Tuesday, September 02, 2008

Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Hujung Minggu

Sabtu lepas saya dan dear pulang ke KD. Kesempatan diambil kerana untuk menziarah emak yang tidak sihat dan menyambut awal ramadhan bersama keluarga tercinta. Sampai di KD dah pukul 3 lebih. Yong sekeluarga memang dah sedia ada kerana mereka sampai seawal jam 10 pagi. Alhamdulillah mak dah semakin sihat.

Nyahli sampai pukul 9 malam. Berkumpul lah hampir semua walau takde cik nur dan yang.

Semalam, hari pertama puasa dan selepas berbuka baru bertolak balik KL. Memang best duk KD sampaikan rasa macam tak nak balik KL. Kalau tak kuat semangat tak tau la hehehehe
Tahun ni kali pertama berpuasa bersama dear, bersahur bersama...dan sudah tidak keseorangan lagi!!!


Nota : mega sales of ibadah....


0 comments: