Thursday, July 31, 2008

Golongan Ahli Syurga - Dijodohkan Di Syurga

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Monday, July 28, 2008

Thanks Aina!

 
Salam ya salam...Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya. Hari ni, hari permulaan kerja untuk m inggu ini. Dan minggu ini juga merupakan minggu terakhir di dalam bulan Julai. Wah, cepatnya masa berlalu...memang tak sangka. 
Telah ditakdirkan oleh Allah pada hari Jumaat lepas, Aina telah belanja saya dan Dayah makan. Makan Malam!! Memang tak sangka, sebab itu bukan dalam perancagan asal. Asalnya, pulang dari kerja saya nak pergi ke pasar malam berhampiran rumah untuk membeli stok lauk. Kebetulan pula dear bekerja sampai 11 malam. Kesempatan itu digunakan oleh Aina dan Dayah untuk menjemput saya ke rumah mereka di Kajang.
Sampai di rumah diorang dalam pukul 6 lebih, selepas maghrib kami bertiga pergi ke Sate Kajang Hj Samuri.  Saya dan dayah memang tak lepaskan peluang, penghargaan yang kami berikan ialah....makan sampai habis hehehehe Terima kasih Aina, atas belanja itu. Jangan lupa belanja lagi...hehehe


Siap bawa bekal untuk orang rumah sekali hehehe thanks again Aina!!!







Nota: Semoga Allah memurahkan lagi rezeki Aina...ameen ya rabb!!! hmmm...tetiba teringat nasi ayam air tangan AIna....sedapppp!!!

Thursday, July 24, 2008

Fakta..fakta.... I


1. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

2. Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

3.Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia


4.Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

5. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

6.Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

7. Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

8.Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

9.Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

10.Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

11.Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.

12.Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.

13. Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

14. Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya

15.Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang.

16. Diet Panda ialah 99% buluh.

17. Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.

18.Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.

19. Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).

20.Cengkadak hanya mempunyai satu telinga

Tuesday, July 22, 2008

Kongsi Emel

Hari ni, tengah mengantuk (petang-petang biasala) terdetik nak cek email. Ada satu email daripada seorang sahabat lama. Subject email memang kelakar 'port baru untuk polis trafik'. 
Gambar kat atas tu, diambil di Sabak Bernam. Di gerai seorang makcik.




Jadi, usah menyangka air yang tenang tiada buaya. Macam tadi balik dari putrajaya nampak ada polis trafik sibuk dgn video untuk perangkap halaju kenderaan berhampiran dgn hospital Serdang. Wah-wah memang kena lebih berhati2 ni...

Monday, July 21, 2008

Dijamin Masuk Syurga

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a.  Pemimpin yang adil.

b.  Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.

c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.

d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”

f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.

g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.