Wednesday, April 11, 2007

Esok..12 April 2007!

Bila tidur sudah tak lena..
Bila makan sudah tiada selera..
Bila kerja hati tiada bersama...

Itu semua adalah simptom yang dikenal pasti...simptom nak balik kampung hehehe...Setiap hari menghitung hari nak balik KD. Penantian itu satu penyiksaan kan?

InsyaAllah hari ni keje separuh hari sahaja, dan paling lewat tengahhari nanti saya akan ke Subang rumah yong. Balik KD bersama diorang. Lope pun cuti hari ni...perasaan berdebar-debar tok sah nak cakap. Setiap hari tangan seram sejuk semacam je..Biarlah hari khamis esok berlalu dengan cepat....

Ada dua peristiwa berlaku esok. 12 April 2007 atau 12/04/07...pertama merupakan hari lahir seorang insan istimewa dan hari istimewa untuk saya dan dia. Paling sedih, yang pasti cik nur tak dapat turut serta...kerana ada peperiksaan akhir bermula tarikh yang sama. Dan kemungkinan besar nyahli tak dapat balik kerana suaminya ada hal.

Kesian mak, setiap hari telefon pasti ada saja cerita yang diceritakan. Mak mengadu sakit kaki, penat...semua kerana persediaan hari esok. Semalam mak dah beli daging 4 kg untuk dibuat rendang...dan hari ni ikut kata emak, dah bermula acara masak-masak. Kesian mak dan ayah...kerana saya tidak ada bersama untuk turut serta menjadi orang kuat mereka. Terima kasih mak dan ayah....terima kasih tazwat sebab membantu mak dan ayah. Terima kasih mak ani dan lee menolong mak dan ayah. Tak lupa kepada makwe, enda dan cik ha juga. Yang pasti ramai lagi yang turut serta untuk menjayakan hari esok...!!! Terima kasih kepada semua..

Rasa terharu pula atas sokongan semua...terima kasih.
Tolong doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Tolong doakan semoga dipermudahkan segala urusan....ameen ya rabb!!!

Saya akan bercuti sehingga Jumaat, dan jika ada kesempatan mungkin saya akan mencoret di waktu cuti. Jika tidak, kita jumpa pada hari Isnin.

Maaf saya untuk ruhid, kerana masih tak sempat email kepada beliau...Saya terkejar-kejar kerja yang perlu disiapkan. Maaf!!


Note : suarahati....

1 comments:

norulaina said...

salam wardah...
tahniah... paham sgt perasaan awk tika dan waktu ini hehehehehhe