Wednesday, November 03, 2010

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan semua...

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Akhirnya...

Akhirnya....setelah sekian lama...dapat gak masuk ofis...rindu betul kat meja yang strategik kat ofis ni. Memang strategik betul...agaknya kalau mengepam pun mesti orang tak nampak :D

Bila dah di ofis, rutin pun macam biasa la...tak perlu rush utk pergi dan balik kerja, tak macam pergi ke site yang keluar rumah awal, dan balik pun lambat sampai rumah.

Wednesday, October 13, 2010

Pelik...tapi benar...

salam ya salam..

Lamanya tak menulis kat blog...bukan tiada cerita, tapi tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Kekangan masa, dan idea juga mungkin salah satu dari puncanya. Tetiba hari ni rasa nak luahkan perasaan...di saat-saat menanti waktu jam 5.30 ptg. Time to go home!!!

2008...takde masalah...2009 pun takde masalah...tetapi, bila tahun ni nak renew roadtax tetiba je nama jadi bertuah sebab kena saman ekor. Mengikut rekod, kesalahan dilakukan pada nov 2008, dan oct 2009. Pelik jugak tu.

Apapun, memang tengah geram...kenapa tetiba kena saman pulak tu? Memang kes aniaya betul!!!!!! Kalau ikut hati tak nak bayar saman....



Note : kesian saya...dan mereka yang mengalami nasib yang sama!!!!

Thursday, September 23, 2010

Tiga amalan beri pahala berkekalan


DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwakafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewakafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Ini bermakna, segala amalan kebajikan untuk kepentingan awam yang dihalalkan dikira sedekah jariah. Pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakukan amal itu.

Kedua, ilmu yang dapat dimanfaatkan - maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Quran dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Ketiga, anak yang salih yang mendoakannya - maksudnya anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang salih dan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan doa anak yang salih kepada orang tuanya diterima Allah.

Di dalam syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud: “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” – (Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Kesimpulannya, ketika masih hidup hendaklah kita sentiasa bersedekah dan membuat amal, khususnya pada perkara yang diberi ganjaran pahala berkekalan hingga ke hari akhirat.


Note :  mak pesan...kalau ibu bapa masih hidup pun kita boleh sedekahkan doa....

Tuesday, September 07, 2010

Selamat hari raya....

Selamat Hari Raya semua...


nota : ampun maaf di atas segala salah dan silap...