Wednesday, April 04, 2007

Hari esok siapa yang tahu?

Seperti yang pernah di war-warkan sebelum ini, bermula April memang terasa kesibukannya. Tambahan pula akan masuk suku tahun yang kedua. Sedar tak sedar hari ini sudah 4 April, terasaa cepat sangat masa berlalu. Umur memang dah semakin meningkat. Masih ingat lagi Cikgu Ros, masa bersekolah tadika kat Palong 3 Negeri Sembilan. Apa khabar agaknya Cikgu Ros? Masih kah dia ingat kepada saya? Kawan-kawan sekolah rendah di n9, secara jujur saya terpaksa mengaku saya tak ingat seorang pun. Agaknya kalau jumpa dan berselisih memang tak perasan.

Tambahan pula, hanya 2 tahun bersekolah rendah di sana sebelum berpindah ke Pahang. Di Pahang, memang saya masih ingat, Rozita, Norita, Mazwan, Hamidah, Jannah, Ummi Hajah, Auzan (musuh ketat zaman kanak2), Mahadir, Salimi, Shariff, Azman, Amran, Shukri, Abdullah, Azri Kamal, Khadijah dan Sabrina serta ramai lagi merupakan kawan-kawan masa sekolah rendah.

Di awal menengah rendah pula, manakan lupa Ainul, Amelia, Mazlinda, Suriza, Liza Ismail, Arwazah, Nazir, Idin, Azrul, Awiv, dan ramai lagi. Mana mungkin lupakan kak Asmah, kak Shahrina, MB (Mozza Burger), GB (geng Bengkek), dan ramai kak-kak lain.

Ketika menengah atas pula, tak pernah sekali lupakan Firdaus A Hussain, Fairah, Nini, Ardia Farizan, kak Nita, kak Wan, kak Shima, kak Nawar, kak Rozila, kak Zam, Aida Junita, Sharina Azura, Sarina Wahida, Shikin, Sabrina, Ros dan ramai lagi.

Di KPM, manakan mungkin lupa pada Imah, Zarina, Zamrina, Ogy, Farah, Liza, Pipah, Lida, Dokdang(fizah), Mar, Acu, dan ramai lagi.

Semua kenangan lama masih segar di ingatan. Masih ingat kenangan gaduh2 dengan Azri Kamal waktu kelas tambahan, campur tangan Auzan dalam kelas, kena kacau, kena ngorat, terima surat cinta, di sekat di tengah jalan masa balik dan pergi sekolah. Dan macam-macam lagi kenangan di sekolah rendah, menengah dan masa belajar.

Hari esok siapa yang tahu? Mungkin masa dulu kawan rapat, kini menjadi renggang dan mungkin menjadi musuh. Siapa tahu dulu hanya kawan-kawan biasa, tapi kini menjadi teman rapat dan sahabat baik.

Ye, hari esok siapa yang tahu. Mustahil kita dapat beri jaminan akan apa yang berlaku pada hari esok kita. Mungkin kita menjalani rutin yang sama setiap hari sebagai contoh setiap hari pergi kerja, tetapi cara kita memenuhi hari kita itu pasti ada perbezaan. Tiada duplikasi di dalam kehidupan kita. Dan kita tak mampu menjangka apa yang berlaku pada masa akan datang.

Tiada lain yang saya doakan semoga segala apa yang saya rancangkan berlaku mengikut perancangan Allah kerana Allah Maha Merancang dan Maha Mengetahui Segalanya. Kekadang takut juga, bila bertanya pada diri Adakah hari esok untuk saya???


Note : semoga segala yang terbaik untuk kita semua...ameen ya rabb!!

0 comments: