Tuesday, February 24, 2009

Ubat selesema didakwa beri masalah


Ubat selesema didakwa beri masalah, dipetik dari Berita Harian 14 Januari 2009

CHICAGO : Penawar selesema popular yang kerap digunakan ibu bapa, Vicks VapoRub, dikenal pasti boleh menyebabkan masalah pernafasan di kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun apabila disapu secara tidak betul di bawah hidung, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam.

Mereka berkata, menggunakan produk Procter & Gamble Co (P & G) itu dengan cara berkenaan boleh menyebabkan saluran pernafasan kanak-kanak yang kecil membengkak dan dipenuhi lendir, menyebabkan masalah pernafasan teruk.

"Satu-satunya masalah yang kami lihat ialah pada kanak-kanak apabila ia disapu di bawah hidung," kata Dr Bruce Rubin dari Jabatan Perubatan Universiti Wake Forest di Carolina Utara, dalam temubual telefon.

Rubin berkata, bahan dalam Vicks boleh menyebabkan kegatalan, menjadikan tubuh mengeluarkan lebih banyak lendir untuk melindungi saluran pernafasan.Oleh kerana saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding orang dewasa, sebarang pertambahan lendir atau bengkak boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit.

"Syarikat menyatakan dengan jelas ia tidak boleh disapu di bawah hidung atau di dalam hidung bagi sesiapa pun dan tidak sepatutnya digunakan pada kanak-kanak di bawah usia dua tahun," kata Rubin.

Beliau dan rakannya mula mengkaji penggunaan ubat itu selepas merawat kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang menghadapi masalah pernafasan selepas salap itu disapu di bawah hidungnya.

1 comments:

masz14 said...

salam.. lama tak tinggal komen kat cni.. eh ke tak penah bg komen lgsg? hehehe.. anyhoo, mmg vicks ni tak sesuai utk bebudak. dlu ada kazen saya letak vicks kat satu bdn baby dia utk bg bdn baby panas n elak kembung. tp apa2 minyak yg ada menthol mmg tak sesuai utk baby.. saya la ni guna minyak telon nyonya meneer utk sapu kat baby.. kak wardah guna minyak pe? :D