Monday, March 03, 2008

Mari buat kuih!!


Hmm...untuk julung-julung kalinya saya membuat kuih. Bila dah tukar status ni banyak sangat kena korbankan. Paling utama sekali ialah korbankan masa rehat saya. Dan tidak pentingkan diri sendiri, kerana ada seorang insan di samping saya.

Ok, saya pernah buat kuih puteri ayu sebelum ni..tapi masa tu buat sensorang. Jumaat baru ni, saya berkesempatan membuat lagi kuih puteri ayu disamping mendapat khidmat tenaga dari dear.

========================================================

Puteri Ayu

Bahan-bahan

1. 4 biji telor ayam
2. 2 cawan tepung gandum
3. 2 cawan gula pasir
4. 2 sudu overlate
5. 1 cawan santan (beserta pandan yang dah dikisar)
6. Putih kelapa parut.


Cara-caranya :-

1. Pukul telor sampai kembang (jangan lupa basuh telor dulu).
2. Masukkan overlate.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit. (jangan lupa ayak telor)
4. Masukkan santan dan pandan yang dah dikisar.
5. Putih kelapa parut digaul dengan tepung ubi dan sedikit garam.

Buat kuih ni leceh sikit sebab nak kena kukus dulu kelapa, kemudian baru buh bancuhan tepung tadi. Kemudian siaplah kuih puteri Ayu hehehe Silakan makan!!!



Puding Karamel

Bahan-bahan

1. 10 biji telor.
2. 1 tin susu pekat.
3. perisa vanilla.
4. Sesudu gula pasir.

Cara-cara :-

1. Pukul telor sehingga kembang.
2. Campurkan dengan setin susu pekat. Sedikit air.
3. Campurkan sedikit perisa vanilla.
4. Buatkan gula hangus, kemudian letakkan gula hangus di dalam pelengat (loyang).
5. Kukuskan loyang yang sudah diletakkan bancuhan telor tadi.


Alhamdulillah hasil yang memberangsangkan. Best je makan kuih buatan sendiri. Hasil gandingan kerja yang mantap. :D

2 comments:

norulaina said...

Dah agak dh .. awk tak dpt dtg umah sbb pe.. hehehe...

wardah said...

saya balik perak la...!!!