Thursday, February 26, 2009

Sekarang...


Sekarang ni..selalunya rasa lapar...makan pun nak kena banyak hehehe (nasi tambah ye makcik hehehehe)
Sekarang ni..selalu je rasa tak cukup tidur....anak tidur baru kita leh tidur...kalau dia tak tidur...sama-samala keje shift huhuhu
Sekarang ni....selalu sangat kelam kabut....itu nak capai itu nak ambik...semua nak kena cepat buat keje masa dia tido.
Sekarang ni...memang cepat penat...tambahan pulak dah mula keje...
Sekarang ni...memang kena sabar banyak-banyak...perangai bebudak ni memacam...kalau tak sabarrrrr...huhuhuhu
Sekarang ni...asyraf dah ada kawan...hehehehe



Note : Kalau nak jumpa baby yang suka lawan mata tak nak tdo..kenala dtg rumah hehehehehe

Wednesday, February 25, 2009

Hmmm...ceritera.



Salam ya salam..

Hari ni hari kedua bekerja setelah lamaaaaa bercuti. Hari ni dah ok berbanding semalam... apataknya semalam memang kelam kabut. Semua nak buat...oklah nak citer sikit.

Sebelum ni memang gerak ke ofis paling lewat pun dalam 8.15am, siap bawa bekal untuk makan tengah hari. Sarapan di rumah memang sempat sekali...pergi kerja pun takde terkejar-kejar macam sekarang ni. Eh, mcm pantun lak.... :D

Hari pertama berkerja semula selepas dua bulan cuti memang kelam kabut sungguh...masukkan barang dalam kereta memang dah berapa kali...panaskan enjin kereta pkl 7 pagi, pastu masukkan barang2 keje, masukkan beg asyraf...susu...masukkan asyraf..keluarkan kereta...tutup pintu pagar dan mula gerak. Memang mencabar betul...apa tidaknya, berapa banyak anak tangga dinaiki dan dituruni memang tak leh nak kira...kat rumah lagi..pastu kat rumah pengasuh (rumah mamaariq) Asyraf lagi.. menduga kesabaran betul!!! Tp untung gak, leh kuruskan badan pas ni hehehehe..




Tu 1st time dpt tangkap gambar asyraf senyum...umur sebulan lebih masa tu..Alhamdulillah sangat kak nah (pengasuh Asyraf) cakap Asyraf tak buat perangai...kat rumah memang byk perangai Asyraf ni...sabar jela...hehehe

Note: duniaku..rutinku..dah berubah.....!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

Ubat selesema didakwa beri masalah


Ubat selesema didakwa beri masalah, dipetik dari Berita Harian 14 Januari 2009

CHICAGO : Penawar selesema popular yang kerap digunakan ibu bapa, Vicks VapoRub, dikenal pasti boleh menyebabkan masalah pernafasan di kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun apabila disapu secara tidak betul di bawah hidung, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam.

Mereka berkata, menggunakan produk Procter & Gamble Co (P & G) itu dengan cara berkenaan boleh menyebabkan saluran pernafasan kanak-kanak yang kecil membengkak dan dipenuhi lendir, menyebabkan masalah pernafasan teruk.

"Satu-satunya masalah yang kami lihat ialah pada kanak-kanak apabila ia disapu di bawah hidung," kata Dr Bruce Rubin dari Jabatan Perubatan Universiti Wake Forest di Carolina Utara, dalam temubual telefon.

Rubin berkata, bahan dalam Vicks boleh menyebabkan kegatalan, menjadikan tubuh mengeluarkan lebih banyak lendir untuk melindungi saluran pernafasan.Oleh kerana saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding orang dewasa, sebarang pertambahan lendir atau bengkak boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit.

"Syarikat menyatakan dengan jelas ia tidak boleh disapu di bawah hidung atau di dalam hidung bagi sesiapa pun dan tidak sepatutnya digunakan pada kanak-kanak di bawah usia dua tahun," kata Rubin.

Beliau dan rakannya mula mengkaji penggunaan ubat itu selepas merawat kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang menghadapi masalah pernafasan selepas salap itu disapu di bawah hidungnya.

Hero..


Assalamualaikum..

Doa dan harapan semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat..dan dalam rahmat dan keampunan dariNya selalu...ameen ya rabb!!!

Fuh...last posted on 9 Dec 2008. Tarikh hari ni dah...yang pasti bulan memang berbeza..rupanya tahun pun turut berbeza....24 Februari 2009...!! Lama tul tak update...

Hmmm..ok...sekadar berkongsi dengan semua sahabat...

Saya baru sahaja menimang seorang cahayamata pada 17 Disember 2008, 8.09 pagi seberat 2.6kg di Hospital Serdang. Alhamdulillah seorang lagi hero muncul di dalam hidup saya. Terima kasih Ya Allah...alhamdulillah syukur!!!

Terima kasih yang tak dilupakan juga kepada rakan-rakan pejabat, sahabat yg hadir di hospital, di rumah..hadiah-hadiah untuk Asyraf pun..terima kasih!! :)


Note : nampaknya hidup dah makin sibuk skrg ni... :)