Friday, September 12, 2008
Alhamdulillah...hari ni kita dah berada di Ramadhan ke-12. Sedar tak sedar je kan? Kita dah nak masuk ke pertengahan ramadhan. InsyaAllah kerja pun dalam 2 minggu je lagi. Pastu mesti dah ramai orang mula nak cuti raya.
Rabu lepas (10/9/08), kami warga perempuan kat ofis menganjurkan satu jamuan berbuka puasa di Restoran Village View kat Bangi. Perempuan anjurkan, tp digalakkan membawa pasangan memasing. Almaklumlah dah malam, mana boleh anak dara keluar sorang2. Tambahan lak, dapat gak berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Alhamdulillah majlis itu berjalan lancar dengan jayanya. Terima kasih kepada Dayah dan Pae yang bersusah payah menelefon dan pergi booked kat sana.
Ahli yang turut serta :
Suria dan Khairil, Ejan dan Mapet, Wardah dan Wahid, Edot dan Zurin, Pae dan Aishah beserta Kayah, tak dilupakan juga Dayah dan Subarunya. :D
Note : Pasni pertemuan raya la plak...hehehe eh, singgah sahur tak nak ke???
Wednesday, September 10, 2008
Awasss...Pencuri dalam solat!!!

Kenapa ramai di antara kita mencuri di dalam solat. Perkara ini sering berlaku pada empat ketika iaitu ketika ruku’, i’tidal, sujud dan ketika duduk antara dua sujud. Di dalam pemerhatian saya, perkara ini paling kerap berlaku ketika i’tidal.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pencuri yang paling jahat ialah yang mencuri di dalam solat; tidak menyempurnakan ruku’nya dan sujudnya.”– Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Al-Tabarani dan Al-Hakim.
Suatu ketika Rasulullah melihat seorang yang tidak sempurna ruku dan sujudnya. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Kalau dia mati dalam keadaan begini, matinya tidak di dalam agama Muhammad. Dia solat mematuk-matuk seperti burung gagak mematuk darah. Perumpamaan orang yang tidak sempurna ruku dan sujudnya mematuk-matuk adalah seperti orang lapar yang makan satu atau dua butir tamar yang tidak akan mengenyangkannya.”– Riwayat dari Abu Ya’la, Al-Ajiri, Al-Baihaqi, Al-Tabarani, Al-Diya’ dan Ibnu Asakir.
Mati tidak dalam agama Muhammad, maksudnya apa…? Ini kes berat ni…!
Lagi sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Allah tidak akan memerhati solat hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya di antara ruku’ dan sujud” – Riwayat Ahmad dan Al-Tabarani.
Maknanya; Bagi orang yang tidak melakukan i’tidal dengan sempurna, Allah tidak mengambil kira solatnya.
Untuk menjelaskan lagi, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang telah disebutkan tadi, marilah kita perhatikan beberapa lagi maksud potongan hadith yang berkaitan.
“Apabila kamu ruku’, letakkan telapak tanganmu di atas lutut dan luruskan belakangmu dan tetapkan ruku’mu.” – Riwayat Ahmad dan Abu Daud.
Tetapkan ruku’mu; bermakna bertenang seketika (thoma’ninah).
“Solat seseorang tidak mendapat pahala sehinggalah dia meluruskan tulang belakangnya di dalam ruku’ dan sujudnya.” – Abu Awanah, Abu Daud dan Al-Sahmi.
“Tidak sempurna solat seseorang sehinggalah ia membaca takbir, lalu ruku’, kemudian membaca sami’Allahulimanhamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya), sampai dia berdiri lurus.”– Abu Daud dan Al-Hakim.
Ramai orang tidak sempat berdiri lurus ketika bangun dari ruku’. Mereka cuma angkat badan sedikit dan terus sujud. Maknanya tidak ada i’tidal (berdiri lurus setelah ruku’) dalam solat mereka; sedangkan i’tidal adalah rukun.
“Apabila bangkit, tegakkan tulang belakangmu dan angkat kepala sehingga tulang-tulang kembali ke sendinya.” – Al-Bukhari, Muslim, Al-Darimi, Al-Hakim, Al-Syafi’e dan Ahmad.
“Apabila sujud maka mantapkan muka dan tanganmu sehingga tulang-tulangmu kembali kepada kedudukannya.” – Ibnu Khuzaimah.
“Tidak sah solat orang yang tidak menyentuh hidungnya ke lantai sepertimana dahinya menyentuh lantai.”– Al-Darqutni, Al-Tabarani, Abu Naim.
“Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggah dia sujud sampai tenang persendiannya, lalu mengucap Allahu Akbar, mengangkat kepalanya sampai duduk dengan tetap.”– Abu Daud.
Begitu juga pada keadaan sujud dan duduk di antara dua sujud, memerlukan thoma’ninah (bertenang seketika).
Marilah kita perbaiki solat kita supaya segala rukun-rukun dilakukan dengan sempurna, terutama pada rukun-rukun yang pendek, iaitu ruku’, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tentukan adanya thoma’ninah dalam setiap rukun setelah memperbetulkan kedudukan.
Semuga dengan panduan ini kita dapat memperbaiki amalan solat kita.Mudah-mudahan solat kita diterima Allah.
Rujuklah kepada guru-guru atau para imam bagi mendapat kefahaman yang lebih baik.
Sekian, semoga Allah mengurniakan kita taufiq serta hidayah. Wassalamu’alaikum.
Friday, September 05, 2008
Semalam...
Salam...
Dalam beberapa hari ni memang tiap2 hari hujan. Semalam pun sama, alhamdulillah masa tengahhari tu keluar dgn Ejan dah bawa payung siap2. Jadi, petang tu masa balik dapatla menyelamatkan baju, kepala dan beg dari basah. Jalan kat parking tu pun dah ditenggelam air. Alhamdulillah pakai selipar asadi hehehe jadi dapatlah menyelamatkan dari tergelincir dan sebagainya...hehehe macam iklan tuu la!!!
Takde apa nak kejar sangat semalam, sebab berbuka sensorang. Masa dalam perjalanan balik tu sempatla mendengar Ikim.fm. Selalunya memang selalu skip kalau lebih banyak cakap dari lagu...cepat2 ubah radio lain. Tapi entah semalam, dibukakan pintu hati oleh Allah nak dengar ruangan tajaan tu. Anis! Tetamu jemputan dia Ketua Editor Anis, Pn Jalilah. Bicara tentang bulan ramadhan dan AlQuran. Hampir 10 min juga saya sengaja tak keluar dari kereta walau dah sampai ke rumah.

Saya tertarik dgn banyak point Pn Jalilah tu...antaranya
1. Jadikan Al Quran (AQ) sebagai kawan kita...bukan sebagai kenalan...maksudnya selalulah membaca dan mendampingi AQ. Sebab hanya kawan akan bantu kawan bila kawan berada dalam kesusahan.
2. Sesiapa yang lancar membaca AQ, perlu membaca sekurang-kurangya 100 ayat sehari. Jika tidak, AQ itu sendiri akan mencela kita. Nauzubillah. Tetapi ada kelonggaran kerana Allah itu Maha Memahami dan Maha Penyayang, bacalah sekadar termampu cuma jangan tinggalkan terus.
3. AQ itu sendiri mempunyai roh.
4. AQ merupakan tinggalan Nabi Muhammad selain sunnah. AQ lah pegangan kita.
5. Tanamkan sifat suka membca AQ di dalam diri dan keluarga kita.
6. Jika kita lupakan AQ, dia turut melarikan diri dari kita. Sebab tu kalau perasan banyak ayat2 atau surah2 yang kita lupa..mungkin antara faktornya sebab kita jarang baca Quran.
Banyak lagi, tapi maaf tak mampu nak senaraikan kat sini sebab tak ingat sangat. Tp, pendek kata jadikanlah AQ itu sebagai kawan baik kita. Kawan di masa susah dan di masa senang. Dan JAGA lah al Quran.
Nota : Baca al Quran insyaAllah hati akan tenang....

Tuesday, September 02, 2008
Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Hujung Minggu
Sabtu lepas saya dan dear pulang ke KD. Kesempatan diambil kerana untuk menziarah emak yang tidak sihat dan menyambut awal ramadhan bersama keluarga tercinta. Sampai di KD dah pukul 3 lebih. Yong sekeluarga memang dah sedia ada kerana mereka sampai seawal jam 10 pagi. Alhamdulillah mak dah semakin sihat.
Nyahli sampai pukul 9 malam. Berkumpul lah hampir semua walau takde cik nur dan yang.
Semalam, hari pertama puasa dan selepas berbuka baru bertolak balik KL. Memang best duk KD sampaikan rasa macam tak nak balik KL. Kalau tak kuat semangat tak tau la hehehehe
Tahun ni kali pertama berpuasa bersama dear, bersahur bersama...dan sudah tidak keseorangan lagi!!!
Nota : mega sales of ibadah....
Salam ramadhan!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)