Monday, June 11, 2007

Cerita dan cerita....


Selamat Pengantin Baru kepada PM kesayangan semua orang...hehehe nampaknya Pak Lah masih berada di ambang pengantin baru la ni hehehe Apapun, didoakan semoa Pak Lah berbahagia ke akhir hayat....ameen ya rabb!!!

Yela, kita mesti doakan kebaikan untuk orang lain...tak boleh kedekut di dalam berdoa...mana tau berkat doa kita untuk orang lain itulah Allah percepat makbulkan doa kita..tul tak?? So, marilah kita bersama-sama panjang-panjang doa kita usai solat secara umumnya...doakan untuk rasul kesayangan kita, ibu dan bapa, keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh umat Islam. InsyaAllah...doa kita itu akan dimakbulkan. Ameen ya rabb!!!

Hari ni dah mula sibuk di lift, jalan-jalan, bus, LRT, Komuter dan sebagainya...kerana hari ini mulanya hari pertama selepas minggu persekolahan...wah bestnya cikgu dan anak murid hehehe dan yang pasti, saya pun pasti akan mula sibuk menerima call dan sms dari guru-guru serata Malaysia (cewah....mcm glemer je).

Gambar kat atas tu gambar apa ek....ala lupa lak istilah dia...hafiz kasi ari tu, kononnya suruh saya pilih jika ada berminat untuk dibeli. Tp sampai ke hari ni tak sempat pun nak amati benda tu. Citer pasal hafiz, nampaknya tak lama lagi sy akan kehilangan seorang sahabat...sebab dia last on 15 June 2007. Didoakan Hafiz memperolehi kejayaan yang dicari olehnya, dan semoga hafiz akan lebih berjaya...ameen ya rabb!!!


Note : rasa nak balik KD la...

0 comments: