Wednesday, February 03, 2010

Cerita...ceritera...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah di atas segalanya. Sebetulnya saya dan Asyraf ditarik nikmat sihat baru-baru ni. Kami selesema. Alhamdulillah...tu tandanya badan kita nak buang sisa toksin yang berada dalam badan. Apapun, menurut pengamatan saya memang ramai kawan-kawan terdekat, saudara mara, anak sedara, anak-anak kawan dan sebagainya turut tak sihat semenjak dua menjak ni. Mungkinkah kerana antibodi badan kita yang lemah? ataupun persekitaran sudah tidak selamat? cuaca yang berubah?

Hmmm sebenarnya buka nak celoteh pasal tu pun. hehehe tu baru mukaddimah je.

Ok, semasa Asyraf selesema tu dia memang memilih bab makan. Semua tak nak kecuali biskut-biskut dan buah limau je. Kalau nasi tu...hanya sampai kat lidah dia je. Kemudian dia buang. Sebagai ibu, kekadang terasa geram pun ada bila anak tak nak makan ni. Jadi, sebagai ganti...apa yang dia suka tu saya akan bagi makan banyak-banyak. Risau jugak kot2 dia lapar. Setakat nyusu je...takut dia tak cukup pulak.

Alhamdulillah selera asyraf dah normal sejak dua hari lepas, nasi pun dah makan banyak. Alhamdulillah. Niat di hati nak juga reka makanan memacam. Tp bila difiir-fikir yang Asyraf pun dah boleh makan apa yang kita makan, jadi sewaktu penyediaan makanan saya lebih suka memasak makanan yang dia boleh makan. Dan yang pasti...tidak pedas. Kalau terpaksa...saya sanggup memasak 2 versi lauk. Satu untuk ibu dan ayah. Satu lagi untuk anak. :D

Benarlah seperti Firman ALlah swt dalam Surah AlTaghabun ayat 15 : Harta dan anak-anak itu hanyalah ujian bagi manusia, disisi ALlah itulah pahala yang paling besar.


1 comments:

* ainul AB * said...

Sama la sy pun dah tak masakkan bubur utk Aleesya coz dia dh tanak mkn bubur. Klo buat buang aje byk. Mkn ape yg kita mkn. Apa yg kak Adrianna dia mkn, dia pun mkn. Hihi...