Wednesday, April 29, 2009

Asyraf ada BS baru...


Untuk makluman semua...hari ni dengan berat hati nak pergi kerja......sebabbbb...

Nak tinggalkan asyraf dengan BS baru dia..

.
.
.
.
BS baru tu merangkap ayah asyraf...citernya BS asyraf ada hal hari ni. Jadi setelah mendengar jawapan dari ayah asyraf...BOLEH..untuk makluman semua saya tanya banyak kali dan jawapan masih sama BOLEH. Walau berat hati, dan cuba menyedapkan hati..asyraf sudah besar...saya tinggalkan asyraf pagi tadi dengan dear. Almaklumlah, asyraf baru 4 bulan...ingatkan kalau dia dah setahun lebih baru yakin nak ditinggalkan dengan dear. Rupanya, terawal.heheheheSebelum pergi kerja..saya telah menyempurnakan beberapa kerja yang perlu seperti

Siap dimandikan.

Asingkan botol-botol susu 2-3oz setiap botol dalam 6 botol.

ceritakan perangai anak...kalau lapar macam mana, nak tdo macam mana...


Alkisah...lepas sesi awal pagi tadi dengan suria, masa kat lift...dapat call. Asyraf menangis2...bagi susu tak nak. Dalam hati berkata...nak tdo budak tu. Sedih dan sayu pulak dgr suara dia...buat keputusan nak balik sat. Memang betul...nak tdo. Apapun, masa sampai rumah tu..asyraf dah berjaya di tidurkan oleh dear dgn tak berbaju...(kononnya panas).

Setengah jam kat rumah. Ajak suria balik...sebab situasi boleh dikawal...sayu je mata asyraf tengok saya g keje. Sian dia. Tapi nak buat macam mana...ibu keje!


Note : alhamdulillah...masalah seharian dgn asyraf berjaya diselesaikan oleh dear!!!


Tuesday, April 28, 2009

Geram..

Tetiba je rasa geram...
tak tau nak lepaskan kat mana dan kat sape..

citernya...masuk ofis baru la sempat nak belek hp...sebab baru berada di dalam keadaan yang tenang. Tetiba dapat sms..kedua-duanya ada satu sms. Satu...hanya kawan sepejabat memberitahu tak dapat datang kerja sebab mc. Lagi satu, sms yang menyebabkan diri ni geram...
kenapalah tak beritahu semalam. Bukankah semalam berkesempatan untuk memberitahu???takpela, hari ni terpaksa menjayakan lakonan...



Note : tengah sejukkan hati ni...

Monday, April 27, 2009

Saintis percaya kesan penyusuan lebih kompleks terhadap kesihatan

Saintis percaya kesan penyusuan lebih kompleks terhadap kesihatan

Sumber : Berita Harian

WASHINGTON: Wanita yang menyusukan bayi mereka menambah satu lagi faedah kesihatan kerana amalan itu dapat mengurangkan risiko mendapat serangan jantung, sakit jantung atau angin ahmar, kata penyelidik.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati wanita yang menyusukan bayi lebih setahun menurunkan risiko mendapat penyakit berkenaan sehingga 10 peratus berbanding mereka yang tidak pernah berbuat demikian. Malah proses penyusuan selama sekurang-kurangnya sebulan sudah cukup mengurangkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Penyelidikan itu disiarkan dalam jurnal Obstetrics and Gynaecology. Hasil kajian menambah bukti yang semakin banyak mengenai kebaikan menyusu bagi kedua-dua ibu dan anak. Ketika menyusu mengurangkan risiko wanita diserang barah ovari, barah payu dara dan osteoporosis pada lewat usia mereka, bayi yang disusukan dengan susu ibu pula dilindungi daripada obesiti, diabetes, asma dan jangkitan telinga, perut dan dada.

Kajian terbaru oleh sepasukan saintis Universiti Pittsburgh memberi tumpuan kepada hampir 140,000 wanita yang sudah menopaus. Secara purata, sudah 35 tahun sejak wanita berkenaan menyusukan anak buat kali terakhir, menunjukkan faedahnya berkekalan selama beberapa dekad. Selain mengurangkan risiko masalah jantung, menyusu selama lebih setahun turut menurunkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 12 peratus dan diabetes serta kolesterol tinggi sekitar 20 peratus.

Kajian menunjukkan menyusukan bayi mungkin mengurangkan risiko kardiovaskular dengan menurunkan lemak yang tersimpan dalam tubuh. Bagaimanapun, penyelidik percaya kesannya lebih kompleks, dengan pembebasan hormon yang dirangsang oleh proses penyusuan turut memainkan peranan.

Salah seorang penyelidik, Dr Eleanor Bimla Schwarz, berkata: "Kita sudah lama tahu kebaikan menyusu untuk bayi dan ibu. Penyusuan ibu adalah cara penting tubuh wanita pulih daripada proses kehamilan. "Apabila proses ini terganggu, wanita berkemungkinan mendapat masalah kesihatan termasuk serangan jantung dan angin ahmar. � Agensi

Note : Jomla pakat reramai...susukan bayi anda selama mungkin!!

Friday, April 24, 2009

RM100 dan harga diri


Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. . "Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
"Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.


"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. "Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa
itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

Tuesday, April 14, 2009

Tepuk dada...tanya iman kita..

Subhanallah..bila menyusuri gambar-gambar kat bawah ni rasa kagum yang amat sangat...
mereka solat di mana-mana. Fuh, hebat betul...

di tengah jalan pun boleh solat.


di tempat kebakaran pun boleh solat...

Hebat kan? kita patut bersyukur, di negara kita...hampir dimana-mana ada tempat solat. Di pejabat, shopping complex, RnR, stesen minyak, tempat rekreasi, masjid dan surau yang bersepah2. Kalau melalui jalan kampung untuk ke satu tempat, pasti banyak tempat solat seperti masjid dan surau kita akan jumpa.

di lautan salji pun boleh solat.

di dalam kapal? tetap boleh solat...

solat berjemaah di saat salji turun...

di dalam bas??

di tepi pantai?

di dalam kapal...

di padang...dengan memakai jersi.

solat jemaah diimamkan seorang remaja.

kat salji gak.

di tepi teksi..berhenti rehat di tepi jalan.

di taman....

di tempat terbuka..macam panas semacam je.

di atas batu.


di tengah2 tasik.


askar solat jemaah di hutan.

di atas bas, solat berjemaah

di tangga?


di tempat sempit.

Cuma, sekarang semua bergantung pada kita...nak solat atau tidak??


Note : berapa hari kita meninggalkan solat dengan sengaja???

Thursday, April 09, 2009

Asyraf dan selawat Syifa'




Sejarah Asyraf dengan Selawat Syifa'

Suatu hari di dalam pantang di KD, masa tu waktu maghrib..mak dan ayah tengah solat di dalam bilik. Saya dan asyraf duk kat hall depan sambil baca surat khabar..dan tv dipasang. Tetiba Asyraf menangis...menangis sakan lak tu. Pastu tak tau nak buat apa, saya pasangkan mp3 Selawat Syifa' untuk asyraf dengar...alhamdulillah dia diam. Dan tido.

Sejak itu, kalau Asyraf nak tdo...dia akan didodoikan dengan selawat syifa' dan juga 'la ila ha illallah' ...kekadang tu keluar jugak la lagu2 lain seperti twinkle twinkle atau sunshine hehehe



Dua hari lepas ambik dr rumah BS asyraf tak tdo. Dah kenyang pun dia tak tdo. Takut je dia menangis bila otw tu. Pastu, saya lagukan la selawat syifa' kat dia.. Diam. Dan nampak mulut dia pun terkumat kamit...seakan-akan mengikut saya mengalunkan selawat tu. Mungkin dia pun selawat jugak la tu. :)

Sejak itu, kalau dalam kereta dia tak tdo dan mula macam nak meragam bosan, saya nyanyikan la selawat tu..alhamdulillah sangat berkesan. Banyak kelebihan selawat ni....

Note : elok ni diamalkan....

Wednesday, April 01, 2009

CORRECT WAY OF COOKING NOODLES

To all Maggi and instant noodles kings and queens,

I trust after reading the article below, cooking maggi or instant noodles wont be the same again...;

'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'
DO NOT IGNORE THIS........Especially those fond of Maggi...

'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'

The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health.
`Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and then it's ready to eat. This is the WRONG method of cooking the instant noodles. By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.

CORRECT METHOD:

1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.
3. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle soup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.

Dietician's Note:
If you buy plain hakka noodles which you make initially need to boil in water and discard the water. This will soften the noodles but to prevent it from sticking we need to add a tbsp of oil and also the noodles are deep fried partially to make it crunchy and then dusted with flour to prevent it from sticking while boiling. Hence when you buy the noodles they are already made unhealthy and this is the type we use to make stir fry noodles and the regular maggi too is made the same way plus they add MSG/ ajinomoto and other chemical preservatives


A large number of patient with the ages ranging from 18-24 years are ending up with pancreatitis either as a swelling or infection of the
pancreas due to regular consumption of instant noodles..... If the frequency is more than 3 times a week, then it is very hazardous...

Please share this info and help save a life.
"Take care always"