Tuesday, August 12, 2008

Cerita hari minggu..

Assalamualaikum...

Nak mula dari mana pun tak tahu...kalau ikut tittle nak cerita pasal hari minggu. Maka sewajarnya menceritakan pasal hari minggu yang baru berlalu. Pada mulanya bercadang nak tidur di rumah Aina pada malam 9 Ogos. Tapi atas kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan maka rancangan itu terbatal.

Hari sabtu ada perjumpaan dengan supervisor. Berbincang tentang proposal. Penjelasan dari supervisor menjelaskan lagi apa yang perlu dibuat. Pukul 2 lebih baru sampai rumah. Lepas zohor saya dan dear ke Ikea di Mutiara Damansara. Beli barang rumah sikit. Punyalah ramai orang sebab Ikea tengah sales sekarang.

Malam tu, tengah mengadap juadah tetiba bunyi orang ketuk gate. Rupanya tuan rumah. Lama gak la berdiskusi. Sehinggakan dear lambat masuk keje hari tu sebab nak selesaikan isu berbangkit dgn owner.

Ahad, pagi sampai tengahhari ada kelas. Lepas zohor g Seri Kembangan - Kajang mencari Public Bank. Akhirnya setelah puas mencari...berjaya jugak kami berdua mencari bank tu. Lepas tu kami ke Tesco. Beli barang rumah sikit.

Memang hari minggu yang memenatkan...masak pun ala kadar je. Alhamdulillah dear tak kisah.


Note : penat kemain...minggu ni nak balik perak..ada kenduri.

1 comments:

norulaina said...

hehe.. ni mcm luahan perasaan jerrr... :-)