Friday, October 23, 2009

Kisah Asyraf : ICU I

sambungan..

Khamis, 6/08/09..menjelang petang Doc tak  puas hati sebab kenapa asyraf kena fit, hampir-hampir juga Doc mengesyorkan untuk diambil air tulang belakang kerana menjangkakan Asyraf diserang meningitis, jika lakukan prosedur itu virus lebih senang dikenal pasti. Selepas zohor datang 2 orang pakar mata. Dr Mukhlisah dan sahabatnya membuat pemeriksaan pada Asyraf. Ketika itu, asyraf diberi antibiotik..dia tidur. Rindu nak susukan dia.

Doc memeriksa Asyraf, mendapati ada internal bleeding di matanya. Di kedua-dua belah mata. Masa tu, saya tak mampu menahan perasaan, membayangkan apa sebenarnya terjadi kepada Asyraf. Kenapa teruk sehingga sebegini? Saya cuba membayangkan kesakitan yang dialaminya. Sehinggakan pada malam sebelum tu, dia menangis sepanjang malam. Ya Allah...tangisan yang sayu dan amat memilukan hati. Tidur hanya beberapa minit. Menangis berpanjangan.

Petangnya, doc decide nak buat sekali lagi CT-Scan. Seperti yang mereka jangka. Result +ve. Malam tu, Asyraf semakin kerap diserang fit. Akhirnya Doc decide Asyraf perlu dimasukkan ke ICU untuk diberikan bantuan pernafasan. Menurut Doc, kadar O2 yang tidak cukup di otak itu menyebabkan Asyraf diserang sawan, tambahan pula badannya semakin pucat kerana hb yg semakin berkurangan. (menunjukkan darah pergi ke otak akibat pendarahan tu).

Saya menelefon dear yang ada di rumah pada pukul 2am, memintanya datang ke hospital dgn kadar segera. Kami berdua tidur di ruang menunggu ICU menanti doc membuat pemeriksaan dan memberikan bantuan kepada Asyraf. Saya telah sms semua ahli keluarga memberitahu keadaannya.


 Pagi Jumaat tu, pukul 9am, kami diminta masuk. Dr Nora, Ketua Jabatan memberitahu keadaan Asyraf yang sebenarnya. "Anak puan, keadaannya kritikal tetapi stabil. Stabil kerana kami memberi 100% bantuan di sini. Saya terpaksa berterus terang bahawa peluang untuk anak puan kembali seperti sedia kala amatlah tipis. Bahkan kebiasaannya kes sebegini berkakhir dengan kematian. Kalau hidup pun, jadi cacat."



 Tanpa segan silu kami menangis di hadapan Doc. Mengenang nasib Asyraf yang tidak diketahui. Kemudian Doc menyambung lagi.
"Kami tidurkan dia selama 48 jam, untuk bagi otak dia rehat.Lepas tu kita tunggu progress badan dia. Setakat ni di ICU dia dah tak fit lagi. Kami juga dah masukkan darah kepada dia. Apapun kita tunggu."

Kami membuat police report seperti yang disuruh doc.
Menjelang petang Jumaat, sudah semakin ramai yang datang menziarah, kawan pejabat, sepupu, saudara mara, malah kawan-kawan mak ayah.


bersambung...

Note : terima kasih kepada Kak Aya kerana mengambil gambar Asyraf sewaktu di icu. Ada juga kenangan di situ,

0 comments: