Monday, April 14, 2008

Hati Yang Aktif


ADA kalanya rasa murung begitu membelenggu diri hingga menjadikan diri kurang bermaya. Untuk melakukan kerja ringan pun terasa cukup payah apatah lagi menyudahkan tugasan yang
dianggap besar.

Petua berikut barangkali mampu membangkit semangat untuk menempuh pelbagai cubaan hidup.

- Hadapi kenyataan dan lihatlah diri sendiri untuk mencipta kebaikan.

- Rajin mencuba kerana kesilapan boleh berlaku bila-bila masa. Belajar daripada kesilapan kerana ia guru terbaik buat kita

- Hargai penghargaan orang. Jika sudah melakukan sesuatu yang baik dan orang lain menghargainya, terimalah penghargaan itu dengan ungkapan terima kasih.

- Berdiri dengan rasa yakin menerusi kedudukan badan. Berdiri tegak, usah membongkok, luruskan bahu dan tegakkan kepala. Senyum juga membuat diri lebih yakin.

- Beramah mesra. Beri salam dan menyapa mereka terutama yang dikenali. Berikan senyuman supaya mereka membalasnya. Ia membuatkan diri gembira kerana orang lain senyum pada
kita.

- Jangan kata tidak. Sekali berkata tidak, itu menunjukkan kita belum cukup yakin dengan kemampuan diri sendiri.

- Aktifkan diri. Sekalipun tiada apa yang hendak dilakukan, usah duduk tanpa melakukan sesuatu. Carilah sesuatu untuk dilakukan supaya masa kosong tidak merosakkan diri.

- Jamah makanan yang menggembirakan seperti coklat, strawberi, lemon dan aiskrim kerana ia akan meningkatkan kandungan serotonin dalam otak serta menimbulkan rasa gembira.

- Hadapi ketakutan. Orang yang dipandang berani sebenarnya bermula dengan rasa takut. Ketakutan hanya boleh dilawan jika kita berhadapan dengannya.

- Bersikap optimis. Tetapkan hala tuju dan bertatih dari awal untuk mencapai tujuan.

- Bertanya soalan dan usah cepat menyalahkan diri sendiri.

- Senaraikan setiap kebolehan anda. Secara tidak langsung, ia mengelakkan diri daripada berasa diri tidak berguna.

- Bantulah mereka yang memerlukan. Membantu orang lain pasti akan meningkatkan keyakinan diri sendiri.

- Fikirkan sesuatu yang benar-benar mampu dilakukan mengikut keupayaan diri.

0 comments: