Alhamdulillah...sedar tak sedar kita sudah memasuki minggu kedua untuk tahun 2007. Cepat sungguh masa berlalu.
Hujung minggu berlalu dengan jayanya :D
Di penuhi dengan aktiviti yang sememangnya berfaedah..seperti menuntut ilmu dan program eratkan ukhwah. Saya tak nak ceritakan secara terperinci, cuma nak kongsi bersama apa yang saya rasa semalam.
Saya tak ingat pukul berapa, tetapi waktu itu saya sedang melakukan beberapa kerja dalam satu masa, seperti membuat kerja di komputer peribadi dan mengintai2 cerita kartun di televisyen. Tetiba telefon kesayangan saya berbunyi menandakan dapat mesej/sms. Dengan hati berdebar-debar saya membuka sms dan membaca
'Salam, awak dah bangun ke? saya bosan ni. Jom kita jalan-jalan'
Saya pun membalas sms berkenaan dan membuat temujanji dengan isnsan yang berkenaan.
Selang beberapa minit..sms lain pula masuk...berbunyi..
'Call plz.....ada berita buruk nak bgtau...'
Dengan sepantas kilat saya menelefon insan yang berkaitan...dengan perasaan cemas. Di kepala saya berfikir, dan terfikir..apa berita buruk yang dihadapi oleh sahabat saya. Sambil di dalam hati berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku. Telefon diangkat dan sahabat saya berkata sambil ketawa...'awak tak baca sms tu sampai habis ke?'. Saya terdiam...dan kami mematikan perbualan.
'Call plz.....ada berita buruk nak bgtau....
Tahniah kerana anda telah berjaya dalam rancangan wakenabeb..apalagi, send la sms tu kepada kawan-kawan. Mari kita lihat berapa ramai yang tak baca sms sampai habis hahahaha'
Rasa nak menjerit baca sms tu sampai habis....dan saya benar-benar tak sangka sms tu berjaya menipu saya. Dengan perasaan geram yang masih ada saya menghantar sms tu kepada dua insan terpilih...cik nur dan yong. Dengan sepantas kilat yong menelefon saya...nak tergelak pun ada...dan suaranya cemas bertanya. Rasa berdosa pula mengenakan kakak sendiri hehehehe cepat-cepat saya minta maaf dan meminta yong membaca sampai habis.
Sebelum ni saya pernah juga menerima sms berbentuk tricky, tapi alhamdulillah tak terkena. Tetapi mungkin kali ini saya terkena kerana kebetulan sahabat yang menghantar sms itu kebetulannya memang ada masalah..sewaktu kami ber'sms' hari sabtu. Dan apabila hari ahad dia menghantar sms berbunyi sebegitu saya terus menyangka ianya benar.
Ingatan bersama..jangan mudah percaya dengan apa yang anda baca. Selidiki dahulu kebenarannya sebelum kita mengambil langkah-langkah yang perlu seperti menyebarkan kepada orang lain, menelefon (dalam kes saya tadi), atau sebagainya.
Cuma, secara jujurnya saya jarang menghantar sms berbentuk mengenakan orang lain...kerana bg saya, saya dapat rasakan perasaan orang yang terkena kerana saya juga pernah terkena. Dan sebagai ingatan bersama...kurangkan bergurau perkara-perkara yang tidak benar kerana dirisaukan sekiranya ianya benar-benar berlaku takut-takut tiada siapa pula yang percayakan kita. Ingat lagi kisah gembala kambing dengan serigala? Ceritanya ada pengajaran bersama... :)
Note : thanks for the sender...dan cerita di atas ada ditambah-tambah untuk menyedapkan pembacaan dan penceritaan..hehehe
Monday, January 08, 2007
Friday, January 05, 2007
Leave the rest to Allah...!!!
Alhamdulillah.....betapa Allah Maha Mendengar...betapa Allah Maha Pengasih..dan betapa Allah Maha Penyayang!!Sungguh..Allah itu bersama kita. Yakinlah...pengalaman saya sendiri...sehingga saya merasakan Allah terlalu dekat dengan saya. Alasannya...apa yang saya minta dikabulkan dalam masa yang singkat.
Contoh 1: (kisah benar diceritakan semula)
Esok merupakan tarikh untuk saya present kepada big boss perkembangan hasil kerja saya. Mengikut secara dasarnya kerja itu perlu siap 70%. Tetapi atas kesilapan teknikal, ada lagi 10% tak saya siapkan. Siapa tak takut mengadap bos. Pada waktu solat fardhu magrib, isyak dan subuh (hari kena present) saya berdoa sungguh2 pada Allah semoga saya tak kena present hari tu, biarlah ianya ditangguhkan pada satu tarikh lain. Alhamdulillah esoknya di pejabat, memang benar....Allah makbulkan doa saya.
Contoh 2: (kisah benar diceritakan semula)
Pernah terjadi, ada belaku sedikit salah faham antara saya dan emak. Walaupun bukan berpunca dari saya. Tapi oleh kerana ianya ada kaitan dengan saya secara tak langsung ia membabitkan saya juga. Saya takut seandainya berterus terang dengan emak akan menaikkan lagi kemarahannya. Tidak putus2 saya berdoa padaNya..semoga dilembutkan hati emak saya. Dan semoga semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah....benar sekali...Allah Maha Mendengar semuanya berlalu seperti yang saya kehendaki. Emak tidak marah kepada saya, malah hubungan kami bertambah baik dan erat. Alhamdulillah.
Saya yakin kita semua pernah melalui situasi seperti saya. Situasi di mana pergantungan kita hanya kepada Allah. Bulat kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu membantu kita di kala itu. Mungkin sewaktu belajar ketika di dalam peperiksaan, di dalam bidang kerja, atau dalam tugas-tugas rutin harian kita. Ada ketikanya kita hanya mengharapkan Allah...Allah sahaja dapat membantu kita. Tidak kah kita terasa Allah dekat dengan kita??
Kita selalu berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik kepada kita. Dan adakalanya kita lupa bahawa perkara yang terjadi itu sebenarnya adalah yang terbaik buat kita ketika itu. Cuma sebagai manusia kita selalu berfikir yang terbaik mestinya yang terindah, mestinya mengikut keinginan kita. Ia tidak semestinya berlaku sebegitu. Kerana Allah Maha Mengetahui. Mungkin ianya tak berlaku seperti kita harapkan, tetapi yakinlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Takkan Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung.
Kadang-kadang rasa tidak adil, apa yang diminta sentiasa mendapat perhatianNya. Cuma, kita masih selalu alpa dan leka dengan perintahNya...adil tak? Siapa yang rugi?? kita....Allah tak pernah rugi apa-apa.
Ya Allah...aku serahkan segalanya kepadaMu...bantulah aku meneruskan kehidupan ini...
Segala yang kulakukan...ku serahkan padaMu....
Kerana engkau tahu apa yg terbaik buatku...
ameen ya rabbal alameen...
Note : we never be alone....rite?
Thursday, January 04, 2007
alkisah...kanda dinda..


Semalam boring sangat...selepas telefon mak ayah di KD, teringin nak telefon seseorang..dah lama tak dengar khabar dia.
Dah lama kami kenal..sejak sekolah..since F4 lagi, masa sekolah kat Penang. Masa kat sekolah tu saya rapat dengan kakak-kakak. Salah seorang tu kanda saya...kak Nita. Lama betul tak jumpa. Rasanya sejak tinggalkan sekolah...seingat saya, masa kak nita lepas SPM saya pernah juga pergi rumah kak nita, bermalam di sana...kenal-kenalan bersama keluarga. Itupun masa saya di F5, kalau tak silap pada thn 1998. Itu kali terakhir kami jumpa. Selepas tu, saya berhubung dengan kanda hanya melalui email, surat dan telefon. Walaupun masa tu kanda nita belajar di sabah. Saya masih simpan mutiara hitam tu, dan dah dijadikan cincin pun.hehehehe
Saya tak ingat bermula memanggil kak nita kanda...dan bahasakan diri saya sebagai dinda. Tapi yang pasti memang dah lama kami membahasakan diri dengan panggilan itu.
Kini, kanda nita bertugas di KPTM ipoh...ingat boleh la jugak berjumpa sebab ayah dah duduk KD. Bukan jauh pun KD ke ipoh...tapi sehingga kini tiada rezeki untuk berjumpa. Dan semalam, sewaktu saya telefon kanda nita dia memberitahu pertengahan Jan ni, dia akan ke Melaka..KPLI.
Dan kami dah sepakat juga untuk berjumpa...tetapkan satu tarikh untuk berjumpa...kanda dinda.Perjumpaan kanda dinda..
----------------------------------------------------------------------------------
Hmm...maaf kerana hanya bicarakan tentang saya dan kanda saya...tapi, itulah hakikatnya kini..setelah meninggalkan zaman persekolahan dan zaman universiti. Bukan kanda nita seorang sahaja yang dah lama tak jumpa...malah ramai lagi.Bahkan kami rapat. Antaranya; kak wan, shaz, Firdaus, Roharlina, Imah, Zarina, alang, angah, ayong, acik, ayang, ucu, uda, andak, tam, ateh, yaya, ainul, mazlinda, wawa, firuz, dan ramai lagi. Maaf kalau ada yang tak tersebut nama...
Alhamdulillah kini, ada pelbagai wasilah untuk mengeratkan silaturrahim...antaranya email, sms,friendster, ringo, blog, etc. Sekurang-kurangnya tak jumpa tapi kerap berhubung. Sebagai contoh saya dan puan ainul..kami berhubung setiap minggu melalui email...tapi dah setahun lebih tak jumpa. Dan saya tak pernah missed degan cerita terhangat di pasaran hehehehe
Note : tak sabar nak jumpa Andriana Sofea :)...gambar kanda takde rupanya..sori..
Cerita Aidiladha..

Satu hari di hari raya...
Dua hari di hari raya..
Baru je beberapa hari lepas kita menyambut hari raya aidiladha..Tak terlewat rasanya saya mengucapkan Salam Aidiladha kepada anda semua. Thanks for those who send sms....really appreaciate!! I already replied ur sms rite? hehehe
Actually td saya dah taip pepanjang gak citer pasal raya aidiladha bebaru ni. Tapi bila nak post ada problem la plak...so, hilang semua. Rugi tak dapat baca ayat skema tadi hehehe...yela memacam gak coret...tgk2 ko. Internet agak slow jugak ari ni. Tp, okla jugak....leh surf and download installer (bos suruh td).
Hmm...kali pertama raya kat rumah sendiri. Untuk pengetahuan semua raya aidiladha bebaru ni adalah raya pertama saya dan keluarga beraya di rumah kami sendiri. Mak kata dari awal dia kawin dengan ayah jgn harap kalau nak beraya kat kg mak...for raya puasa la. Tapi sebelum ni, raya haji memang akan beraya kat n9. Tapi, semuanya berubah sejak ayah pencen (feb 2006) dan opah meninggal...raya puasa baru ni pun, dua hari sebelum raya dah balik n9. Mungkin faktor memang dah bermastautin di perak so, ayah consider permintaan mak. Cuma, ayah still tak consider permintaan kami untuk raya puasa di Perak..maksud di rumah sendiri....mungkin sebab wan dgn atok kat n9 ada lagi kot. :)
So, penuhla rumah baru ni...dengan kami adik beradik, ipar duai..dan hero2 4 orang tu..tunggang langgang la jugak rumah. Tapi, itula bestnya..melayan telatah budak2 dan menolong mak ayah. Penat toksah nak kata...tugas setiap hari bermula selepas subuh sehinggalah lewat malam. Tolong mak itu ini...dan memacam lagi la....
Hari raya plak, rumah penuh dengan tetamu sehingga kitorang adik beradik tak tau nak duk mana...apataknya, segerombolan sedara datang...penuh ruang tamu tu..huhuhu penat gak melayan.....apa yg dihidang semua habis.hehehe takpela sedara punya pasal. tapi, itu memang budaya kat perak...sedara mara tak leh malu!!!
Jumpala semua orang...mak pak sedara...cousins and anak-anak sedara la...meriah. Tp, memang best raya sebab dapat kumpul dan jumpa sedara yg lama tak jumpa..kat KL tak jumpa, tp jumpa kat KD hehehehe....
Note : korban apa ek???semua org citer pasal korban...tapi, korban tu subjektif kan???
Wednesday, January 03, 2007
Salam Tahun Baru...
Salam..
Sedar tak sedar kita pun dah melangkah ke tahun 2007..tak sangka kan? cepat sungguh masa berlalu...tahun ni usia pun dah makin meningkat...rasa segalanya macam terlalu cepat berlalu...mcm tak percaya je...umur dah lebih suku abad...(kalau kira tahun la...kalau ikut hari lahir muda lagi hehehe)
Seperti biasa semua orang mengharapkan yang lebih baik untuk dirinya...mengharapkan yg terbaik buat dirinya!! Saya pun macam tu jugak...mengharap, berdoa dan berusaha....apa yang nak diharap? apa yang nak didoa? dan apa yg nak diusahakan?? panjang tu kalau nak ditaip kat sini...tapi secara asasnya saya mengharapkan semoga dikurniakan kesihatan yang baik..dimurahkan dan diberkati rezeki..ditetapkan iman dan amal...dan sebagainya..ameen ya rabb!!
Semalam, sampai Sg Besi dah pkl 7 pm dari subang...penat kemain....
Note : :)
Sedar tak sedar kita pun dah melangkah ke tahun 2007..tak sangka kan? cepat sungguh masa berlalu...tahun ni usia pun dah makin meningkat...rasa segalanya macam terlalu cepat berlalu...mcm tak percaya je...umur dah lebih suku abad...(kalau kira tahun la...kalau ikut hari lahir muda lagi hehehe)
Seperti biasa semua orang mengharapkan yang lebih baik untuk dirinya...mengharapkan yg terbaik buat dirinya!! Saya pun macam tu jugak...mengharap, berdoa dan berusaha....apa yang nak diharap? apa yang nak didoa? dan apa yg nak diusahakan?? panjang tu kalau nak ditaip kat sini...tapi secara asasnya saya mengharapkan semoga dikurniakan kesihatan yang baik..dimurahkan dan diberkati rezeki..ditetapkan iman dan amal...dan sebagainya..ameen ya rabb!!
Semalam, sampai Sg Besi dah pkl 7 pm dari subang...penat kemain....
Note : :)
Subscribe to:
Posts (Atom)