Thursday, March 29, 2007

Jalan-jalan...

Hari ini masuk hari ke-empat saya berulang dari pejabat, Seri Kembangan ke rumah Yong di Mutiara Subang. Kalau dilihat dari mata kasar ianya memang memenatkan dan meletihkan kerana perjalanan jauh. Dengan kereta memerlukan perjalanan pergi balik hampir berjam-jam di dalam kereta.

Hari Isnin, saya menaiki kereta ke pejabat..keluar seawal 6.45 am dan sampai di ofis dalam pukul 8.15 am. Pulang ke rumah, keluar dalam 5.40pm, sampai ke rumah dalam pkl 7.30pm.

Hari Selasa, saya menaiki bas(metrobas) pada pkl 7am, bas berhenti di CM. Saya tersilap tempat menunggu bas hampir 1/2 jam terbuang begitu sahaja. Akhirnya saya tekad untuk mencari tempat hentian bas yang betul. Alhamdulillah pencarian saya membuahkan hasil. Saya sampai pejabat dalam pkl 10++ am. Waktu yang tak pernah saya fikir untuk sampai ke pejabat. :) Pulang ke rumah, dgn menaiki bas di tempat yang sama(bas jalan pkl 6.40pm) saya sampai ke rumah dalam 7.45pm.

Hari Rabu, saya menaiki bas (rapid kl) yang berjalan pada pukul 7am, naik putra LRT, naik bas ke pejabat. Dan akhirnya berjaya sampai ke pejabat pada pukul 9.15am. Pulang ke rumah, naik bas rapid kl di KL sentral dan sampai ke rumah dalam 7.45pm juga.

Hari ini, saya cuba keluar rumah 6.30am, naik bas pkl 6.45am. Naik bas ke pejabat dan sampai pukul 8.45am. Pulang?? Tak tau lagi, tapi pada jangkaan saya mungkin sampai dalam pkl 7.45pm juga.

Secara keseluruhannya saya seronok menaiki bas, berjumpa dengan ramai orang...sudah lama dunia saya hanya diri saya dan pejabat. Tetapi kali ini, dunia saya ialah komuter, putra lrt, bas rapid kl dan bas metrobus. Sudah lama saya tidak bertemu dengan orang ramai, memerhati gelagat dan melihat pemandangan. Dan alhamdulillah saya berpeluang mempunyai 'pemandu' sendiri, berpeluang tidur di dalam kenderaan, berpeluang membaca novel di dalam bas dan yang pasti dapat bertukar2 pendapat dengan insan2 di sekitar saya. Tolak ketepi, soal masa yang lama...leceh bertukar2 kenderaan awam. Kerana dapat kepuasan yang telah lama saya tidak rasakan sejak kebelakangan ini.

Pendapat jujur saya, pendedahan kepada diri sendiri tentang kenderaan awam dan berdikari merupakan pengalaman yang indah bagi saya. :)



Note : memberi peluang untuk berfikir....dan sesekali bersusah payah, banyak menyedarkan saya!

0 comments: