukan cinta ini tidak tiba ke penghujungnya...sudah tiba masanya untuk tidak memikirkan soal cinta dengan manusia lagi...serik??? mungkin kot....tak sanggup dah nak sayang orang lagi.....

end.