Friday, July 03, 2009

update dan update.....

Salam ya salam...

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segalanya...pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Julai...bulan depan dah puasa...tahun lepas berdua, tahun ni bertiga. Asyraf pun dah masuk..enam bulan setengah. Alhamdulillah ketika bulan puasa nanti, asyraf dah 8 bulan...menyusu pun sudah tidak sebanyak 6 bulan pertama. Alhamdulillah stok di dalam fridge pun amat menggalakkan.

Saya memperkenalkan solid food kepada asyraf seawal usianya 5 bulan setengah..setelah melihat keupayaannya yang menggalakkan terhadap makanan. Sudah pandai menelan. Amat berselera melihat orang lain makan. Malah, sudah pandai makan sendiri. hehehe pegang biskut suap ke dalam mulut sendiri.


Mengikut kata kak nah, pengasuh asyraf...asyraf memang kuat makan. Dan amat berselera ketika makan. Wah, agaknya ikut siapakah itu? :D Alhamdulillah...kebiasaannya saya memasak bubur asyraf 2/3 hari sekali. Setakat hari ini, saya telah memberi asyraf makan...puri/puree kentang, puri labu, puri pear, bubur nasi + carrot, bubur nasi + carrot + kentang, bubur nasi + carrot + ikan bilis , dan  bubur nasi + carrot + sawi.




Kepandaian asyraf? 
- amat pandai menangis apabila ditinggalkan sorang2. Memadai duduk berhampiran dengan dia, tanpa perlu dukung atau meribanya.
- amat suka hati apabila bermain dengannya.
- sudah pandai menyembur2. (air liur)
- meniarap keliling rumah.
- pandai melangkah jika kita pegang tangannya.
- jika berdukung, sudah pandai mengadap ke depan.
- mulut yang amat bising, tidak boleh duduk diam walaupun sekejap.
- duduk degan bantuan.
- tengok tv...semestinya. Terutama cartoon dan discovery cha.
- gigi dah tumbuh seawal 4 bulan...dan kini dah mempunyai 2 btg gigi. (bawah)
- etc

Hmm...tak sabar pula nak tunggu asyraf berjalan..Habislah nanti barang-barang ibu dan ayah kat rumah. :)


Note : untuk melihat perkembangan asyraf dengan lebih detail..sila lihat blog asyraf yang dibuat khusus oleh ayahnya. Ibunya jarang nak cerita dalam blog ni. :)

4 comments:

izzahazfar said...

kak..bb fully BF ke?
makan start 5 1/2 ye..
ok ker?

wardah said...

alhamdulillah masih fully bf..:)

baby memang dah boleh bg solid food start 5-6 bulan..alhamdulillah anak akak ok je. Lgpun, dia mcm dah bersedia nak makan awal.. :) bergantung kepada kesediaan baby tu sendiri.

ada juga baby yg dah 6 bulan tak nak makan.. ;) setiap baby tu unik.

* ainul AB * said...

Pandainya asyraf suap sendiri...

Org tua2 ckp kalo baby menyembur2 air liur, nnt rambut ibu gugur.

Asyraf suke ngutip brg tak? Pastu sume benda nak masuk mulut, hehe...

wardah said...

Ainul, kalau kita yg suapkan..pantang lambat je dia akan tarik tangan kita suh suap dia.

Tula...rambut ni memang dah banyak gugur...mungkin betul la kot ;)

Masuk barang dlm mulut tu...selalunya brg2 besar je la..mcm remote control, paper, tisu, mainan..etc benda kecik mcm semut dia tengok je..pelik kot.