Friday, November 30, 2007

MC!!!


Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya.Nampaknya minggu ni hanya 2 hari sahaja saya bekerja. Harap bertenang semua...!!! Tiada cuti umum di sini...cuma cuti-cuti Malaysia sahaja.

Kebetulan, pagi Isnin tu saya masuk lewat ke ofis kerana sakit kepala yang amat sangat. Alhamdulillah menjelang pukul 10 pagi saya sudah sihat sepenuhnya dan sudah mampu untuk pergi ke pejabat.

Kebetulan kali kedua pula ialah, saya mendapat mc atau 'cuti sakit' selama sehari pada hari selasa. Pada asalnya, saya tetap berkeras untuk pergi ke pejabat..tetapi, tiada upaya.

Dan akhirnya, mc saya semakin beranak...dari sehari menjadi tiga hari. Wa...memang dugaan betul. Badan terasa macam melayang-layang. Kerana tidak lalu makan. Alhamdulillah hari ni saya sudah mampu untuk ke pejabat. Awal pagi, dah ada deretan kerja menanti untuk disiapkan dalam tempoh kurang 2 minggu.

Kerja...kerja dan kerja...


Nota :
- semoga segala urusan dipermudahkan olehNya..ameen ya rabb!!

0 comments: