Friday, December 29, 2006

Bengkel UML

Hari ni seharian ada bengkel UML, hmm..pagi sampai petang..dahla pagi tadi baru nak kemas barang bawak balik hehehe bengkel start pkl 9. Saje datang ofis lewat. lewat2 pun, paling awal gak hehehe 8.30am.

Penceramah jemputan dari UNITEN, En Azlan..teori+praktikal terus bengkel ari ni.
Satu je isu ari ni...boleh ke balik 5.30...sebab nak keja ke subang pas ni. huhuhuhu malam ni nak balik KD. tak sabar nak balik sebenarnya...dah berhari2 takde selera makan....ditambah dengan keseorangan perempuan kat ofis...so, terbantut selera nak makan.

Eh, citer pasal balik pulak...bengkel UML ni akan diterapkan dalam syarikat untuk penggunaan UML pasni. Nampak mudah, sebab guna software RS..Rational Rose.



Note : hati dah kat rumah dah ni hehehehehe

Thursday, December 28, 2006

Selamat Bejuang Aisah!!


Bersendirian..menerima hukuman meninggalkan kau sendiri hehhehee
teringat lak lagu Dato' CT...

Bukan nak nyanyi sebenarnya cuma nak cerita kesedihan rasa hati...selama ni berdua kini seorang...pergi kerja seorang, makan seorang, balik seorang...dan yang pasti apapun SEORANG.
Selamat berjuang cikgu Aisah (zikril yg panggil cikgu, secara tak langsung terikut gak).

SEmalam bermula la espisod seorang...satu-satunya pompuan di company!! hebat tak?? best ke dikelilingi lelaki-lelaki?? ada best ada tak best...rasa janggal la jugak...tapi nak tak nak perjuangan diri sendiri perlu diteruskan...berbakti kepada syarikat kesayangan!!

Didoakan semoga Aisah memulakan episod barunya di tempat baru dengan lebih ceria dan berjaya. ameen ya rabb!!

Cerita kat dia...dia tanya kenapa sedih sangat?Saya hanya menjawab...siapa yang kehilangan memang terasa sedihnya. :(


Note : patah tumbuh hilang berganti...tp tak sama dengan yg dah patah..

Wednesday, December 27, 2006

sendiri..

sendiri lagi....

Tuesday, December 26, 2006

Siti Hajar dan Asmadi - 23 Disember!

Kami mengucapkan selamat pengantin baru.
Kami mendoakan agar dikau bahagia..
Dapat zuriat dan meramaikan umat Muhammad...

Tahniah kepada Siti Hajar dan Asmadi..!!!
Semoga perkahwinan berkekalan ke akhir hayat..ameen ya rabb!!
---------------------------------------------------------------------

Perjalanan dimulakan seawal jam 9am, sabtu...saya, kak ju, aishah dan zira..kami mengambil jalan lama..ikut jalan ulu yam. Alhamdulillah sampai ke rumah pengantin pada pukul 11 lebih. Banyak jugak kisah kelakar di rumah pengantin...hanya kami berempat je yang tahu hehehe

Apapun, thanks kak ju...sedap kek tu!!
Thanks aishah dan zira...

Note : musim orang kawin sekarang..

Friday, December 22, 2006

Doa untuk ibu dan bapa...


""Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman
kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,

Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku
berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

AMIN.."