Thursday, June 21, 2007

Cerita di dalam cerita..

Wa...lama jugak saya tak mencoret sepatah dua dalam blog ni. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi ziarah blog ni. Andai ada komen@luahan perasaan@etc bgtau je. Nak email boleh...sms boleh...call boleh...taip msg kat shoutbox tu pun boleh. Semua dialu-alukan...

Hmm...rupanya banyak cerita yang nak diceritakan kat sini. Almaklumlah seminggu jugakla teman tak menaip kat sini. Tapi, tak tau nak mula dari mana...

Kemalangan

Pada 17 Jun lepas saya mengalami kemalangan di Batang Kali-Ulu Yam, Alhamdulillah tiada kecederaan fizikal bagi kami bertiga cuma kecederaan pada kenderaan yang kami naiki. Kemalangan yang berlaku pada jam 2235 itu, bukanlah berpunca dari kecuaian pemandu. Cuma kecuaian pada van yang melanggar kami.Merempuh masuk ke jalan dengan laju lalu merempuh kereta yang kami naiki. Selepas kemalangan, semua orang senyap di dalam kereta. Macam-macam perkara bermain di fikiran. Cuma yang pasti syukur kepada Allah kami semua selamat.

Semua orang nak elakkan perkara buruk, dan kalau boleh elak memang kita tidak mahu ianya berlaku. Cuma, alhamdulillah...tiada yang lebih buruk berlaku. Alhamdulillah syukur sangat.

'kita dah hati-hati, tapi orang lain pula yang cuai'.


UMS

Nampaknya kini ada dua orang kesayangan yang jauh dari saya!!!
Cik nur dapat sambung belajar kat UMS, mulanya terasa jauh juga bila menyebut perkataan SABAH tu. Tp, apakan daya....menuntut ilmu itu juga perlu. Pergila cik nur...enda doakan segala yang terbaik untuk Nur.


Nota: -naik belon la lepas ni.

2 comments:

* ainul AB * said...

Cik nur dapat course ape? Anyway tahniah utk cik nur... All the best to her!

* ainul AB * said...

Jauhnya sampai Batang kali - Ulu Yam. Alhamdulillah awk tak apa2...tp kesian kat 2235!