Monday, February 05, 2007

Mata Mengantuk??


'Awak ngantuk ke?' sapa seorang rakan kepada saya.
'Eh..takla' mestila nafikan walau hakikatnya saya mengantuk hehehe kantoi la kan kalau ngaku.
'Kenapa?' saya bertanya...tak puas hati, sebab masa tak ngantuk ni dia bertanya pulak. Masa kita ngantuk tak tanya hehehe
'Takdela, nampak mata layu semacam je..' tambah kawan saya tu lagi.

Sudah kerap kali juga saya ditanya soalan yang serupa, atau berbau maksud yang sama. Kenapa? bukan kehendak saya untuk mempunyai mata mengantuk ni? hehehehe

Apapun, ramai juga orang yang terkecil hati...terpikat mungkin....terberi hati...ter ter macam lagi kerana mata anugerah Allah ni. Terkecil hati kerana disangkanya saya menjeling....mungkin kerana bukaan mata yang kecil dan bila kita melihat satu benda dengan sekilas sahaja ia seakan menjeling? betul ke? tapi itulah hakikatnya...

Saya bukan nak membela ahli-ahli persatuan mata mengantuk/kecil/kuyu..cuma, berpendapat...apa yang kita lihat tu tidak semuanya benar. Memang mata tidak berbohong, tapi cuma jangan tersalah anggap dengan apa yang kita lihat. Setuju???




Note : ngantuk ni sebenarnya....heheheh

EDMS

Electronic Document Management System....

Penat betul mencari maklumat pasal benda Allah ni...dah la takde keje sangat ni...rasa nak terpejam je mata ni...hehehe

Citer hujung minggu!

Alhamdulillah...program jejak kasih berjalan dengan lancar. Selama 2 hari program itu berjalan...dan alhamdulillah.

Sabtu, seawal 10.30 bertolak dari subang...antar yong dan family kat Bandar Tasik Selatan. Diorang nak naik erl ke KLIA. Lepas antar diorang balik rumah sewa, angkut barang sampai 2x. Yela dah lama berkampung kat subang. Pastu iron baju..dan dalam pkl 1 keluar. G Cheras Jaya pulangkan cd hanafiah..g jusco beli hadiah untuk kawan dia, yang kawin esok. Balik rumah pkl 7 pm.

Ahad, keluar pkl 11.30...kemudian sampai 12.30 kat komuter Shah Alam...pastu g kenduri. Hari ni berpeluang berkenalan dengan kawan2 dia...alhamdulillah ada kawan. Dan dapat kawan baru.
Paling tak sangka boleh pulak jumpa anak mak teh Serting, dan terjumpa Suzaini dan Bak... apalagi, jumpa dan jawab jela soalan yang ditanya hehehe

Terisi juga masa hujung minggu...apapun tak sabar nak balik KD raya cina nanti. :)



Note : Ya Allah, permudahkan segala urusanku dan keluargaku...ameen ya rabb!!

Friday, February 02, 2007

Berkorban Demi Cinta??

Berkorban Demi Cinta
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


Hmmm, lagu ni Hijjaz nyanyikan. Dan seperti biasa lagu-lagu dari Hijjaz memang menusuk kalbu dan menyentuh hati. Bukan lagu ini ingin saya bincangkan kat sini...tapi kaitan antara berkorban demi cinta dengan posting kali ini.

Kita sanggup lakukan apa sahaja demi untuk orang yang kita cinta. Bersusah payah demi untuk sesuatu yang kita suka...dan yang kita sayangi. Setuju??? Tolong jangan sempitkan fikiran kita dengan perkataan cinta tu sendiri. Kerana apabila soal cinta diketengahkan, pasti ramai yang berfikir cinta....cinta adalah seorang kekasih kepada kekasihnya. Buka minda dan fikiran...cinta itu terlalu luas dan subjektif. Cinta itu boleh jadi kepada manusia, binatang, bukan benda hidup dan cinta hakiki padaNya.

Ikhlaskah kita?

Bukan cinta Biasa???

Alhamdulillah..segala puji bg Allah di atas segalanya..cuma entah kenapa masih ada terasa kurang selesa di tekak ni. Kenapa? Nak kata antibiotik tak habis makan..memang habis dah..nak kata kurang minum air...tak leh sebab memang kuat minum air.
Dugaan betul...

Pagi tadi bergerak 6.30 dr subang...antar lope kat LRT. Pastu balik rumah, ambik pass keje...pastu dtg ofis..pastu gi bank ambik duit sat...pastu g perodua..nak servis kete. Alhamdulillah pkl 10 dah selesai. Pastu g giant kat taman impian ehsan tu sat. beli kerisik...entah tetiba je dapat arahan minta beli kerisik hehehe sebab cadang nak g subang lagi. Esok baru balik sg besi..pepagi nak balik sg besi. Sebab ada program ERAT :)

Hmm...Tajuk macam best je....bukan cinta biasa!!!

Entah kenapa dua tiga menjak ni ada perkara yang sedang hangat difikirkan dan dibincangkan...dan perlu didalamkan perbincangan. Almaklumlah perkara besar. Tolong doakan semoga semuanya berjalan lancar....ameen!!!



Note : cinta luar biasa....tak pernah bercinta???