Monday, August 04, 2008

Tahniah Ejan dan Jasman!!!

 
Kami meraikan dua pengantin baru..

Kami mendoakan agar mereka bahagia...

Dapat zuriat yang soleh solehah...
Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada Ejan dan pasangannya...walaupun dah sah bergelar suami isteri pada 27 Julai lepas. Namun walimah pihak perempuan berlangsung semalam. Ada cerita kelakar sebenarnya nak cerita kat sini. Kelakar dan memang benar-benar tak sangka. hehehehe


Ke Klang mengambil masa hampir sejam mengikut highway KESAS. Kami konvoi 3 kereta yang diketuai oleh Suria dan suami. Asalnya, pae dan dayah pun ikut...tp atas sebab tersendiri...pae pergi awal sehari dan dayah pergi lambat dari kami. Alhamdulillah sampai di rumah pengantin dalam pkl 12 thari.





Semasa dalam perjalanan, saya bercerita sedikit latar belakang pengantin kepada dear. Dari cerita kepada sebuah cerita. Dan yang paling tidak disangka, suami Ejan itu merupakan bekas teman serumah dear dulu. Rasa tak percaya pun ada. Tapi, ianya memang disahkan apabila tiba ketibaan pengantin lelaki dan kemudiannya kelihatan terkejut melihat dear. :D What a small world!!!








Hm...dalam pukul 1 lebih kami semua bergerak pulang. Masing-masing dengan tujuan memasing...pergi berpakat..balik tak berpakat :D



Nota : dua-dua gambar hanya gambar hiasan...

1 comments:

norulaina said...

yeeeee... dunia ni kecil je... balik2 akan ketemu juaa.....