Thursday, June 26, 2008

Menu ooo menu....


Hmm....dah minggu ke-4, berjaya jugak kami harungi susah senang bersama. Dan memasing sekarang ni suka sangat citer bab menu dan bab makan. Kat bawah ni senarai menu yang dah dimasak oleh chef-chef terkenal.

irrise
-bihun tak cukup + telur (memang tak cukup)
-rendang ayam + ulam timun (tak rasa...)
-ayam goreng rempah + sup bebola (sup sikit heheheh)
-udang masak lemak cili api + ikan bawal goreng (sedap)

aki
-ungkep (new menu...)
-mee goreng + telur sushi (tgk gambar cantik...tp tak sempat rasa)
-ikan badak + kangkung belacan (sedap....makan 4 orang)
-asam pedas ikan pari (memang walla....)

ej
-nasi goreng biarlah rahsia (memang rahsia)
-ayam masak merah terlebih asam (tp rasa sedap je)
-sardine manis + telur hancur
-nasi ayam walla (ejan kena buat lagi)

puteri
-nasi paprik + telur dadar (sedap..macam makan kat kedai)
-(TH)
-ikan goreng cili api (tak cukup nasi.....)
-kari ayam pencen + budu (sedap kemain....sehingga menjilat jari)

mawar
-nasi lemak tak cukup (tp ramai yang puji sedap)
-(TH)
-ikan keli goreng berlada + ikan masak pindang (nasi berlebih)
-tomyam campur + telur dadar ( :) )


Fuhh...hebatnya dan terasa best je bila ingat balik menu yang sedap-sedap tu. Bagi saya yang memang hanya tahu teori bab masakan ni memang selalu kalah dgn diorang tu. Tambahan ada anak tukang masak, ada yang keje kedai makan sebelum ni, anak sulong yang biasa masak...memang tak terlawan la dgn saya ni.


Note : best gak...dapat dgr komen membina dan membinasa dari semua ahli :D

2 comments:

norulaina said...

tak sama pun gamba dgn menu yg ditulis?

wardah said...

Gambar itu sekadar hiasan sahaja hehehehe insyaAllah start next week tangkap gambar :)