Monday, June 04, 2007

Negeri Sembilan...


Negeri Sembilan terdiri daripada 7 buah daerah yang mempunyai autonomi tersendiri iaitu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah & Jempol. Daerah - daerah ini terbentuk daripada pembahagian 'kawasan adat' ekoran daripada perjanjian antara British dengan Yam Tuan pada tahun 1885.

Jika disusuri akar umbinya, keunikan sosio - budaya Negeri Sembilan ialah Adat Perpatih. Ia merangkumi pelbagai bidang dalam kehidupan masyarakat termasuk soal makro seperti sistem politik, ekonomi, sosial hinggalah hal - hal mikro seperti adat - istiadat pertabalan raja, kaedah pembahagian harta pusaka dan tatacara yang terperinci dalam melaksanakan perkahwinan.

Walaupun adat ini mengalami perubahan akibat pengaruh daripada nilai-nilai budaya yang datang dari luar dan menerima kesan peredaran zaman, ia masih relevan seperti yang terungkap dalam perbilangan :

Yang buruk dibaharui,
Yang usang diganti,
Sekali air bah,
Sekali pantai berubah.



Eh, macam mengajar sejarah pulak? hehehe
Sebetulnya, hari sabtu lepas saya menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan buat julung-julung kalinya kerana ingin menghadiri majlis kenduri sepupu yang terletak di Kampung Tengkek, Padang Lebar Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa dalam 2 jam setengah telah menjadi 4 jam kerana kereta yang banyak di highway. Dan kami singgah di Kuala Pilah untuk makan mi rojak di belakang pasar. Mi rojak memang terkenal di bumi Kuala Pilah.

Pada hari kenduri, paling menarik ialah mendengar dialek nogori di mana-mana hehehe dan berjumpa dengan sedara mara yang entah dari mana. Maksud saya, sedara mara (diperkenalkan oleh mak), hampir 80% tetamu yang datang diperkenalkan sebagai sedara oleh mak. Kelakar pun ada jugak, entah bau2 apa entah...dan yang pasti bau memang yang tidak berbau hehehehe



Note : hampir lupakan nogori...sebab dah lama tinggalkan...

0 comments: