Showing posts with label Permata hati. Show all posts
Showing posts with label Permata hati. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Budak zaman sekarang..

Assalamualaikum..

Ketika menonton perlawanan akhir bolasepak antara Malaysia dan Indonesia semalam, masa tu jugalah Asyraf keluarkan bola dan mula menendang bola. Sambil menjerit...GOOOOLLLLLLLll.....konon-konon menghayati la! Apa tidaknya, kagum tengok ibu dan ayah sama-sama berjemaah menonton tv.

Bila, adegan cemas je...saya pun berkata 'Alamak'....'Alamak'...yela, takut Indonesia menambahkan jaringan. Tiba-tiba....Asyraf berkata 'AlaIBU lah ibu....' banyak kali dia ulang...lepas tu saya terfikir...dia cakap macam tu sebab ALAMAK ke? Jadi dnegan bijaksananya Asyraf menggantikan MAK tu dengan IBU...


nota : tak terfikir lak....mcm mana dia boleh fikir mcm tu ek??

Wednesday, April 27, 2011

Si Gajah biru...

Dulu..upin..ipin...pastu BoboiBoy, sekarang ni Gajah Biru pulak. Pantang dia nampak kita berehat sikit je, mulalah si asyraf...'ibu...gajah biru'...dia dah jatuh cinta pada gajah biru pulak. Nak tak nak...dengan rela membiarkan asyraf menonton gajah biru...

Friday, April 22, 2011

Cemas..ada sesuatu dalam hidung..

Tajuk pun dah cemas, tak tau sebenarnya nak buh tajuk apa...dah la dalam hati ni Allah je tahu. Tengah gelisah, gundah dan gulana. Sebagai penyedap hati...jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih baik nasib dari kita. Kerana ia akan menyebabkan kita rasa rendah diri...dan mungkin menyebabkan kita rasa kurang bersyukur. Tetapi jika kita bandingkan dengan nasib orang yang kurang bernasib baik dari kita...nescaya kita akan lebih lapang hati dan rasa bersyukur!!! Betul...test la!! ;)

Thursday, August 05, 2010

Jalan-jalan KL.

KL...atau kuala lumpur...sebenarnya dah lama juga tak ke sana. Kalau urusan kerja tu ada la juga sekali sekala. Tapi, pergi jalan-jalan ni kalau takde ajakan Yong dengan Lope jarang dan susah la nak ke sana. Bukannya apa, banyak nak diambil kira kalau nak pergi...dengan jalan-jalan yang mengelirukan, apa tidaknya silap sikit masuk jalan....mahu berpeluh dibuatnya. Nak cari parking pula bukannya senang, dapat masuk tempat parking per entry tu bagus juga. Kalau kira perjam....sediakan jela duitnya.

Jumaat tu, dengar Ejan nak ke Sogo, malam tu terusulkan cadangan tu pada dear...tengok-tengok dia setuju...tapi rupanya niat dear nak ke Pertama Kompleks hehehe.

MFM...Manhattan Fisherman Market...tak pernah pun terfikir nak makan situ. Personally rasa macam tak best je hehehe tp dah tempat lain penuh nak makan, dan si kecik pun bising-bising sebab lapar...jadi makan je la kat situ hehehe.

Masa balik tu, asyraf tertidur...sambil pegang belon. Dapat belon percuma masa kat Semua House....sape entah tertinggalkan belon kat surau tu.

Nota : memang semua budak-budak sukakan bola dengan belon ke??

Wednesday, August 04, 2010

Dulu...setahun lepas...

Hari ini....pada tarikh hari ini...4 ogos 2010...sudah genap setahun berlakunya kejadian yang tidak pernah disangka dan dijangka akan berlaku kepada saya dan keluarga. Mungkin pada orang lain tarikh ini istimewa, tapi bagi saya dan keluarga ianya merupakan hari yang memang tidak akan kami lupakan sepanjang hayat.
asyraf yang keletihan tertidur sewaktu perjalanan balik dari KL.

Tahun lepas, tarikh hari ini..saya dikejutkan dengan berita yang memang mengejutkan. Ujian itu alhamdulillah telah berjaya kami sekeluarga harungi. Alhamdulillah dengan ujian itu kami lebih menghargai apa yang kami ada. Malah, menjadikan kami sekeluarga lebih dekat padaNya.

Walau sudah setahun, saya masih teringat saat-saat mencemaskan itu...berada di Hospital Serdang, Wad Kecemasan, ICU...walau sudah setahun airmata masih bergenang.
Namun, kami bersyukur.....Allah masih memberi kami peluang kedua...peluang untuk membesarkan Asyraf dan melihat dia membesar seperti kanak-kanak lain. Alhamdulillah!!!

Bagi mereka yang tidak tahu cerita, sudah pasti tidak akan menyangka ianya berlaku kepada si kecil itu. Kelincahan dan keaktifannya seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa. Alhamdulillah...pembesaran dan tumbesarannya normal dan membanggakan. Mulutnya yang becok dan bising juga memang menghiburkan. ;)

Allah Maha Besar....Allah Maha Hebat....disaat insan biasa mengatakan 'tiada harapan'....Allah memberi kami harapan dan jawapan serta jalan. Sesungguhnya tiada kuasa yang dapat menandingiNya.Mintalah pertolongan kepada Allah, kerana Allah sahaja yang mampu membantu kita. 'mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan'



Nota : alhamdulillah....syukur di atas segalanya...

Friday, June 18, 2010

Sukan dalam Islam

Salam ya salam...

Sekarang ni kan musim WC, nak tak nak kena juga la ambik tahu. Walaupun memang minat juga bersukan ni. Dan kekadang lebih rela tgk siaran bola dari cerita lagi. Apapun, bergantung pada siapa yang lawan la. :D Cerita pasal WC ni...Asyraf pun suka main bola. Tak caya??? Tgh malam, pakai baju tidur pun dia main. sepak sana...sepak sini :D






Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-


1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:


“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…”
(60 : al-Anfal)


2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:


“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.”
(247 : al-Baqarah)


3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:


المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير


Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim –sahih)


4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:


مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.


Maksudnya:


“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”

(Hr Bukhari – sahih)
 
5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:


أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.


Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”
(Hr Abu Daud)


6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:


لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه


Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.”
(Hr Bukhari dan Muslim)


Etika sukan dalam Islam


1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).


2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.


3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.


4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:


“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)


5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:


لا ضرر ولا ضرار


Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)


6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:


لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له


Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(Hr Tabrani)


7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:


“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”


Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

Thursday, May 20, 2010

Mana kunci?

Salam ya salam

Tersebutlah kisah pagi tadi, sewaktu nak buka grill saya tak jumpa kunci rumah. Aduhai...mana pulak perginya sang kunci?

Baru teringat petang semalam, Asyraf main kunci tapi tak tersempat nak endahkan sebab sibuk sediakan bahan-bahan untuk makan malam. Laslytly, pagi ni kunci rumah hilang. Dahla pagi tadi, pintu sudah dikunci dari luar....lengkap mangga, gril oleh ayah asyraf. Tgh sibuk2 cari kunci tu, Asyraf sibuk duk ikut jugak. Bila kita tanya dia 'Asyraf kunci mana?' dia tanya kita balik 'Mana?' sambil terjenguk-jenguk gak tolong mencari.

Setelah puas juga berpeluh-peluh...akhirnya kunci rumah dijumpai di kaki meja makan!!!


Note : jangan bagi anak anda main benda-benda penting :)

Wednesday, May 19, 2010

Tanah tinggi...

Tanah tinggi atau highland...atau nama popularnya ialah Cameron Highland merupakan salah satu tempat percutian yang menarik dan ramai orang telah berkunjung ke sana. Apa yang menarik? Cuaca yang agak dingin berbanding tempat lain, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar boleh didapati di sana.

Beberapa minggu lepas, saya telah pulang ke Perak. Disebabkan ada kelapangan waktu, saya dan dear bercadang nak ke CH. Dari KD ke CH ikut simpang pulai lebih kurang dalam sejam je. Maka, hari Jumaat 7 Mei lepas kami berempat (saya, dear, mak dan Asyraf) ke CH.

Disebabkan hari tu Jumaat, jadi masa agak suntuk untuk berjalan..kerana berkejar untuk solat Jumaat. Apapun, best la juga g CH tu...kalau ada rezeki nanti nak tido sana. ;)

Saksikan gambar kat bawah tu..aksi Asyraf sewaktu tunggu ayah solat Jumaat.



Note : mula makan elok je, pastu dia buat jus :D

Monday, April 12, 2010

amalkan budaya membaca!


Gambar ni diambil Ahad lepas, masa nak g Alamanda...khusyuk kemain Asyraf membaca... semoga kekal la sampai dia besar...ameen ya rabb!!

Wednesday, January 20, 2010

Janji...

Salam

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...saya pernah janji nak letak gambar kesan jatuh Asyraf kan?  Kesan yang ada sampai hari ni...tak taula tu parut kekal ke tak...harapnya tidakla...sian dia nanti kalau nak potong rambut pendek2...nanti jadi soalan bg sesiapa yang melihatnya...kalau boleh saya memang dah malas nak buka cerita pasal tragedi tu...memang mimpi ngeri bagi saya dan keluarga.

Asyraf yang tersenyum melayan cerita ayah...

Sebetulnya sehingga saat ini saya amat sedih dan rasa terkilan dengan apa yang terjadi pada Asyraf. Siapalah kita untuk mengelakkannya jika ianya memang dah Allah takdirkan begitu. Kadang-kadang apa yang terjadi itu mungkin menyedihkan, mengecewakan....menggembirakan....atau apa sahaja. Tapi kita kena yakin apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita. Yang terbaik tidak semestinya hanya yang indah-indah dan manis-manis sahaja!!!! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Hmmmm....saya ngeri memikirkan bagaimana Asyraf jatuh. Terdapat dua kesan atau garisan di belakang kepala. Yang saya rasa dan ramai juga berpendapat Asyraf jatuh dan tersadung / terhentak sesuatu. Fuh...sakitnya!!! Cerita sebenar masih tidak tahu sampai saat ini....

Masa awal-awal tu memang bengkak di kawasan yang jatuh tu. Tapi alhamdulillah semuanya dah kembali normal selepas menerima rawatan dengan kak raw dan makan ubat Ling zhi. Alhamdulillah.



Asyraf yang tengah sedih...badan di balut...balut 4-6 jam.


smpi tertidur Asyraf....setelah penat menangis...


opah pangku Asyraf....

Hanya Allah sahaja yang mampu menjaga dan memelihara kita dari mara bahaya....adakalanya ianya dirasakan mustahil...tetapi kun fayakun. Allah huakbar!!!!


Note : terhibur dengan keletah Asyraf sekarang....

Tuesday, January 19, 2010

Hospital Serdang dan Asyraf...

Hospital Serdang (HS) dan Asyraf memang tak boleh dipisahkan. Sejak lahir sampailah sekarang. Sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan bawa Asyraf ke sana, sekadar procedure dan untuk rekod diorang. Minggu lepas jumpa Paeds dan ENT (telinga)...alhamdulillah everything was ok!!!

Semalam pergi HS untuk cek mata....alhamdulillah sudah tiada lagi pendarahan di dalam mata. Dan, semua normal. So, the next appointment is....after 9 mths.



Hmm cerita pasal HS, semalam paling sakit hati....sebabnya saya perlu berpusing-pusing untuk mencari tempat letak kereta. Untung juga ada Asyraf, saya dapat ihsan pak guard yang jaga perumahan staff untuk letak kereta di sana.

Alhamdulillah segalanya baik.
Alhamdulillah syukur teramat kepada Allah.
Alhamdulillah..alhamdulillah.


Note : gambar tiada kaitan dgn HS, tp sesaje nak post.

Thursday, January 07, 2010

Hari Pertama..

Salam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Alamak lamanya tak update blog ni...macam mana ek cara menaip. Lupa plak...

Hari ni hari pertama Asyraf di hantar untuk dijaga oleh pengasuh. Risau bukan main rasa hati. Tapi, nak buat macam mana. I have to! Lagipun, yakin Allah itu ada. 



Buat permulaan, dear masih menjaga Asyraf di waktu dia cuti. Jadi, saya hanya akan menghantar Asyraf kepada pengasuh pada waktu dear bekerja sahaja. Nampaknya ada orang seronok menjaga anak sendiri!!

Alhamdulillah hari pertama Asyraf sudah berlalu, selepas dia diambil oleh ayahnya pukul 11 lebih tadi. setakat ni Asyraf pun ok...tambahan dia sudah semakin suka berkawan ;)


Note : lesen kereta rupanya dah tamat nov lepas....rupanya selama ni bawa kete lesen mati... huhuhuh

Wednesday, December 09, 2009

Jusco Equine...

Salam..

Lepas g kenduri ila hari tu, bawa Asyraf ke jusco. Sementara menunggu dear ambik barang tertinggal dalam kereta..saje la letakkan Asyraf dalam kereta mainan kat tepi pintu jusco tu. Suka benar dia main.Sebenarnya sepanjang kat kenduri ila tu dia tidur...tapi elok smpi jusco dia bangun. Tak sempat pun nak tangkap gambar dan salam dengan ila masa balik...sebabnya...tak larat memangku Asyraf yang tengah tido.  Hanya sempat habiskan makanan je hehehehe

eh eh....


Hmm


senyum...suka hati dapat main....

satu...dua....tiga...

Salam ya salam...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...Semalam rasa perit-perit tekak ni...natijahnya hari ni asyik batuk je banyak kali. Nampaknya Allah nak ambik nikmat sihat daripada saya...insyaAllah sebagai kifarah dosa tu. Ameen ya rabb!!

Sebenarnya cerita asyraf tak habis lagi...cerita sedih. Ada dalam draft tu...tinggal nak click button post je. Tapi, biasala...bila dah tertangguh lama...berat pulak nak tekan button tu. Sabar ye sahabat sekalian. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca cerita Asyraf. Tak kurang juga yang turut risau, memberi kata-kata semangat...malah mendoakan. Asyraf alhamdulillah dah sihat. InsyaAllah dah sepenuhnya.

Tetapi, temujanji di Hospital serdang memang tak habis-habis lagi. Biasala..doc nak pantau. Tak nak tutup kes macam tu je. Dan tak sangka, hari tu kata seorang therapist kes Asyraf jadi study case diorang dalam meeting. Glemer juga saya dan Asyraf...

Ok...ni nak cerita sikit...saya baru je mengajar anak bujang saya ni lagu

satu...satu...Asyraf sayang Allah..
dua...dua...sayang rasulullah...
tiga-tiga.....sayang ibu ayah...
satu dua tiga....sayang semuanya...




Hmm tengok la.....lupa nak pesan...sila abaikan persekitaran dalam gambar tu ye. Di mana ada Asyraf, di situlah ada selerak hehehehe


Aduhai...memang terhibur tengok keletah dia...mulut terkumat-kamit...ikut kita nyanyi...memacam lagu saya dengan dear nyanyikan. Memacam jugakla lagu yang kami reka cipta...hehehe ada rezeki nanti boleh la saya kongsi sesama lagu2 untuk asyraf. :)



Note : tak sabar nak tunggu dia berjalan...berdiri dgn memanjat...memang dah pakar tu...

Wednesday, November 18, 2009

Kisah Asyraf : Wad

sambungan lagi...

Salam ya salam...
Alhamdulillah segala syukur kepada Allah di atas segalanya..

Alhamdulillah berat doa semua, dan dengan izinNya Asyraf di pindahkan ke wad biasa..5B katil 11 pada maghrib 11 Ogos 2009. Bila dah masuk wad automatiknya salah seorang je dibenarkan menjaga anak. Ibu atau ayah. Dan pastinya, saya kena jaga Asyraf...sebab...Asyraf bf. Bayangkan tidur didalam baby cot dengan Asyaf. Muat lak tu hehehe

Masuk wad magrib tu, jadi tumpuan gak sebab special case. Masa tu kat badan Asyraf dah tak banyak wayar-wayar dah. Air tak perlu masuk dah sebab dia dah bf. So dah senang la nak angkat kalau dia meragam dan nak bf dia. Malam tu dia memerap dengan saya sepanjang malam...punyalah rindu agaknya..almaklumlah dah banyak hari dia berpuasa. Tak henti-henti dia menyusu..sehinggakan diapers dia  penuh dan bocor kena cadar hospital hehehehe Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.

Esoknya,doc datang dan beritahu saya perlu berbuat sesuatu untuk anak. Meminta cuti untuk satu tempoh masa yang lama kepada majikan. Siapa yang sanggup menjaga bayi yang tidak sihat? Di sini ibu dan bapa memainkan peranan paling penting....berkorban. Korbankan kerjaya untuk menjaga anak tersayang.

Sepanjang di wad Asyraf sihat dan tidak demam. Selera makannya juga amat memberangsangkan. Mampu menelan bubur dengan baik. Kencing dan berak juga tiada masalah. Cuma, Asyraf selalu merengek-rengek di waktu malam. Sewaktu di wad, baru saya perasan ada dua kesan/parut di belakang kepala Asyraf. (gambarnya nanti akan di upload kemudian) Jadi memang pasti Asyraf terjatuh dan terhantuk sesuatu. Kesan hentakannya juga pasti kuat...jika tidak, tidak mungkin akan terdapat kesan yang seperti itu. Memang saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jatuh. Jatuh setinggi mana. Sekuat mana. Dan bagaimana. Bila mengenangkannya hati saya jadi sedih dan ngeri...tak dapat saya bayangkan!!

Terpandangkan Asyraf saya amat sedih...memikirkan bagaimana nasib dan keadaannya pada hari esok. Alhamdulillah ada suami, ibu bapa, adik beradik, sahabat handai yang tak putus-putus memberikan semangat. Ujian ini juga menjadikan saya semakin dekat denganNya. Ya, padaNya sahaja tempat saya berkongsi segala rahsia hati saya.

Pagi Jumaat...hari ketiga Asyraf di wad. Doc dah beritahu di awal pagi..jika tiada apa-apa insyaAllah Asyraf sudah dibernarkan keluar pada hari ini. Keadaannya yang baik juga menjadi faktor utama untuk dibernarkan keluar disamping keadaan di hospital yang terdedah dengan penyakit dan virus lebih membimbangkan jika Asyraf ditahan lebih lama.

Sedang menunggu pihak hospital sediakan dokumen yang sepatutnya, saya menyanyikan lagu 'cak cekur dang gamit...mintak cekur bagi kunyit' kepada Asyraf. Tiba-tiba....Asyraf tersenyum. Ya Allah gembiranya hati....seakan Allah memberikan satu tanda...ada sinar harapan kepada saya. Dia tersenyum....itulah senyuman pertama yang saya rindukan setelah hampir 2  minggu dia di hospital. Semasa di ICU, saya merindukan suara tangisan Asyraf...lantaran doc yang memberikan Asyraf ubat tidur untuk berehat selama 48 jam. Kini,senyuman pula hadir di bibirnya. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah petang itu, Asyraf sudah dibenarkan keluar.

Asyraf 11 bulan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya...apa khabar semua?  Alhamdulillah  kami sekeluarga sihat sejahtera...terima kasih kepada sahabat-sahabat yang prihatin, memberi komen, bertanya khabar dan sebagainya.

Alhamdulillah..semalam Asyraf genap 11 bulan. Alhamdulillah...syukur Asyraf dah sihat seperti biasa. Development pun alhamdulillah tak delay...dan yang pasti..dia semakin nakal!!!


InsyaAllah ada kesempatan saya akan bercerita lagi sambungan cerita...yang sememangnya panjang. Yela, nak menaip kena ada feel gak hehehe 






Note : terima kasih Allah di atas segalanya...

Saturday, November 07, 2009

Kisah Asyraf : ICU III

sambungan lagi..

Salam ya salam...

Apa khabar semua? Rasa seronok pula nak bercerita....lagipun, sementara Asyraf tidur lagi tu. Boleh la saya mencuri masa sedikit. Malam semalam bukan main liat dia nak tidur, sibuk bermain ke sana sini..ke hulu ke hilir semua tempat dia nak pergi. Akhirnya saya tunggu dia penat betul. 12.30 malam baru dia tidur :D

Sepanjang Asyraf di ICU, setiap saat itu amat mendebarkan. Kecemasan di mana-mana. Semua pesakit keadaannya kritikal. Saat yang paling mendebarkan sewaktu jiran katil Asyraf, katil 12...seorang kanak-kanak berumur 2 tahun meninggal dunia, kerana demam panas. Adik Zikri itu dimasukkan ke ICU pada hari sabtu 8/8/09 (sehari selepas Asyraf masuk ICU), dan berada di dalam keadaan tidak sedar/ koma sejak itu. Sehingga pada petang Isnin....adik Zikri dijemput mengadap Kekasih yang sejati. Allah lebih menyayangi dirinya. Suasana memang cemas...macam-macam boleh terjadi di ICU.

Ahad 9/8/09..selepas 48 jam ubat sedatif mula dicabut dari Asyraf. Asyraf mula menggerakkan tangan, menguap...bergerak-gerak apabila diganggu. Alhamdulillah...walaupun masih ada kesan ubat tidur itu padanya tetapi melihat dia  bergerak membuat saya berlapang dada. Dan doc mula membenarkan saya membekalkan susu kepada Asyraf, kerana dia sudah mula boleh minum.

Hari Isnin, saya dibenarkan tidur di dalam wad ICU..walau hakikatnya tak tidur sangat pun...sebabnya asyraf sudah pandai menangis...dan meragam. Kesan ubat sudah semakin hilang, dan alhamdulillah asyraf sudah bernafas sendiri, tanpa bantuan mesin. Saya menemankan dia di katil, cuba menenangkan asyraf jika dia menangis...mungkin kerana sakit dan kelaparan. Apa tidaknya doc hanya membenarkan 10ml diberikan kepada dia setiap 3 jam. Fuhhh...manalah cukup.

Selasa, doc beritahu...asyraf sudah melepasi tahap kritikal. Dan mungkin akan dibenarkan ke wad. Saya memohon kepada doc untuk direct feeding kepada Asyraf. Tak tahan melihat dia selalu menangis. Lapar. Setelah puas juga berbalah, saya dibenarkan direct feeding tapi kena demo dulu depan doc. Doc risau, sebab ada kes baby lupa cara nak breastfeed sebab puasa yang lama. Alhamdulillah...doc  berpuas hati. Dan saya dibenarkan direct feeding kat Asyraf. Barulah dia diam...lapar rupanya anak ibu!!

 Menjelang maghrib, Asyraf dipindahkan ke wad  biasa...alhamdulillah.

Kisah Asyraf : Bantuan Allah I

sambungan

Secara jujurnya, saya tidak mahu berkongsi kesedihan saya dengan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekiranya ia berita gembira, sebagai contoh berita kelahiran, kejayaan, kesyukuran ...alangkah indah sekali jika dikongsi bersama semua orang lain. Tetapi, ini berita sedih...anak saya sekarang berada di icu. Berada di dalam keadaan kritikal.


Kedatangan ibu, ayah, kakak-kakak, adik, ipar duai, kawan-kawan ayah mak, sepupu sepapat, saudara mara secara tidak langsung memberi semangat dan kekuatan kepada saya. Disamping ada Dia sebagai tempat mengadu yang utama. Alhamdulillah ujian ini saya dan dear terima dengan sabar...dan tabah...walaupun memang berat dan tak tertanggung perasaan.

Hari ke-3 di icu, saya mendapat kekuatan daripada emak untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai kisah asyraf. Minta mereka doakannya bersama.InsyaAllah apabila lebih ramai berdoa, lebih cerah harapan itu. Saya pun mula menghantar sms (tidak termasuk kawan sepejabat...sebab depa mmg dah tau), ramai yang respond...terima kasih. Salah seorang sahabat saya Syifak nama panggilannya, menelefon dan bertanya cerita sebenar.
Dia menawar bantuan, ye..salah satu usaha. Dia mengesyorkan Asyraf diberi makan lingzhi...dan yang paling mengharukan dia sanggup datang dari Subang bersama anaknya pukul 2330 malam tu semata-mata untuk menghantar ubat. Allah huakbar!!!! Hampir 4-5 tahun juga tak jumpa Syifak walaupun kami dah banyak kali bercadang untuk berjumpa. Dan akhirnya kerana Asyraf kami berjumpa.


Berbekalkan niat untuk menolong Asyraf, dia sanggup datang di luar waktu melawat. Membuat rayuan kepada security untuk berjumpa saya di ruang menunggu ICU.  Mungkin orang lain pernah dengar lingzhi, tapi bagi saya itu pertama kali. Syifak menegaskan ubat itu wajib diberi kepada Asyraf walau macam mana pun secepat mungkin. Time is running. Sebab tu dia sanggup datang dari Subang untuk menghantar ubat itu, walaupun sewaktu dia menelefon maghrib tu hanya bertanya khabar.

Saya memang dah berbincang dengan dear untuk berusaha apa cara sekalipun demi Asyraf. Tidak boleh semata-mata mengharapkan ubat-ubat hospital. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Bantuan tiba dnegan segera.

Selepas Syifak pulang, saya  membuka kapsul ubat itu dan membancuh dengan susu, kemudian meminta kepada nurse yang bertugas malam itu memberikan susu berkenaan kepada Asyraf. Oksigen yang bersih dan pengaliran darah yang mencukupinya perlu segera sampai ke otak Asyraf. Pahitnya ubat itu hanya Allah yang tahu. Tetapi waktu itu Asyraf feeding melalui tube. Jadi tidak memberi masalah terhadap rasa.

Alhamdulillah keesokan harinya Asyraf sudah berak, berak yang hitam..tanda-tanda lingzhi sudah mula bekerja di dalam badannya. Dan sisa toksid itu suda mula dibuang dari badan. Alhamdulillah.

Tuesday, November 03, 2009

Kisah Asyraf : ICU II

sambungan

Salam ya salam

Lama pulak terhenti cerita...mula ingat tak nak sambung..sebab dah penat bercerita pasal ni.. tapi memandangkan dah dibuka. Kena juga la tutup. Ye dak??

Ok...berbalik cerita kat icu, saya dan dear berkampung kat bilik menunggu. Waktu melawat je mesti masuk menjenguk, tak waktu melawat pun saya minta juga jasa baik mak guard tu tlg benarkan masuk. Sedih, sayu, pilu je tengok Asyraf kat katil 11 tu. Wayar berselirat sana sini, baik je dia baring atas katil. Memang la baik...doc tidurkan dia 48 jam. Nak rehatkan otak dia. Dan doc siap pesan, kalau boleh jangan sentuh dia..sebab tak nak ada rangsangan dari luar...huhuhu ibu mana yang sanggup tak usik anak kan? saya usik juga. Cium. Cakap2. Ngaji. dan sebagainya.

Selama beberapa hari tu saya mula terngiang-ngiang suara dia menangis, walhal dia ditidurkan. Sebak je rasa. Jadi popular lak kat situ, sebab ada 2 je kes bayi, sorang lagi baby tu suspect H1N1...tapi baby tu dalam bilik kaca.

Ini merupakan dugaan paling besar untuk saya dan dear, tidak sesekali menyangka akan diuji sebegini berat. Malah, saya sudah boleh menerima apa jua yang bakal berlaku. Redha dan pasrah. Saya mendoakan yang terbaik untuknya. Walaupun mungkin ianya berat untuk dihadapi.

Friday, October 23, 2009

Kisah Asyraf : ICU I

sambungan..

Khamis, 6/08/09..menjelang petang Doc tak  puas hati sebab kenapa asyraf kena fit, hampir-hampir juga Doc mengesyorkan untuk diambil air tulang belakang kerana menjangkakan Asyraf diserang meningitis, jika lakukan prosedur itu virus lebih senang dikenal pasti. Selepas zohor datang 2 orang pakar mata. Dr Mukhlisah dan sahabatnya membuat pemeriksaan pada Asyraf. Ketika itu, asyraf diberi antibiotik..dia tidur. Rindu nak susukan dia.

Doc memeriksa Asyraf, mendapati ada internal bleeding di matanya. Di kedua-dua belah mata. Masa tu, saya tak mampu menahan perasaan, membayangkan apa sebenarnya terjadi kepada Asyraf. Kenapa teruk sehingga sebegini? Saya cuba membayangkan kesakitan yang dialaminya. Sehinggakan pada malam sebelum tu, dia menangis sepanjang malam. Ya Allah...tangisan yang sayu dan amat memilukan hati. Tidur hanya beberapa minit. Menangis berpanjangan.

Petangnya, doc decide nak buat sekali lagi CT-Scan. Seperti yang mereka jangka. Result +ve. Malam tu, Asyraf semakin kerap diserang fit. Akhirnya Doc decide Asyraf perlu dimasukkan ke ICU untuk diberikan bantuan pernafasan. Menurut Doc, kadar O2 yang tidak cukup di otak itu menyebabkan Asyraf diserang sawan, tambahan pula badannya semakin pucat kerana hb yg semakin berkurangan. (menunjukkan darah pergi ke otak akibat pendarahan tu).

Saya menelefon dear yang ada di rumah pada pukul 2am, memintanya datang ke hospital dgn kadar segera. Kami berdua tidur di ruang menunggu ICU menanti doc membuat pemeriksaan dan memberikan bantuan kepada Asyraf. Saya telah sms semua ahli keluarga memberitahu keadaannya.


 Pagi Jumaat tu, pukul 9am, kami diminta masuk. Dr Nora, Ketua Jabatan memberitahu keadaan Asyraf yang sebenarnya. "Anak puan, keadaannya kritikal tetapi stabil. Stabil kerana kami memberi 100% bantuan di sini. Saya terpaksa berterus terang bahawa peluang untuk anak puan kembali seperti sedia kala amatlah tipis. Bahkan kebiasaannya kes sebegini berkakhir dengan kematian. Kalau hidup pun, jadi cacat."



 Tanpa segan silu kami menangis di hadapan Doc. Mengenang nasib Asyraf yang tidak diketahui. Kemudian Doc menyambung lagi.
"Kami tidurkan dia selama 48 jam, untuk bagi otak dia rehat.Lepas tu kita tunggu progress badan dia. Setakat ni di ICU dia dah tak fit lagi. Kami juga dah masukkan darah kepada dia. Apapun kita tunggu."

Kami membuat police report seperti yang disuruh doc.
Menjelang petang Jumaat, sudah semakin ramai yang datang menziarah, kawan pejabat, sepupu, saudara mara, malah kawan-kawan mak ayah.


bersambung...

Note : terima kasih kepada Kak Aya kerana mengambil gambar Asyraf sewaktu di icu. Ada juga kenangan di situ,