Monday, April 11, 2011

Bahagiakan mereka...

Salam ya salam...

Pagi tadi semasa dalam perjalanan pergi kerja, teringat Ustaz Wan Akashah tu cakap di dalam ikim.fm ...mengenai..'jika kita nak bahagia, bahagiakan orang sekeliling kita'. Kita ambik skop yang kecil, sebagai contoh keluarga kecil kita yang terdiri daripada kita (isteri), suami dan anak...dan mungkin anak-anak. Jika, kita nak lihat kebahagian di dalam keluarga kita maka kita sebagai isteri perlu bahagiakan suami dan anak. Begitu juga suami, perlu bahagiakan isteri dan anak jika inginkan keluarga yang bahagia.

Mana mungkin kita bahagia sekiranya insan-insan disekeliling kita tidak bahagia? Jadi, kita perlu bahagiakan insan sekeliling kita, sekiranya inginkan kebahagiaan itu!!
Pentingnya toleransi dan komunikasi antara kita bersama suami dan anak-anak kita! Bersyukurlah sekiranya suami dapat membantu meringankan kerja rumah kita. Menolong membasuh pinggan, mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya.Walaupun, mungkin hanya dengan memuji masakan kita....dan mungkin jugahanya dengan melayan kita dengan baik. Besyukurlah!! 


Nota : saya....bersyukur sekiranya dapat membuat insan-insan sekeliling saya tersenyum!!

2 comments:

norulaina said...

nmpk sgt awak pegi keje lambat la wardah.. :) sy dgr sambil pam susu kat opis ni haa.. :)

wardah said...

mmg gi lambat pun...tp lmbat2 saya...masih antara yang terawal tau ;)